Now Reading
Watsons Nasihat Pelanggan Untuk Tidak Tertipu Dengan Promosi Produk Palsu Oleh Pengguna TikTok

Watsons Nasihat Pelanggan Untuk Tidak Tertipu Dengan Promosi Produk Palsu Oleh Pengguna TikTok

Pengguna TikTok mendakwa produk badan dan penjagaan kulit yang mereka gunakan itu dijual di Watsons.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Baru-baru ini, satu promosi palsu telah tersebar di TikTok sehingga telah mendorong Watsons Malaysia mengeluarkan kenyataan bagi memberi peringatan kepada para pelanggannya.

Beberapa pengguna TikTok yang tidak bertanggungjawab telah mengeluarkan dakwaaan bahawa produk mereka dijual di Watsons sehingga mengelirukan beberapa pelanggan.

Watsons mengeluarkan kenyataan rasmi di halaman Facebook dan menjelaskan bahawa syarikat itu tidak mempunyai kaitan dengan produk di dalam video TikTok berkenaan atau mana-mana aktiviti promosinya.

Watsons memaklumkan pelanggan yang ingin membuat semakan terlebih dahulu tentang apa-apa produk jualan mereka, boleh berbuat demikian dengan melayari laman web Watsons atau terus ke kedai Watsons berdekatan.

Apakah produk yang didakwa itu?

Bagi mereka yang tidak mengetahui tentang penipuan itu, beberapa netizen berkongsi dua video TikTok yang kononnya mendakwa produk mereka dijual di Watsons.

Video pertama menunjukkan produk pemutih berbotol ungu yang kononnya dijual di Watsons bagi mereka yang ingin memutihkan warna kulit.

https://www.tiktok.com/@awiessmie/video/7068132761948654874?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id6967153737346041346

Video kedua menunjukkan seorang lagi pengguna TikTok membeli krim daripada Watsons dan kemudian mencampurkannya dengan losyen pemutih badan yang lain.

Selepas menggunakan campuran pada kaki, produk itu membasuh sekali lapisan putih dan mendedahkan tona kulit yang sangat pucat.

https://www.tiktok.com/@dindafarishy/video/7070064877662014746?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id6967153737346041346

Apabila pengguna TikTok kedua dipanggil kerana iklan palsu itu, dia menafikan yang dia memberitahu bahawa produk itu dijual di Watsons.

Wanita itu mendakwa dia hanya pergi ke Watsons untuk membeli krim dan bukannya losyen pemutih. Licik ya jawapan dia.

Netizen berpuas hati selepas Watsons menjelaskan isu tersebut tetapi ada juga yang meminta syarikat itu memfailkan tindakan undang-undang terhadap pihak yang bersalah untuk menghentikan pemasaran palsu.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd