Now Reading
[Video] Norreen Iman Dedah Asbab Dirinya Terbuka Hati Untuk Pakai Tudung

[Video] Norreen Iman Dedah Asbab Dirinya Terbuka Hati Untuk Pakai Tudung

Semuanya bermula apabila Norreen Iman bersama Tya Adnan berdepan situasi apabila mereka sukar untuk keluar dari kereta kerana hujan yang terlalu lebat.

nooreen pakai tudung

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Baru-baru ini, pelakon dan influencer dikenali ramai iaitu Norreen Iman telah mengubah penampilan dirinya dengan tampil lebih sopan memakai tudung.

Perkara ini dikongsikan sendiri oleh influencer berkenaan menerusi laman Instagram miliknya (@norreen143) selepas bertindak memadam banyak hantaran yang mendedahkan dirinya tidak menutup aurat.

Difahamkan hantaran di laman Instagram yang berjumlah lebih daripada 3,000 itu kini telah berkurang sehingga 300 hantaran sahaja.

Menerusi laporan Kosmo yang memetik dari Instagram Story Norreen, pelakon berkenaan berkata pada mulanya dia berasa berat hati untuk memadam hampir kesemua gambar tidak menutup aurat di media sosial.

Namun dia beranggapan perkara itu sudah tidak lagi menjadi keutamaannya.

Menangis bila padam banyak gambar sebab rindu, tapi tak menyesal. Saya dah padam dan arkibkan kesemuanya. Semua memori, konten dan berkaitan hal kerja.

Noreen Iman.

Norreen Dedah Asbab Dirinya Terbuka Hati Untuk Memakai Hijab

Pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana influencer ini terbuka hati untuk menerima hidayah Allah SWT.

Dalam perkongsian video dimuat naik semula di laman Instagram (@jentikhati), Norreen mendedahkan dirinya mula berazam untuk membawa imej wanita bertudung selepas berdepan satu situasi hujan yang sangat lebat.

Pada ketika itu, Norreen bersama isteri kepada pelakon Shukri Yahya yang dikenali sebagai Tya Adnan mahu keluar di dalam kereta dan menuju ke sebuah kedai makan ketika hujan turun dengan sangat lebat.

Disebabkan mereka tiada payung, Norreen mahu membuat cubaan untuk keluar dahulu tetapi dia berkata tangannya sudah basah lencun dengan hanya sekadar membuka pintu kereta.

Masa tu hujan lebat sangat yang sampai tahap kat luar tu nampak kelabu. Kalau hujan lebat pun kereta akan bunyi kuat dan bising.

Norreen Iman.

Pada masa yang sama, Norreen juga terdetik, “Macam mana nak keluar kereta ni. Hujan lebat sangat”.

Sumber: Instagram @norreen143

Namun secara tiba-tiba keadaan hujan yang sangat lebat itu berhenti dan kereta mereka juga tidak kedengaran sebarang bunyi bising.

Tergamam dengan apa yang berlaku, Norreen dan Tya saling berpandangan antara satu sama lain di dalam kereta sebelum mengambil kesempatan untuk berlari memasuki kedai kerana tidak percaya bahawa hujan yang sangat lebat tiba-tiba berhenti.

Saya ambil tangan Tya dan letak pada dada saya. Memang waktu itu jantung saya laju sangat berdegup. Memang tak tipu. Mata kami pun dah bergenang.

Norreen Iman.

Keadaan menjadi lebih ‘meremang bulu roma’ apabila Norreen berkata keadaan kereta di belakangnya dilihat masih hujan renyai tetapi sebaliknya pula yang berlaku apabila kawasan laluan mereka dari kereta sudah tidak hujan.

Orang belakang kereta kami pun tengok kami terkinja-kinja selama dua minit depan kedai sebab kami terkejut dengan apa yang jadi. Saya pandang Tya dan kami tak tercakap. Tya cakap ‘Norreen Tuhan dengar doa kau’. Tapi waktu tu dah nak bergenang tapi relaks lagi tak nak menangis depan orang ramai.

Norreen Iman.

Netizen Tergamam Dengar Perkongsian Kisah Dari Norreen

Di ruangan komen perkongsian video itu, ramai netizen yang tergamam mendengar kisah yang diceritakan oleh influencer berkenaan.

Malah, ada juga sesetengah netizen yang berkata mereka berkongsi pengalaman pernah berdepan situasi sama apabila hujan yang turun dengan sangat lebat secara tiba-tiba terus berhenti.

Netizen turut mengalakkan orang ramai untuk mengambil peluang berdoa kepada Allah SWT ketika hujan kerana ia adalah salah satu waktu mustajab untuk dimakbulkan permintaan.

“Alhamdulillah. Sebab tu kita disuruh berdoa waktu hujan. Makbul doa. Subhanallah,” ujar netizen.

Mereka juga percaya bahawa hidayah dari Allah SWT itu boleh datang dalam pelbagai cara untuk menjentik hati seseorang berubah ke arah lebih baik.

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Wanita Beragama Islam Wajib Menutup Aurat

Untuk pengetahuan, menutup aurat bagi wanita beragama Islam yang sudah baligh adalah satu perkara wajib sebagaimana ia telah diperintahkan oleh Allah SWT dalam kitab suci al-Quran.

Jika ditanya tentang perjalanan hijrah seseorang itu, pastinya ada kisah di sebaliknya hidayah yang diberikan itu sehingga mereka mengambil keputusan untuk membuat perubahan positif.

Kepada anda semua yang baru berjinak untuk memakai hijab, semoga kita semua sentiasa diberikan hidayah dari Allah SWT dan kekal istiqamah dalam menutup aurat.

Baca Artikel Berkaitan: “Mohon Doakan” – Nadia Brian Terkejut Terima Respon Positif Dari Warganet Selepas Kongsi Foto Berhijab

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Netizen Puji Respon Neelofa Bila Ditanya Cara Tegur Keluarga Tentang Aurat

Baca Artikel Berkaitan: Lululemon Lancar Pakaian Sukan Buat ‘Hijabis’. Cantik!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd