Now Reading
KKM Perkenal Logo ‘Autentik’ Untuk Kesan Madu Asli, Tapi Lain Pula Respon Netizen

KKM Perkenal Logo ‘Autentik’ Untuk Kesan Madu Asli, Tapi Lain Pula Respon Netizen

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjelaskan bahawa produk madu yang mahu diniagakan perlu mematuhi Peraturan 130 dalam Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Apabila mahu mengesan sama ada sesuatu produk itu tulen atau tidak, pasti ia agak sukar kerana kebelakangan ini sudah banyak barangan tiruan yang dijual sama ada di kedai fizikal mahupun atas talian.

Malah jika diletakkan dua barang asli dan tidak asli secara bersebelahan, mungkin susah juga untuk mengenal pasti produk sebenar yang tulen.

Kebiasaannya barangan tiruan itu melibatkan pakaian, makanan, beg dan sebagainya.


Lambakan Jualan Madu Tiruan Di Pasaran

Antara produk yang dikatakan banyak dijual dalam kategori tiruan adalah madu.

Sebelum ini, laporan Berita Harian bertarikh 13 Februari 2024 mendedahkan sebanyak 90% madu tiruan telah dijual di pasaran sehingga menyebabkan masyarakat keliru untuk mengetahui produk yang asli.

Pensyarah Kanan Jabatan Neurosains, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Mohd Zulkifli Mustafa berkata ketulenan madu asli dapat dikenal pasti dengan menggunakan ujian makmal.

Cabaran terbesar industri madu kini adalah kehadiran madu tiruan yang mencecah 90% di pasaran. Justeru bagi mengenal madu asli, ujian makmal diperlukan.

Pensyarah Kanan Jabatan Neurosains, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM) Dr Mohd Zulkifli Mustafa.
Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Pexels)

KKM Keluar Kenyataan Berkaitan Lambakan Madu Tiruan Di Malaysia

Semalam (14 Februari), pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengambil maklum berkaitan artikel yang dikeluarkan oleh Berita Harian berhubungkan lambakan penjualan produk madu tiruan di negara ini.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan di laman KKM, mereka menjelaskan bahawa produk madu yang mahu diniagakan perlu mematuhi Peraturan 130 dalam Peraturan-Peraturan Makana 1985.

Peraturan tersebut memperuntukkan piawaian seperti berikut:

  • Madu tidak mengandungi gula penurunan kurang daripada 60%.
  • Mempunyai kandungan sukrosa tidak melebihi 10%
  • Tidak boleh mengandungi hydroxymethylfurfural (HMF) melebihi 80 mg/kg.

Hasil pemantauan KKM melalui Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKMM) mendapati sebanyak 769 sampel produk madu telah diambil dari pelbagai jenama sejak tahun 2016 sehingga kini.

45 daripada 769 sampel yang diambil iaitu sekitar 5.85% produk madu didapati tidak mematuhi standard yang ditetapkan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan tindakan penguatkuasaan telah diambil ke atas syarikat dan produk terlibat.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Pexels)

Selain itu, KKM turut menawarkan Skim Pensijilan Makanan Autentik untuk mengiktiraf produk tulen dan memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Pensijilan tersebut temasuklah produk seperti madu, daging, kopi dan sarang burung walit.

Sebagai info, sebanyak tujuh syarikat telah mendapat Pensijilan Autentik dari KKM bagi produk madu iaitu:

  • Multi Food Manufacture Sdn Bhd
  • MHP-Miracle Health Products Sdn Bhd
  • RCAB Food Ventures Sdn Bhd
  • QBess Marketing Sdn Bhd
  • Madu Pak Lang
  • Eco Bee Biotech Sdn Bhd

Ini Logo Auntentik Dari KKM

Bagi memudahkan orang ramai mengesan produk madu yang asli, pihak KKM telah mengeluarkan logo ‘Autentik’ yang ditampal pada barangan tulen.

Logo tersebut adalah seperti berikut:

Sumber: KKM

Jadi kepada anda yang mahu memastikan barangan yang dibeli itu asli dan diiktiraf oleh KKM, bolehlah mencari logo di atas.


Netizen Beri Pelbagai Respon Selepas Lihat Logo Autentik Dari KKM

Pendedahan tentang logo ‘Autentik’ dari KKM ini juga menjadi topik perbualan di media sosial dan menerima pelbagai respon dari netizen.

Sesetengah netizen mendakwa pemilihan perkataan ‘Autentik’ itu adalah tidak bersesuaian oleh kerana masih ada frasa lain yang boleh digunakan seperti tulen dan asli.

Pada masa yang sama, ada juga netizen yang baru mengetahui tentang wujudnya perkataan ‘Autentik’ dalam Bahasa Melayu selepas frasa berkenaan dikenali dengan ejaan ‘Authentic’ dalam bahasa Inggeris.

Sumber: X (Twitter)

Baca Artikel Berkaitan: Tular Dakwaan Peniaga Jual Barang Tiruan Di KLIA Terminal 2, Ini Respon Dari Pihak Malaysia Airports

Baca Artikel Berkaitan: Petaling Street Tersenarai Sebagai Lokasi Paling Banyak Jualan Barangan Tiruan

Baca Artikel Berkaitan: Watsons Nasihat Pelanggan Untuk Tidak Tertipu Dengan Promosi Produk Palsu Oleh Pengguna TikTok


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd