2 Mesin ATM Di Setia Alam Diletupkan Oleh Penjenayah
Penjenayah dipercayai meletupkan dua buah mesin ATM di salah satu cawangan bank di Setia Alam sekitar jam 6:00 pagi hari ini.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Terdahulu, pernah berlaku kes di mana seorang lelaki dipercayai membaling sebutir bom petrol dikenali sebagai Molotov cocktail di pintu masuk sebuah cawangan bank sehingga menyebabkan api marak.
Kejadian tersebut yang berlaku di Jalan Nyabor, Sibu, Sarawak itu dikatakan berpunca kerana ketidakpuasan hati tentang perkhidmatan di cawangan bank tersebut.
BACA JUGA: Tak Puas Hati Di Bank, Lelaki Lempar Bom Petrol Di Pintu Masuk Bank Kini Ditahan Polis Di Sarawak
Penjenayah Letupkan 2 Mesin ATM Di Setia Alam
Pada awal pagi hari ini (23 Februari), satu lagi kejadian hampir sama berlaku apabila dua buah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah cawangan bank di Setia Alam telah diletupkan oleh penjenayah.
Kejadian tersebut dilaporkan berlaku sekitar jam 6:00 pagi.
Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim memaklumkan pihak mereka kini masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian.
Ada berlaku kejadian dua mesin ATM diletupkan penjenayah, siasatan lanjut masih dijalankan pihak polis. Perkembangan akan dikongsikan selepas ini.
Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim.
Sepasukan polis dan juga Unit Anjing Pengesan (K9) dan Unit Pemusnah Bom juga berada di lokasi bagi membantu siasatan.
Cawangan bank itu juga telah ditutupi dengan garisan kuning bagi membolehkan proses siasatan dijalankan.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram