Now Reading
Pemandu Bas Terima Tindakan Disiplin Gara-gara Tak Berhenti Solat Subuh

Pemandu Bas Terima Tindakan Disiplin Gara-gara Tak Berhenti Solat Subuh

Ketika dalam perjalanan yang sama, pemandu bas tersebut dikatakan tidak berhenti ketika Solat Subuh dan turut meninggalkan penumpang ketika berhenti di tandas.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Sebuah hantaran pengguna Facebook iaitu Muhammad Safwan baru-baru ini telah meraih perhatian orang ramai apabila pemandu bas sebuah syarikat dikatakan tidak berhenti untuk solat fardhu Subuh ketika dalam perjalanan dari Terminal Bas Bersepadu Selatan (TBS) ke Jerteh, Terengganu.

Malah, bukan satu kesalahan, beberapa kesalahan direkodkan ketika itu.

Menerusi hantaran Facebook itu, penumpang tersebut dikatakan telah bertanya di mana lokasi untuk berhenti pada waktu Subuh. Malangnya, soalannya itu tidak dihiraukan.

Paling mengundang kemarahan, pemandu bas itu juga dikatakan telah meninggalkan penumpang ketika berhenti buang air di Stesen Setiu, Terengganu.

Untuk pengetahuan anda, pemandu bas seharusnya mengira bilangan penumpang sebelum bergerak meninggalkan sesuatu lokasi. Bukan apa, takut ada yang tersangkut dalam tandas, pengsan, atau sebagainya.

Takkan nak main tinggal je, kan?


Netizen luah pendapat dan kongsi pengalaman

Isu ini turut mendapat perhatian orang ramai apabila ianya mula diperkatakan di media sosial. Hantaran Facebook itu juga telah menerima lebih 1,700 perkongsian dengan 1,600 komen ketika artikel ini ditulis.

Menjengah di ruangan komen, pelbagai reaksi ditinggalkan oleh netizen.

Ramai juga yang meluahkan pernah menghadapi perkara sama.

Kredit: Muhammad Safwan/Facebook
Kredit: Muhammad Safwan/Facebook
Kredit: Muhammad Safwan/Facebook

Pihak syarikat bas mohon maaf

Setelah tularnya isu ini, pihak Sani Express SDN BHD terpanggil untuk memberikan kenyataan rasmi dari pihak mereka tentang insiden tersebut menerusi hantaran di Facebook.

Berkenaan isu yang tular baru-baru ini , kami telah menerima banyak pertanyaan(komen/pm/inbox) dari orang ramai status tindakan selanjut nya oleh Pihak Syarikat berkenaan isu ini. Untuk makluman semua, pemandu tersebut telah diturun kan dan tidak lagi diberi tugas sebagai pemandu bas buat masa ini, siasatan dalaman syarikat juga akan diadakan dalam masa terdekat. Tindakan Disiplin/Amaran/Kaunseling/Latihan Semula atau tindakan lanjut adalah Prosedur Syarikat yang akan dilakukan kelak terhadap pemandu tersebut.

Sani Express SDN BHD menerusi kenyataan rasmi di Facebook.

Pihak Sani Express juga meluahkan rasa kesal terhadap apa yang terjadi.

Menurut mereka, berhenti rehat dan solat adalah prosedur WAJIB bagi kesemua pemandu Sani Express semasa dalam perjalanan.

Malah, mereka turut menegaskan bahawa Solat Fardhu lima waktu adalah WAJIB sebagai umat Islam.

Kami dan pihak syarikat ingin memohon maaf di atas insiden yang berlaku dan berjanji dan berusaha agar perkara tersebut tidak berulang lagi.

Sani Express SDN BHD menerusi kenyataan rasmi di Facebook.

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd