Now Reading
Petaling Street Tersenarai Sebagai Lokasi Paling Banyak Jualan Barangan Tiruan

Petaling Street Tersenarai Sebagai Lokasi Paling Banyak Jualan Barangan Tiruan

Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR) menyenaraikan sejumlah 33 pasaran fizikal dan 39 pasaran atas talian di 18 negara yang menjual barangan cetak rompak.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, berkunjung ke Petaling Street akan membuatkan anda seolah-olah berada di luar Malaysia kerana dikelilingi dengan pelbagai jenis makanan, budaya dan perniagaan.

Walau bagaimanapun, satu fakta yang ramai terlepas pandang adalah Petaling Street juga merupakan pasaran yang dipenuhi dengan barangan tiruan dan cetak rompak.

Sumber: iStock Photos

Dalam satu semakan yang dilakukan baru-baru ini oleh Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR), Petaling Street telah disenaraikan antara pasaran atas talian dan fizikal yang menjual banyak barangan cetak rompak.

Kajian 2022 Pasaran Terkenal untuk Pemalsuan dan Cetak Rompak menyenaraikan sejumlah 33 pasaran fizikal dan 39 pasaran atas talian di 18 buah negara termasuk China, Vietnam, India dan Filipina.

Menurut laporan tersebut, Petaling Street merupakan pasaran terkenal di Kuala Lumpur yang menjual sejumlah besar barangan tiruan termasuklah jam tangan, kasut, beg tangan, dompet, cermin mata hitam dan sebagainya.

Sumber: iStock Photos

“Walaupun aktiviti pasaran belum kembali ke tahap sebelum pandemik berikutan pelancongan antarabangsa yang masih kurang mendapat sambutan, kebanyakan barangan yang dijual adalah tiruan,” menurut laporan.

Laporan itu turut menyelar pihak berkuasa tempatan yang tidak proaktif dalam menjalankan aktiviti penguatkuasaan tanpa inisiatif pemegang hak.

“Walaupun pemegang hak cuba untuk memulakan aktiviti penguatkuasaan, tetapi mereka menjelaskan bahawa tindakan tersebut sukar dilakukan kerana pilih kasih dan jenayah terancang di pasar tersebut.

“Secara khusus, pemegang hak sering dikehendaki mengemukakan bukti yang cukup besar sebelum pihak berkuasa bersetuju untuk bertindak,” katanya.

Berdasarkan penemuan pasaran dalam taliannya, platform e-dagang seperti WeChat, Shopee, dan Taobao juga berada dalam senarai tersebut.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd