[Foto] Izara Aishah Berhijrah & Tampil Menawan Di Media Sosial. Alhamdulillah
Cantik betul Izara Aishah bila berhijab.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Nik Izara Aishah Nik Izazurin, atau nama komersialnya: Izara Aishah baru-baru ini telah meraih perhatian orang ramai apabila dia kini dikatakan sudah berhijrah dengan menutup aurat.
Izara pada mulanya dilihat memadam semua gambarnya yang tidak berhijab di laman Instagram @izaraaishahofficial lalu memberikan bayangan bahawa dirinya kini sudah berhijab.
Teka-teka orang ramai tentang perkara itu akhirnya terjawab dengan gambar-gambar yang telah dimuat naik.
Pendek kata, “Biar gambar berbicara”.
Sweet sangat bila tengok. Nampak neutral dan bersahaja.
Alhamdulillah.
Nak berhijrah ke nak melawa?
Nak dua-dua, kata Izara.
Izara memuat naik satu tweet seolah-olah menjawab kenyataan seseorang terhadap dirinya yang kini sering memuat naik gambar berhijab sejak beberapa hari lalu.
NAK BERHIJRAH KE NAK MELAWA? NAK DODUA ! Mwahaha 🤪 kk Jangan serious sangat.. hantar love 5 biji 💋 hehehe
— Madame Izara (@IzaraAishah) August 17, 2021
Mungkin, ada segelintir individu yang mempersoalkan mengapa dirinya masih memuat naik gambar-gambar selfie dan sebagainya.
Dia kemudiannya menjawab persoalan itu dengan penuh tenang dan diselitkan juga dengan gurauan agar tidak terlalu tegang.
If taking pictures makes yourself happy, do it. Allah loves beauty. Looking good is sunnah and also part of dawah. Smelling good is sunnah. If you like your appearance it’s a syukur to Allah. As long as there’s no arrogance. Sebab bila pakai baju mahal ada manusia jadi ekshen.
— Madame Izara (@IzaraAishah) August 18, 2021
Apa pun keputusan Izara, kita semua mendoakan yang terbaik buatnya. Okay?
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.