Now Reading
Lululemon Lancar Pakaian Sukan Buat ‘Hijabis’. Cantik!

Lululemon Lancar Pakaian Sukan Buat ‘Hijabis’. Cantik!

Design pertama dipanggil sebagai Lightweight Performance Hijab dan design yang kedua pula dipanggil Scarf-Style Hijab.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Lululemon, jenama pakaian olahraga dari Kanada (terkenal terutamanya untuk Yoga) baru-baru ini melancarkan hijab terbaharunya untuk atlet wanita Muslim.

Mengikuti trend Nike, Puma, Under Armour dan beberapa jenama pakaian sukan terkemuka lain, Lululemon akhirnya mengeluarkan produk tudung sukan mereka sendiri.

Produk tersebut dilancarkan sekitar minggu lalu, membawa dua gaya tudung sukan ke pasaran, iaitu tudung ‘easy pull-on’ dan juga ‘long-scarf’.

(Credit: WWD@lululemonkualalumpur / Facebook)

Produk ini begitu ringan (lightweight), menyekat peluh, cepat kering serta regangan empat hala dan sesuai dipakai ketika anda bersukan. Bukan itu sahaja, ia juga menawarkan ciri adjustable fits dan bebas gangguan untuk dipakai.

Menurut WWD, team reka bentuk Lululemon turut berunding dengan “hijab wearers across the brand’s global collective” untuk mencipta kepelbagaian yang diingini.

Apa Yang Ditawarkan?

Design pertama dipanggil sebagai Lightweight Performance Hijab dan design yang kedua pula dipanggil Scarf-Style Hijab. Selain itu, mereka juga mempunyai produk lain yang akan datang pada tahun in iaitu Hijab Pull-on.

(Credit: lululemon)

‘Lightweight Performance Hijab’ boleh didapati dalam warna hitam atau biru tepi kolam (dengan saiz S/M dan M/L) berharga $42 (sekitar RM185). Ia direka khusus untuk gaya pull-on tanpa pin dan mudah yang kekal semasa anda bersenam. Untuk keselesaan yang lebih lengkap, tudung ini mempunyai adjustable toggle di bahagian belakang dan juga ruang lembut untuk sanggul anda. Sama ada senaman pantas atau berat, tudung ini akan memberikan keselesaan dan perlindungan untuk anda.

(Credit: lululemon)

‘Scarf-Style Hijab’ pula boleh didapati dalam warna hitam heathered dan mulled wine (hanya dalam satu saiz) berharga $38 (sekitar RM170). Sama ada ia diselak, diikat atau pun dipintal, tudung ini sangat sesuai untuk mereka yang sukakan sedikit fleksibiliti. Pakai untuk yoga, berjalan-jalan atau bahkan untuk ke pasar raya, tudung ini sesuai untuk setiap pergerakan anda.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus lawati website lululemon!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd