Now Reading
Tular Dakwaan Peniaga Jual Barang Tiruan Di KLIA Terminal 2, Ini Respon Dari Pihak Malaysia Airports

Tular Dakwaan Peniaga Jual Barang Tiruan Di KLIA Terminal 2, Ini Respon Dari Pihak Malaysia Airports

Minyak wangi yang tertulis ‘Hugo Boos’ itu dikatakan telah meniru jenama asal bernama Hugo Boss manakala produk ‘Sauvace’ pula menyerupai jenama Sauvage.

barang tiruan KLIA2

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Penjualan barangan tiruan adalah satu perkara yang semakin berleluasa apabila banyak produk berjenama mewah diekploitasi dengan nama hampir sama.

Mengikut undang-undang, mereka yang menjual barangan tiruan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 102(1)(c), Akta Cap Dagangan 2019, sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun.


Peniaga Di KLIA2 Didakwa Jual Barangan Tiruan

Menerusi ciapan dimuat naik di laman X (Twitter @edjunaidi), individu ini mendakwa dia telah menjumpai beberapa minyak wangi tiruan yang dijual di Lapangan Terbang Antarabangsa Terminal 2.

Dalam gambar yang turut dimuat naik, minyak wangi yang tertulis ‘Hugo Boos’ itu dikatakan meniru jenama Hugo Boss serta produk ‘Sauvace’ pula menyerupai jenama Sauvage.

Kesal dengan penemuan barangan tiruan itu di KLIA Terminal 2, individu berkenaan berpendapat dia seolah-olah berada di Petaling Street.

Sebagai info, Petaling Street merupakan pasaran terkenal di Kuala Lumpur yang menjual sejumlah besar barangan tiruan termasuklah jam tangan, kasut, beg tangan, dompet, cermin mata hitam dan sebagainya.

Baca Artikel Berkaitan: Petaling Street Tersenarai Sebagai Lokasi Paling Banyak Jualan Barangan Tiruan


Netizen Terkejut Ada Barangan Tiruan Dijual Di KLIA Terminal 2

Rata-rata netizen juga terkejut kerana menganggap tindakan itu tidak sepatutnya berlaku kerana berpotensi untuk dilihat oleh para pelancong dari luar negara.

“Sampai ke airport barang tiruan ni. Sangat memalukan. Takkan pengurusan airport tak pantau benda-benda macam ni?” kata netizen.

Netizen turut berpendapat orang ramai perlu membuat laporan kepada pihak bertanggungjawab sekiranya berdepan perkara seperti ini.

Sumber: X (Twitter)

Pihak Malaysia Airports Beri Respon

Selepas ciapan tersebut tular di media sosial, pihak Malaysia Airports telah memberi respon di berkenaan isu terbabit.

Menerusi ciapan dimuat naik di laman X (Twitter @MY_Airports), pihak mereka akan memaklumkan masalah itu kepada Segi Astana Sdn Bhd yang bertindakan sebagai organisasi pengurusan pusat membeli-belah gateway@klia2.

Pada masa sama, Malaysia Airports turut berterima kasih kepada pengguna media sosial tersebut kerana mengetengahkan tentang hal terbabit.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd