Now Reading
[Video] Didakwa Dera Anak Luar Balkoni, Ini Perkara Sebenar Yang Berlaku

[Video] Didakwa Dera Anak Luar Balkoni, Ini Perkara Sebenar Yang Berlaku

Katanya budak itu agak hyperaktif.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Boleh dikatakan setiap kanak-kanak ada perangai yang berbeza. Ada jenis pemalu, peramah, suka buat benda pelik-pelik dan sebagainya.

Pernah tular di media sosial sebelum ini apabila seorang kanak-kanak perempuan dilihat memanjat ke luar balkoni rumah.

Memang meremang bulu roma tengok dia panjat balkoni.

Kejadian kanak-kanak berada di luar balkoni boleh dikatakan selalu juga berlaku.

BACA JUGA: Kanak-kanak Perempuan Panjat Luar Balkoni Rumah Buat Orang Ramai Kecut Perut

Ibu bapa dera anak luar balkoni rumah?

Terbaharu, tular satu video dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter @luxcysh yang mendakwa seorang kanak-kanak didera oleh ibu bapanya di luar balkoni rumah.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku di sebuah kondominium di Bukit Jalil.

Berdasarkan video berkenaan, dua orang individu dewasa dipercayai ibu bapa kanak-kanak itu dilihat membiarkan budak tersebut di luar balkoni rumah tanpa berbuat apa-apa.

Seram pula tengok. Risau!

Ini sebenarnya yang berlaku

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Saiful Annuar Yusoff memaklumkan bahawa pihaknya menerima satu laporan berhubung video kejadian yang tular itu.

Susulan laporan itu, Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) JSJ Kuala Lumpur menjalankan siasatan berkaitan video berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Saiful Annuar Yusoff.

Hasil siasatan mendapati bahawa kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang didakwa didera itu sebenarnya hanya ingin melihat kolam renang di bawah kondominium tersebut.

Bapa kanak-kanak itu memberitahu bahawa anaknya seorang yang agak hyperaktif dan sanggup memanjat ke luar balkoni rumah semata-mata ingin melihat kolam mandi.

Selepas tiga minit dipujuk, akhirnya kanak-kanak itu berjaya dibawa masuk semula ke dalam rumah dengan selamat.

Berhubung kejadian itu, pihak polis menasihati orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan informasi yang tidak sahih.

Kami kini sedang membuka kertas siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Saiful Annuar Yusoff.

Kesimpulannya, ibu bapa kena lebih bertegas dalam mendidik anak-anak.

Tak kisahlah anak merengek macam mana sekali pun, jangan biarkan mereka membuat perkara yang membahayakan keselamatan mereka.

Kredit: Verywell Family

Mungkin ibu bapa kena pasang jaring pada balkoni rumah untuk mengelakkan anak-anak sesuka hati panjat keluar.

Risau betullah tengok video tu. Kami yang tengok pun meremang bulu roma tau.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd