Now Reading
Penumpang Bengang Lepas Bas Gerak Lambat Kerana Pemandu Bantu Warga Emas Tiba-tiba Pengsan

Penumpang Bengang Lepas Bas Gerak Lambat Kerana Pemandu Bantu Warga Emas Tiba-tiba Pengsan

Jurucakap SBS Transit, Grace Wu mengesahkan bahawa seorang warga emas yang kurang sihat telah pengsan semasa bas berkenaan tiba di stesen MRT Downtown pada jam 9:15 malam.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Di dalam dunia ini, akan ada macam-macam perangai manusia yang perlu ditempuhi tanpa mengira usia tua atau muda.

Sebagai contoh ketika berdepan situasi kecemasan, ada sesetengah individu yang tidak menghiraukannya dan wujud juga golongan yang prihatin untuk menghulurkan pertolongan seperti mana yang berlaku di Singapura baru-baru ini.


Pemandu Bas Bantu Warga Emas Yang Pengsan Secara Tiba-tiba

Memetik laporan Mothership, seorang pemandu bas Transit SBS telah memberhentikan kenderaan yang dipandunya untuk membantu warga emas yang pengsan secara tiba-tiba ketika berada dalam perkhidmatan bas 502.

Kejadian yang berlaku itu walau bagaimanapun telah menyebabkan sesetengah penumpang bas berasa bengang kerana mendakwa perjalanan mereka mengalami kelewatan.


Salah Seorang Penumpang Dedah Situasi Yang Berlaku

Seorang wanita bersama keluarganya yang berada di dalam bas terbabit telah berkongsi kisah tentang situasi yang berlaku semasa malam Tahun Baru Cina pada 10 Februari lalu.

Jelasnya, bas berkenaan mula bergerak pada jam 9:00 malam tetapi telah berhenti selama 40 minit selepas tiba di stesen MRT Downtown.

Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Land Transport Guru)

Pada ketika itu, tiada penumpang yang mengetahui punca bas tersebut berhenti dalam tempoh lama sehinggakan ada pengguna yang keluar dari bas tanpa ‘tap’ pada mesin pembaca kad (card reader) kerana ia dikatakan tidak diaktifkan.

Menurut wanita ini, dia berpendapat tindakan pemandu bas itu adalah satu perkara yang bagus kerana memberikan pertolongan kepada golongan memerlukan.

Sumber: Zaobao

Namun, dia mendakwa pemandu itu seharusnya menguruskan penumpang yang sedang menunggu di dalam bas terlebih dahulu.

Ini kerana selepas ambulans tiba untuk mengambil warga emas berkenaan, pemandu bas didakwa kembali meneruskan perjalanan tanpa memberikan sebarang penjelasan sehingga menimbulkan kemarahan dalam kalangan pengguna yang lain.


Ini Penjelasan Dari Jurucakap SBS Transit

Jurucakap SBS Transit, Grace Wu mengesahkan seorang warga emas yang kurang sihat telah pengsan semasa bas berkenaan tiba di stesen MRT Downtown pada jam 9:15 malam.

Wu memberi respon terhadap isu yang berlaku dan mengatakan bahawa kapten bas itu telahpun bertindak mengikut prosedur standard syarikat termasuklah mengemas kini penumpang mengenai situasi yang berlaku serta memberi pilihan jika ada penumpang yang mahu turun dan menggunakan bas lain.

Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Land Transport Guru)

Menerusi rakaman kamera CCTV, pintu telah dibuka untuk membolehkan penumpang keluar dari kenderaan itu dan menggunakan perkhidmatan servis bas lain serta mesin pembaca kad juga beroperasi seperti biasa.

Pemandu bas terbabit telah menghubungi pusat kawalan untuk membuat laporan dan meminta bantuan ambulans bagi memberikan bantuan kepada warga emas terbabit.

Baca Artikel Berkaitan: “Hero Of The Day!” – Ibu Bersyukur Pemandu Bas Bantu Hulur Coklat Buat Anak Yang Sedang Meragam

Baca Artikel Berkaitan: Pemandu Bas Terima Tindakan Disiplin Gara-gara Tak Berhenti Solat Subuh


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd