Now Reading
“Well Behaved” – Telatah Monyet Salam & Cium Tangan Pekerja Farmasi Cuit Hati Netizen

“Well Behaved” – Telatah Monyet Salam & Cium Tangan Pekerja Farmasi Cuit Hati Netizen

Seekor monyet manja yang didukung oleh tuannya di sebuah farmasi dilihat sedang salam dan mencium tangan pekerja buat sementara waktu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui monyet merupakan seekor haiwan yang pintar dan nakal.

Sekiranya seseorang tinggal di kawasan berdekatan dengan hutan, sudah pasti anda akan sentiasa berjaga-jaga bagi mengelak monyet masuk ke dalam rumah untuk mencuri makanan.

Seperti sebelum ini, dua ekor monyet telah ‘kantoi’ mencuri makanan yang ditinggalkan oleh rider di atas meja. Perkara yang mencuit hati adalah monyet tersebut memerhati keadaan sekeliling dan tunggu ‘line clear’ terlebih dahulu sebelum mengambil makanan berkenaan.

Baca Artikel Berkaitan: Telatah Monyet Tunggu ‘Line Clear’ Sebelum Curi Makanan Buat Ramai Terhibur [Video]


Monyet Manja Salam & Cium Tangan Kakitangan Farmasi

Namun begitu, bukanlah semua monyet bersifat liar, ada juga sesetengah daripada makhluk itu bersifat jinak dan berkelakuan baik.

Menerusi perkongsian di laman TikTok (@farmasimyindah), seorang lelaki dilihat mendukung seekor monyet dipercayai miliknya ketika sedang membeli barang keperluan di sebuah farmasi.

Kebiasaannya, kita akan lihat monyet lain bersifat agresif atau tidak terkawal, namun lain pula untuk monyet tersebut di mana ia kelihatan tenang dan manja di sisi tuannya.

Sumber: TikTok (@farmasimyindah)

Selepas lelaki tersebut menerima baki duit dan mahu meninggalkan kedai kesihatan itu, kakitangan farmasi dilihat teruja dengan keberadaan sang monyet dan menghulurkan tangan untuk disalam.

Lebih mengejutkan apabila monyet itu menggapai tangan yang dihulurkan lalu salam dan menciumnya buat sementara waktu. Memang comel!


Netizen Terhibur Lihat Gelagat Monyet Yang Sopan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat monyet yang bersahaja melayan ahli farmasi.

“Eh tak sangka pula siap salam dan cium tangan tu. Bagus ajar dia macam itu, comel,” ujar seorang individu.

Sumber: TikTok (@farmasimyindah)

Malah ada yang siap berjenaka dengan mengatakan monyet itu akan mendapat duit raya yang banyak apabila menziarahi rumah seseorang kerana sikap sopan dan budi pekerti.

“Bawa pergi raya, banyak dapat duit ni,” kata seorang lelaki.

Sumber: TikTok (@farmasimyindah)

Monyet Sarung Pakaian Pelajar di UUM Cuit Hati Orang Ramai

Walaupun monyet selalu dikaitkan dengan haiwan yang sering menimbulkan kekacauan, namun dalam sesetengah kes spesis itu juga menghiburkan orang ramai dengan gelagat lucunya.

Seperti sebelum ini, seorang gadis yang menginap di sebuah kolej di Universiti Utara Malaysia (UUM) telah berkongsi klip video menunjukkan seekor monyet memakai pakaian dipercayai kepunyaan seorang pelajar.

Sumber: TikTok (@strwberrysour)

Perkara yang mencuit hati adalah video tersebut disunting dengan lagu latar belakang ‘Part of Your World’ daripada filem ‘The Little Mermaid’.

Pakaian berwarna putih yang kelihatan seperti sepasang gaun labuh membuatkan monyet tersebut kelihatan seolah-olah mempunyai ekor seperti ikan duyung.

Situasi itu juga mengundang perhatian netizen, dan ada yang berjenaka dengan berkata bahawa keadaan tersebut seolah-olah seperti ‘deleted scene’ dalam filem ‘The Little Mermaid’. Ada-ada sahaja perangai monyet ni.

Baca Artikel Berkaitan: Monyet Sarung Pakaian Pelajar di UUM Undang Pelbagai Reaksi Netizen

Baca Artikel Berkaitan: ‘Dapat Jugak Dia Merasa’- Wanita Terkejut, Monyet Datang Rampas Aiskrim Buat Ramai Geli Hati [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd