[Video] Netizen Puji Respon Neelofa Bila Ditanya Cara Tegur Keluarga Tentang Aurat
Izara Aishah bertanya soalan tentang aurat kepada Neelofa ketika sedang membuat IG Live bersama-sama.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Saling mengenali antara satu sama lain sejak terpilih sebagai finalis Pencarian Dewi Remaha 2009, Izara Aishah dan Neelofa kini dilihat manis menutup aurat apabila sudah berhijrah.
Pemakaian niqab oleh Neelofa serta Izara yang turut mula memakai hijab pada tahun lepas menjadi perhatian ramai dan dipuji netizen kerana kelihatan lebih sopan.
Gambar-gambar mereka yang tidak menutup aurat di media sosial juga sudah dipadam untuk tujuan menjaga aurat.
BACA JUGA: [Foto] Izara Aishah Berhijrah & Tampil Menawan Di Media Sosial. Alhamdulillah
Neelofa jawab pertanyaan Izara
Baru-baru ini, Izara dan Neelofa tampil bersiaran langsung di IG Live sambil saling menjawab beberapa persoalan yang diajukan.
Antara soalan yang menjadi perhatian adalah apabila Izara bertanya kepada Neelofa tentang cara untuk menegur ahli keluarga yang masih belum menutup aurat sepenuhnya.
Mengakui masih banyak kekurangan, Neelofa tampil dengan jawapan yang menekankan bahawa menutup aurat adalah perkara wajib yang tidak boleh dikompromi.
Walaupun mungkin akhlak seseorang itu tidak berapa elok, tak apa yang penting kita laksanakan dulu kewajipan memakai tudung seperti yang diperintahkan dalam Al-Quran. Sikap dan akhlak kita boleh perbaiki perlahan-lahan.
Neelofa.
Ramai netizen setuju dengan jawapan Neelofa
Di ruangan komen, rata-rata netizen memuji jawapan yang diberikan oleh bekas pengacara MeleTOP itu walaupun soalan yang diajukan agak ‘tricky’ kerana melibatkan ahli keluarganya.
Menutup aurat sememangnya diwajibkan di dalam agama Islam. Semoga kita sama-sama dapat istiqamah menjaga aurat sepenuhnya. In Shaa Allah.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.