Now Reading
“Hero Of The Day!” – Ibu Bersyukur Pemandu Bas Bantu Hulur Coklat Buat Anak Yang Sedang Meragam

“Hero Of The Day!” – Ibu Bersyukur Pemandu Bas Bantu Hulur Coklat Buat Anak Yang Sedang Meragam

Perkara itu membuatkan anaknya berhenti meragam sejurus mendapat coklat tersebut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Ibu adalah penerang dunia bagi setiap anak yang lahir di dunia ini.

Tanpa mereka, siapalah kita.

Tak dapat dibayangkan begitu banyak perjuangan yang telah dikorbankan oleh seorang wanita bergelar ibu. Baik tenaga, waktu, fikiran, harta, malah nyawa mereka selama sembilan bulan berada di dalam kandungan juga merupakan pengorbanan terbesar.

Pendek kata, kasih ibu ini tiada tandingannya.


Ibu ini bingung anak mulai memberontak di dalam bas

Semalam (27 Januari), seorang pengguna Facebook (Aleesa Saaib) telah berkongsikan pengalaman ketika anaknya meragam di dalam bas ketika perjalanan pulang dari sekolah.

Menurutnya, jam 5pm setiap hari dia akan menjemput anaknya selepas selesai sesi persekolahan. Walau bagaimanapun, satu perkara tidak diingini telah berlaku apabila anak lelakinya itu mulai meragam di dalam bas.

Anaknya menangis sepanjang perjalanan, mencuba untuk melepaskan diri daripada genggaman si ibu, dan sebagainya.

Wanita tersebut merasakan anaknya itu mungkin kelaparan gara-gara tidak diberikan susu oleh kerana dia terlupa membawa kain untuk dijadikan sebagai penutup ketika ‘breast-feed’.

Mana tidaknya, takkan nak BF di khalayak ramai kan?

Ibu ini juga telah mencuba segala cara untuk menenangkan anaknya itu, namun tidak berjaya.


Pemandu bas jadi Hero Of The Day!

Dalam keadaan yang tidak terkawal seperti itu, siapa sangka pemandu bas yang dinaiki ketika itu sanggup memberhentikan bas di tepi hanya untuk membantu si ibu menenangkan anaknya.

Pemandu bas berkenaan berjalan ke belakang lalu menghulurkan dua keping coklat kepada kedua-dua anaknya itu.

Perkara itu membuatkan anaknya berhenti meragam sejurus mendapat coklat tersebut.

Saya terlalu buntu untuk bercakap, hampir menangis lagi kerana masih ada jiwa yang baik hati di sekeliling saya. Haider berhenti menangis serta-merta dan dari cermin belakangnya, saya mengucapkan terima kasih dan mengangkat tangan untuk menunjukkan penghargaan saya. Pemandu bas perkhidmatan bas 98 ini, dengan nombor plat SBS 3414X layak menerima pujian dan anugerah perkhidmatan yang terpuji atas kebaikan dan pemikiran beliau terhadap penumpangnya.

Aleesa Saaib.

Jelasnya lagi, dia mengerti bahawa makan di dalam bas adalah tidak dibenarkan. Tetapi untuk situasi seperti ini, dia meminta agar diberikan pengecualian demi membantu dirinya menenangkan anak yang sedang meragam.

Saya telah menghantar maklum balas baik saya kepada LTA dan Tower Transit ke platform dalam talian mereka. Saya harap kapten bas ini akan mendapat pujian di atas kerja baiknya. Saya tidak mengambil namanya. Jadi saya hanya mengukur masa dan laluan yang kami lalui.

Aleesa Saaib.

Tower Transit Singapore tampil dedahkan identiti kapten bas tersebut

Hantaran Facebook Aleesa akhirnya mendapat perhatian syarikat bas tersebut iaitu Tower Transit Singapore. Pihak mereka turut mendedahkan identiti sebenar kapten/pemandu bas berkenaan iaitu Kapten Zeng Guang Bing.

Thank you Aleesa Saaib for your thoughtful and heart-warming post. We’ll be sure to pass along your compliments and positive experience to Bus Captain Zeng Guang Bing, who was the bus driver that day. We look forward to serving you again!

Tower Transit Singapore menerusi Facebook.

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd