Now Reading
KLIA & KLIA 2 Dijenamakan Semula Sebagai KLIA Terminal 1 & 2

KLIA & KLIA 2 Dijenamakan Semula Sebagai KLIA Terminal 1 & 2

Penjenamaan semula Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 dilakukan untuk meningkatkan kebolehpasaran serta kecekapan mereka.

KLIA 2KLIA 2

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Menteri Pengangkutan Anthony Loke telah mengumumkan bahawa Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 akan menjalani proses penjenamaan semula termasuklah pertukaran nama.

Kedua-dua lapangan terbang itu akan dikenali sebagai KLIA Terminal 1 dan 2.

Walau bagaimanapun, beliau tidak menyebut bila ia akan dilaksanakan kerana terdapat beberapa perkara yang perlu dilakukan di bawah perjanjian operasi baharu itu.

Tambahnya, perjanjian operasi serta pajakan lain yang berkaitan akan dimuktamadkan oleh kerajaan dan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) sebelum penghujung suku pertama 2023 menjelang 31 Mac.


Penjenamaan KLIA & KLIA2 Boleh Tingkatkan Kebolehpasaran

Menurut Loke, Kabinet meluluskan perkara ini kerana ia dilihat mampu meningkatkan kebolehpasaran serta kecekapan lapangan terbang dan membolehkan mereka bersaing dengan lapangan terbang antarabangsa yang lain.

Perkara utama dalam perjanjian operasi baharu ini adalah kedua-dua MAHB dan kerajaan akan mempunyai fleksibiliti dalam membiayai kos pembangunan lapangan terbang.

Sama ada perbelanjaan pembangunan kerajaan atau sebarang kaedah model pemulihan pelaburan yang sesuai oleh MAHB akan digunakan bagi mencapai matlamat ini.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Sumber: MalayMail

Loke juga menyatakan bahawa kos purata modal yang hanya akan diputuskan apabila sesuatu projek hendak disiapkan dengan persetujuan kerajaan akan tertakluk kepada persetujuan bersama semua pihak.

Selain itu, pelaksanaan perjanjian operasi (OA) 2023 akan membolehkan MAHB memberi bantuan dari segi meringankan beban kerajaan dengan mengambil alih kos pembangunan lapangan terbang. Selain itu, MAHB akan bekerjasama dengan mana-mana pihak yang berminat untuk melabur dalam pembangunan lapangan terbang itu pada masa hadapan.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Dana pembangunan lapangan terbang yang tidak melibatkan dana kerajaan juga akan ditubuhkan di bawah perjanjian ini.

Akaun amanah untuk dana akan menerima separuh daripada komponen caj perkhidmatan penumpang (PSC) yang sudah termasuk dalam pengiraan yuran pengguna.

Menurut Loke, inisiatif dana pembangunan lapangan terbang ini akan menjadi faktor dalam mengubah perkembangan lapangan terbang di negara ini menjadi lebih maju.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd