Now Reading
[Video] “Ingatkan Rumah Tapi…” – Netizen Terkejut Tengok Keadaan Kubur Di Indonesia

[Video] “Ingatkan Rumah Tapi…” – Netizen Terkejut Tengok Keadaan Kubur Di Indonesia

Jika dilihat sekilas pandang, kawasan perkuburan itu hampir sama seperti sebuah perumahan kerana dibina dengan kediaman yang lengkap bersama pintu masuk, dinding, tingkap dan sebagainya.

https://www.tiktok.com/@badar1015/video/7329517939185487110

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap manusia yang sudah meninggal dunia, tanah perkuburan akan menjadi lokasi terakhir mereka di bumi selepas selesai dikebumikan.

Tetapi kalau anda perasan, sesetengah ahli keluarga kepada arwah akan membina hiasan menggunakan batu marmar bagi menghiasi sekitar tanah perkuburan.

Jika pada zaman dahulu, tanah perkuburan kesemuanya sama sahaja iaitu hanya mempunyai batu nisan dan rumput tetapi tidak lagi di zaman moden ini.


Tanah Perkuburan Dibina Seperti Rumah Kediaman

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@badar1015), lokasi tanah perkuburan dipercayai di Indonesia ini telah menarik perhatian ramai selepas ia dibina dalam keadaan yang berbeza daripada kebiasaannya.

Kalau anda tengok sekilas pandangan, kawasan tersebut dilihat seakan-akan sebuah perumahan kerana mempunyai deretan kediaman pelbagai bentuk dan warna.

Ia dibina lengkap dengan pintu masuk, tingkap, bumbung dan dinding. Senang kata memang macam rumah. Lebik unik, ada yang dibina dalam keadaan dua tingkat.

Sumber gambar: TikTok @badar1015

Bukan itu sahaja, sebahagian kubur itu juga telah ditutup dengan pagar besi dan setiap kawasan ‘rumah’ berkenaan telah ditulis nama pemilik perkuburan tersebut dengan beberapa kata-kata ucapan.

Tetapi, jangan terkejut kerana binaan itu yang disangka rumah seseorang itu sebenarnya adalah tanah berkuburan bagi mereka yang sudah meninggal dunia.

Video itu telah tular di media sosial sehingga berjaya meraih 16.8 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.


Kubur Seperti Rumah Undang Pelbagai Reaksi Dari Netizen

Di ruangan komen video tersebut, rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut melihat suasana tanah perkuburan itu yang sama seperti di kawasan perumahan bagi individu yang masih hidup.

Perkuburan yang dianggap mewah itu turut menimbulkan rasa pelik dan menyeramkan bagi sesetengah netizen kerana bimbang jika ada pihak yang mengetuk pintu ‘rumah’ tersebut.

“Baru tahu ada perkuburan semewah itu. Kalau saya yang melawat mungkin saya fikir itu adalah rumah,” kata netizen.

Sesetengah netizen juga menganggap kubur berkenaan lebih mewah berbanding seseorang yang masih hidup tetapi masih belum mempunyai kediaman sendiri.

“Orang yang hidup pun masih tiada rumah,” ujar netizen.

Sumber: TikTok

Agama Islam Mengharamkan Binaan Dibuat Pada Kubur Seseorang

Untuk info, seorang pendakwah iaitu Dr. Ustaz Rozaimi Ramle menerusi hantaran di laman Facebook miliknya telah menjelaskan bahawa binaan kekal seperti perhiasan bata yang disimen pada kubur umat Islam dengan ketinggian tertentu adalah Haram mengikut mazhab Syafie sekiranya perkara itu dibuat pada tanah perkuburan awam di atas tanah wakaf.

Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Nawawi:

قال أصحابنا رحمهم الله : ولا فرق في البناء بين أن يبنى قبة او بيتا او غيرهما.ثم ينظر فإن كانت مقبرة مسبلة حرم عليه ذلك

Maksudnya: “Ashab kami telah berkata: Tidak ada perbezaan pada binaan (perkuburan) berbentuk kubah, rumah atau selain daripada dua bentuk ini. Kemudian hendaklah diteliti, jika binaan itu dibuat pada tanah perkuburan (wakaf atau awam) perbuatan membuat binaan tersebut adalah haram”.

Sumber: Kosmo

Mengikut Khaitb al-Syirbini berkata dalam Mughni al-Muhtaj pula:

ولو بني عليه (في مقبرة مسبلة) وهي التي جرت عادة أهل البلد بالدفن فيها، (هدم) البناء لأنه يضيق على الناس، ولا فرق بين أن يبني قبة أو بيتا أو مسجدا أو غير ذلك

Maksudnya: “Jika dibina di atas tanah perkuburan yang diwakafkan iaitu pada tempat yang kebiasaannya ditanam mayat di dalamnya, hendaklah diruntuhkan binaan tersebut kerana ia menyempitkan kawasan ke atas orang laim. Tidak ada beza antara binaan itu berbentuk kubah, rumah, masjid atau selain daripada itu”.

Larangan ini dikuatkan dengan realiti bahawa kematian itu adalah pemutus bagi kemewahan dan kecantikan yang dibanggakan sewaktu hidup.

Kubur sepatutnya dijadikan tempat yang memberi peringatan kepada kematian dan bukannya harta benda lagi.

Baca Artikel Berkaitan: Ustaz Perjelas Hukum Binaan Kekal Di Atas Tanah Kubur. Boleh Ke?

Baca Artikel Berkaitan: Tanah Runtuh Tepi Kubur Punca Kain Kafan Jenazah Terjulur Dari Liang Lahad


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd