Now Reading
Kanak-kanak Perempuan Panjat Luar Balkoni Rumah Buat Orang Ramai Kecut Perut

Kanak-kanak Perempuan Panjat Luar Balkoni Rumah Buat Orang Ramai Kecut Perut

Kanak-kanak perempuan berkenaan jelas berdiri di hujung balkoni sambil memandang ke kawasan di sekelilingnya sebelum memanjat semula untuk masuk ke dalam rumah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Boleh dikatakan setiap kanak-kanak ada perangai yang berbeza.

Ada yang jenis pemalu, peramah, suka buat benda pelik-pelik dan sebagainya.

Pernah tular di media sosial sebelum ini apabila seorang kanak-kanak dilihat bermain bedak sehingga bersepah satu rumah dan ‘bermain’ dengan alat mekap ibunya.

Memang pening jugalah nak melayan mereka ini. Mampu geleng kepala je.

BACA JUGA: Malaysians Horrified By Video Of Boy Playing Outside Apartment Balcony

Oleh disebabkan itu, ibu bapa kena selalu perhatikan tingkah laku anak-anak tak kiralah di rumah ataupun di mana sahaja demi menjaga keselamatan mereka.

Kanak-kanak panjat luar balkoni rumah

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila seorang kanak-kanak perempuan dilihat sedang bermain seorang diri di luar balkoni rumahnya.

Bukan itu sahaja, kanak-kanak tersebut juga dilihat sempat mengintai rumah jirannya di sebelah.

Tanpa berasa takut, dia dengan tenangnya berdiri di hujung balkoni sambil memandang ke kawasan di sekelilingnya sebelum memanjat semula untuk masuk ke dalam rumah.

Memetik laporan Kosmo, kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah pangsapuri di Selayang, Selangor.

Video yang berdurasi 40 saat itu sememangnya mendebarkan ramai orang.

Boleh klik di sini untuk lihat video penuh.

Orang ramai risau dengan keselamatan kanak-kanak perempuan itu

Di ruangan komen, kebanyakan netizen meluahkan kerisauan mengenai keselamatan kanak-kanak perempuan itu lebih-lebih lagi apabila dia dilihat memakai kain.

Risau betul kalau tiba-tiba kain tersangkut di celah balkoni.

Ada juga yang memberi nasihat kepada ibu bapa agar sentiasa memantau anak-anak mereka di rumah.

Kredit: Facebook Warga Taman Keramat
Kredit: Facebook Warga Taman Keramat
Kredit: Facebook Warga Taman Keramat

Mungkin ibu bapa kena pasang jaring pada balkoni rumah untuk mengelakkan anak-anak sesuka hati panjat keluar.

Risau betullah tengok video tu. Kami yang tengok pun meremang bulu roma tau.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd