Now Reading
Kes Lelaki & Wanita Jatuh Dari Jambatan Pulau Pinang: Pegawai Kanan Polis Disiasat Cubaan Bunuh

Kes Lelaki & Wanita Jatuh Dari Jambatan Pulau Pinang: Pegawai Kanan Polis Disiasat Cubaan Bunuh

PDRM kini membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh terhadap seorang pegawai kanan polis yang sebelum ini dilaporkan terjatuh bersama seorang wanita dari Jambatan Pulau Pinang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Terdahulu, seorang lelaki dan wanita dilaporkan bertengkar sebelum terjatuh dari Jabatan Pulau Pinang dalam kejadian di Kilometer 2.8 menghala ke Perai, Pulau Pinang.

Walau bagaimanapun, seorang lelaki yang juga merupakan seorang tentera bertindak terjun ke dalam laut bagi menyelamatkan mangsa.

Kedua-dua mangsa dilaporkan selamat selepas dibawa naik ke atas sebuah bot oleh seorang nelayan yang berada berhampiran lokasi kejadian.

Sumber: Media Sosial

Baca Artikel Berkaitan: Pasangan Kekasih Bertengkar Sebelum Jatuh Dari Jambatan Pulau Pinang


Mangsa Wanita Dakwa Ditolak Pegawai Kanan Polis Sebelum Jatuh

Terbaharu, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pulau Pinang kini membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh terhadap ‘mangsa lelaki’ yang merupakan seorang pegawai kanan polis.

Siasatan awal kes mendapati mangsa wanita mendakwa pegawai polis berkenaan telah menolaknya sebelum terjatuh ke dalam perairan. Namun difahamkan wanita itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Khaw Kok Chin, anggota polis berusia 37 tahun yang bertugas di luar kontinjen negeri Pulau Pinang itu dilaporkan terjatuh ke laut bersama seorang wanita berumur 40 tahun dalam insiden kira-kira pukul 7.45 malam.

“Kedua-dua selamat dan dipercayai pada masa itu berlaku pertengkaran antara kedua-duanya lalu mereka berhenti di lokasi kejadian.

“Menerusi siasatan awal, mangsa wanita mendakwa dia ditolak oleh lelaki tersebut lalu mangsa jatuh bersama,” kata beliau dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut.


PDRM Akan Ambil Keterangan Mangsa Dalam Masa Terdekat

Tambah Kok Chin pihaknya akan merekodkan segala keterangan oleh saksi-saksi yang berada di lokasi kejadian bagi membantu siasatan lanjut.

Tambah Ketua Polis itu, PDRM juga akan mengambil keterangan daripada mangsa lelaki dalam masa terdekat ini.

“Kita membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh namun perlu merakamkan keterangan daripada kedua-dua mangsa selain untuk memastikan sama ada benar dakwaan wanita itu dia ditolak atau sebaliknya,” kata beliau.

“Kita akan dapatkan pengesahan dahulu daripada saksi-saksi lain (berkaitan dakwaan bertengkar dan ditolak), selepas itu baru kita putuskan sama ada mangsa lelaki akan direman atau tidak,” jelas Kok Chin.


Pegawai Kanan Polis Terlibat Dalam Satu Kes Jenayah

Semakan pihak PDRM turut mendedahkan pegawai kanan polis berkenaan terlibat dalam satu kes jenayah yang masih lagi dalam siasatan.

“Semakan mendapati pegawai kanan polis tersebut mempunyai satu kes jenayah yang masih dalam siasatan melibatkan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana memukul dalam kejadian di daerah Timur Laut baru-baru ini,” jelas beliau.

Sementara itu, Kok Chin berkata pihak mereka masih menyiasat sama ada kedua-dua mangsa tersebut adalah pasangan kekasih atau tidak, lapor Utusan Malaysia.

Baca Artikel Berkaitan: Remaja Perempuan Diselamatkan Lepas Terjun Jambatan Pulau Pinang

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki 28 Tahun Terjun Dari Jambatan Pulau Pinang Tinggal Kereta & Barangan Peribadi


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd