Now Reading
Perlu Ke Suami Bagi Upah Pada Isteri Sebab Susukan Anak?

Perlu Ke Suami Bagi Upah Pada Isteri Sebab Susukan Anak?

Terdapat pelbagai pendapat berbeza mengikut mazhab-mazhab berlainan berhubung kewajipan suami untuk membayar upah penyusuan anak kepada para isteri.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Selepas selamat melahirkan anak, para ibu perlu menyusukan si kecil dengan susu badan kerana ia mengandungi nutrien yang sangat diperlukan dalam tubuh bayi.

Namun, proses untuk menyusukan anak tidaklah semudah yang disangka.

Sesetengah ibu akan mengalami masalah seperti kekurangan penghasilan susu badan, payudara bengkak, puting melecet dan sebagainya.

Baca Artikel Berkaitan: Ini 3 Petanda Yang Anda Perlu Tahu Jika Bayi Kurang Minum Susu Badan


Wajib Ke Suami Beri Upah Kepada Isteri Kerana Menyusu Anak?

Baru-baru ini, seorang pengguna di laman X (Twitter @efaperfume) berkongsi dugaan yang terpaksa dilalui ketika dalam proses menyusukan anak.

“Anak i gigit i masa menyusu sakitnya sampai sekarang. Rasa nak demam. Too painful,” katanya.

Berikutan itu, wanita berkenaan juga membangkitkan isu tentang dakwaan kewajipan suami untuk memberi upah kepada ibu yang menyusu anak.

Walau bagaimanapun, dakwaan tentang suami wajib memberi upah untuk isteri yang menyusukan anak telah menjadi topik perbincangan yang hangat di media sosial.

Wajib atau tidak sebenarnya?

Memetik sumber Malaysia Bersuara, terdapat pelbagai pendapat berbeza mengikut mazhab-mazhab berlainan berhubung upah penyusuan anak.

Mengikut mazhab Syafie, para suami wajib memberi upah penyusuan kepada isteri atau bekas isteri yang menyusukan anak jika diminta.

Namun, lain pula dengan mazhab Hanafi yang menjelaskan bahawa ibu tidak boleh meminta upah penyusuan jika masih sah bergelar isteri atau dalam tempoh iddah raj’ie.

Ini kerana suami atau bekas suami telah memberi nafkah kepadanya dan bimbang ia akan membebankan suami.

Sumber: Hello Doktor

Jika dirujuk pada dalil al-Quran dalam Surah al-Talaq ayat ke-65 iaitu:

أَسْكِنُوهُنَّ مِنْ حَيْثُ سَكَنتُم مِّن وُجْدِكُمْ وَلَا تُضَارُّوهُنَّ لِتُضَيِّقُوا عَلَيْهِنَّ ۚ وَإِن كُنَّ أُولَاتِ حَمْلٍ فَأَنفِقُوا عَلَيْهِنَّ حَتَّىٰ يَضَعْنَ حَمْلَهُنَّ ۚ فَإِنْ أَرْضَعْنَ لَكُمْ فَآتُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ ۖ وَأْتَمِرُوا بَيْنَكُم بِمَعْرُوفٍ ۖ وَإِن تَعَاسَرْتُمْ فَسَتُرْضِعُ لَهُ أُخْرَىٰ

Maksudnya: Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani idahnya) itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu; dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka (di tempat tinggal itu) dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu). Dan jika mereka berkeadaan sedang mengandung, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya sehingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya; kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya; dan berundinglah di antara kamu (dalam hal menyusunya) dengan cara yang baik. Dan (sebaliknya) jika kamu (dari kedua pihak) mengalami kesulitan, maka bolehlah perempuan lain menyusukannya.

Ayat di atas menjelaskan bahawa si bapa wajib memberi upah kepada isteri atau bekas isterinya yang melahirkan anak jika diminta.

Namun wajib ke atas ibu juga untuk menyusukan anaknya dengan susu yang keluar pada tempoh awal kelahiran (kolostrum).

Sumber: HealthyChildren.org/ Gerobok Anim

Walau bagaimanapun, upah bagi isteri yang telah bercerai hanya dibayar bagi tempoh dua tahun pertama penyusuan.

Prof. Dr. Wahbah al-Zuhaili Rahimahulah menyebut dalam al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh (10/7288), “Jika berterusan penyusuan selepas dua tahun kerana lemahnya bayi maka tiada halangan untuk itu kerana ia adalah keperluan. Akan tetapi tidak sabit lagi hukum mahram kerana penyusuan atau tidak boleh lagi bagi ibunya yang ditalak meminta upah.”


Kesimpulan

Jadi oleh kerana masyarakat beragama Islam lebih mengikuti mazhab Syafie dari segi hukum-hakam, maka para suami diwajibkan untuk memberi upah penyusuan kepada isteri jika diminta.

Upah berkenaan adalah berdasarkan rundingan antara suami dan isteri.

Baca Artikel Berkaitan: Benarkah Suami Wajib Beri Upah Kepada Isteri Kerana Menyusukan Anak?

Baca Artikel Berkaitan: Dedah Kisah Bayi Tersedak Susu, Doktor Ini Kongsi Perkara Penting Untuk Ibu Bapa

Baca Artikel Berkaitan: “Meriahnya Rezeki Susu Anak-anak” – Tindakan Wanita Ini Kongsi Susu Badan Dipuji Netizen


Apa Hukum Jika Ibu Enggan Menyusu Badan?

Menurut Islam, penyusuan anak adalah perkara yang dianjurkan dalam agama kerana membantu dalam kelangsungan hidup anak-anak.

Namun, penyusuan bayi adalah bergantung kepada pilihan ibu dan bukannya sesuatu yang menjadi kewajipan secara mutlak.

Hal ini berdasarkan firman Allah SWT dalam Surah al-Thalaq ayat 6:

وَإِن تَعَاسَرْتُمْ فَسَتُرْضِعُ لَهُ أُخْرَىٰ

Maksudnya: Dan (sebaliknya) jika kamu (dari kedua pihak) mengalami kesulitan, maka bolehlah perempuan lain menyusukannya (anak).

Sumber: Hello Dokter

Menurut sumber Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan para ulama berpendapat bahawa penyusuan bayi menjadi satu keperluan sekiranya berada dalam keadaan tertentu seperti berikut:

  • Bayi tidak mahu menyusu dengan mana-mana wanita lain. Maka, ibu tersebut wajib menyusukan anaknya demi kelangsungan hidup bayi berkenaan.
  • Tidak menemui mana-mana ibu susuan yang sesuai.
  • Bapa bayi tidak berkemampuan dari segi kewangan untuk mengupah ibu susuan yang lain.

Sementara itu, mazhab Syafie pula berpandangan bahawa wajib bagi seorang ibu memberikan susu awal kepada anaknya (susu kolustrum) kerana seorang bayi tidak mampu hidup tanpa susu tersebut menurut kebiasaan.

Baca Artikel Berkaitan: Mufti Perjelas Hukum Ibu Sengaja Tak Mahu Menyusu Badan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd