Now Reading
Awas! Pakar Diet Dedah Risiko Minum Produk Kuruskan Badan Berasaskan Coffee Shakes

Awas! Pakar Diet Dedah Risiko Minum Produk Kuruskan Badan Berasaskan Coffee Shakes

Menurut pakar diet dikenali sebagai Jazeera Julaili, antara kesan sampingan produk minuman turunkan berat adalah tubuh badan tidak bermaya dan kerap pitam.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bila berbicara tentang penjagaan badan, sudah tentu orang ramai mahukan tubuh badan yang sihat dan cergas.

Namun begitu, segelintir masyarakat pada ketika ini sanggup berhabisan jumlah wang yang banyak semata-mata untuk membeli suplemen bagi mendapatkan tubuh badan ideal.

Bagaimanapun, adakah pengambilan produk menurunkan berat badan mampu memudaratkan kesihatan dalam jangka masa panjang?


Hidap Masalah Buah Pinggang Akibat Produk Minuman Kuruskan Badan

Baru-baru ini, tular satu perkongsian di laman X (@JazeeraJulaili) apabila seorang Dietitians dipercayai kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkongsi info tentang amalan pengambilan produk kuruskan badan berasaskan minuman coffee shakes/coffee drinks.

Menurut pakar makanan yang dikenali sebagai Jazeera itu, minuman ‘coffee shakes’ yang kini terkenal di pasaran adalah punca pesakitnya yang berumur sekitar 30-an terpaksa memulakan dialisis tidak lama lagi.

Sumber: Unsplash

Berbicara mengenainya, Jazeera berkata pesakit itu telah mengambil minuman ‘coffee shakes’ sejak tahun 2022 untuk mengurangkan berat badan. Produk tersebut kemudian dilihat ‘berhasil’ selepas pesakit berkenaan turun berat badan secara mendadak sebanyak 20 ke 30 kilogram.

Perubahan itu membuatkan pesakit berkenaan beranggapan bahawa produk tersebut adalah yang terbaik buatnya.


Pesakit Kerap Pitam

Namun lain pula yang terjadi ketika sudah mencecah tahun 2024, apabila keadaan pesakit semakin tidak bermaya dan tubuh badan berasa lemah.

Selepas membuat pemeriksaan kesihatan, doktor mendapati tahap penapisan buah pinggang sudah rendah. Bermula saat itu, pesakit tersebut difahamkan sering pitam manakala keputusan darah tidak begitu bagus.

Oleh disebabkan minuman produk kuruskan badan mampu memudaratkan kesihatan tubuh badan, pakar berkenaan berharap agar orang ramai cakna tentang kesan buruk selain menghentikan pengambilan produk itu.

Sumber: Unsplash

Tambah doktor berkenaan, kadangkala orang ramai tidak sedar bahawa rutin menurunkan berat badan yang dilakukan sebelumnya sudah pun memadai, namun ia memakan masa agak lama.


Ambil Produk Yang Sudah Didaftarkan Oleh KKM

Menerusi perkongsian sama, doktor itu juga menasihati masyarakat untuk menggunakan produk yang sah diluluskan oleh pihak berkuasa sahaja.

Jangan cuba untuk beritahu saya produk anda ada ‘NOT KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia)’. Tolonglah jangan. Itu notifikasi KKM untuk pastikan anda berdaftar je. Saya tak nak salahkan sesiapa, risiko terletak pada tangan anda sendiri.

Jazeera Julaili.

Suplemen Ada Kesan Sampingan

Memetik Hello Doktor, pengambilan supplemen untuk tubuh badan mempunyai pros dan cons masing-masing. Sehubungan itu, setiap suplemen perlu diperakui oleh KKM serta Food and Drug Administration (FDA) sebelum boleh dijual di pasaran.

Dalam pada itu, suplemen hanya perlu diambil dengan kadar tertentu kerana ia berisiko menyebabkan kerosakan organ buah pinggang.

Sumber: Unsplash

Buah pinggang yang rosak pula berkemungkinan tidak mampu membuang lebihan produk sehingga menyebabkan kandungan nutrien terlalu banyak dalam badan.

Sekiranya baru pertama kali ingin membeli dan menggunakan suplemen, adalah penting untuk anda berpandukan kepada data-data kesihatan dan bukannya testimoni pengguna sahaja.

Baca Artikel Berkaitan: Makan Panadol Boleh Rosakkan Buah Pinggang, Fakta Atau Auta? Ini Penjelasan Doktor

Baca Artikel Berkaitan: Anak Risau Lihat Ibu Bapa Belanja Duit Beli Suplemen Tidak Diketahui Status Kelulusannya Untuk Kesihatan

Baca Artikel Berkaitan: Singapore Authorities Issue Warning On Malaysia Herbal Products


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd