Now Reading
Pelajar Maut Jatuh Dari Tingkat 34 Saat Ingin Ambil Baju Dari Balkoni

Pelajar Maut Jatuh Dari Tingkat 34 Saat Ingin Ambil Baju Dari Balkoni

Mangsa adalah seorang lelaki yang merupakan penuntut universiti berusia 18 tahun dan tinggal di sebuah kondominium di Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, Kuala Lumpur.

pelajar universiti jatuh tingkat 34 angkat baju di balkoni

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Dalam satu insiden terbaharu yang berlaku semalam (26 Disember), seorang penuntut universiti dilaporkan maut dipercayai terjatuh dari tingkat 34 sebuah kondominium di Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Memetik sumber Harian Metro, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya menjelaskan kejadian berlaku pada 8:17 malam di bangunan setinggi 39 tingkat.

Mangsa merupakan seorang lelaki berusia 18 tahun dan mahu mengambil pakaiannya di balkoni sebelum terjatuh di tingkat bawah.

Saksi kejadian mendakwa mangsa ingin mengambil sehelai bajunya yang terjatuh di kaki lima balkoni sehingga bertindak memanjat keluar balkoni menggunakan sebuah meja.

Sumber: Harian Metro

Hasil soal siasat dua saksi kejadian mendakwa remaja terbabit ingin mengambil sehelai baju-T yang terjatuh di kaki lima balkoni. Dia dikatakan bertindak memanjat sebuah meja dan kemudian memanjat pagar balkoni. Mangsa hilang keseimbangan dan terjatuh ke bawah.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur untuk tujuan bedah siasat dan siasatan lanjut mengenai kes ini sedang dijalankan.


Kejadian Hampir Sama Pernah Berlaku Sebelum Ini

Sebelum ini, pernah tular di media sosial apabila seorang kanak-kanak perempuan dilihat sedang bermain seorang diri di luar balkoni rumahnya di sebuah pangsapuri di Selayang, Selangor.

Sumber: Facebook Warga Taman Keramat

Bukan itu sahaja, kanak-kanak tersebut juga dilihat sempat mengintai rumah jirannya di sebelah.

Tanpa berasa takut, dia dengan tenangnya berdiri di hujung balkoni sambil memandang ke kawasan di sekelilingnya sebelum memanjat semula untuk masuk ke dalam rumah.

Ajal adalah ketentuan Allah SWT yang telah ditetapkan kepada semua manusia yang hidup tanpa mengira usia serta keadaan dan tidak akan dilewatkan mahupun dipercepatkan.

Apabila anda mendengar seseorang individu beragama Islam meninggal dunia, ucapkanlah ‘innalillahiwainnailaihirojiun’.

Baca Artikel Berkaitan: Kanak-kanak Perempuan Panjat Luar Balkoni Rumah Buat Orang Ramai Kecut Perut

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Didakwa Dera Anak Luar Balkoni, Ini Perkara Sebenar Yang Berlaku


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd