Now Reading
Ustaz Perjelas Hukum Binaan Kekal Di Atas Tanah Kubur. Boleh Ke?

Ustaz Perjelas Hukum Binaan Kekal Di Atas Tanah Kubur. Boleh Ke?

Binaan kekal seperti perhiasan bata yang disimen pada tanah kubur dengan ketinggian tertentu adalah HARAM mengikut mazhab Syafie.

TANAH KUBUR

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Bila kita pergi ke tanah perkuburan, boleh dikatakan hampir setiap kubur mempunyai pelbagai jenis binaan yang warna-warni dihiasi di sekelilingnya. Segelintir ahli keluarga memilih untuk membina hiasan menggunakan batu marmar yang cantik dan mahal.

Terdahulu, tanah perkuburan semua sama iaitu hanya mempunyai batu nisan dan rumput sahaja. Namun, tidak lagi di zaman moden ini.

Tetapi, boleh ke buat binaan atas tanah kubur sebenarnya?

Sumber: Utusan TV

Hukum membuat binaan kekal di atas tanah kubur

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook oleh seorang pendakwah iaitu Dr. Ustaz Rozaimi Ramle atau lebih dikenali sebagai Dr Rora, beliau memberi penjelasan tentang persoalan ini.

Menurutnya, binaan kekal seperti perhiasan bata yang disimen pada kubur dengan ketinggian tertentu adalah HARAM mengikut mazhab Syafie sekiranya perkara itu dibuat pada tanah perkuburan awam di atas tanah wakaf.

Sumber: Kosmo

Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Nawawi:

قال أصحابنا رحمهم الله : ولا فرق في البناء بين أن يبنى قبة او بيتا او غيرهما.ثم ينظر فإن كانت مقبرة مسبلة حرم عليه ذلك

Maksudnya: “Ashab kami telah berkata: Tidak ada perbezaan pada binaan (perkuburan) berbentuk kubah, rumah atau selain daripada dua bentuk ini. Kemudian hendaklah diteliti, jika binaan itu dibuat pada tanah perkuburan (wakaf atau awam) perbuatan membuat binaan tersebut adalah haram”.

Mengikut Khaitb al-Syirbini berkata dalam Mughni al-Muhtaj pula:

ولو بني عليه (في مقبرة مسبلة) وهي التي جرت عادة أهل البلد بالدفن فيها، (هدم) البناء لأنه يضيق على الناس، ولا فرق بين أن يبني قبة أو بيتا أو مسجدا أو غير ذلك

Maksudnya: “Jika dibina di atas tanah perkuburan yang diwakafkan iaitu pada tempat yang kebiasaannya ditanam mayat di dalamnya, hendaklah diruntuhkan binaan tersebut kerana ia menyempitkan kawasan ke atas orang laim. Tidak ada beza antara binaan itu berbentuk kubah, rumah, masjid atau selain daripada itu”.

Larangan ini dikuatkan dengan realiti bahawa kematian itu adalah pemutus bagi kemewahan dan kecantikan yang dibanggakan sewaktu hidup.

Kubur sepatutnya dijadikan tempat yang memberi peringatan kepada kematian dan bukannya harta benda lagi.


Kesimpulan

Hukum membuat binaan kekal pada tanah perkuburan atas tanah wakaf adalah DIHARAMKAN dan pemerintah berhak untuk merobohkan binaan tersebut.

Namun Ulama’ Syafieya mengecualikan hukum ini kepada Rasulullah dan beberapa perkuburan lain. Hukum antara tanah wakaf dengan tanah persendirian juga berbeza dan dibolehkan sekiranya bertujuan untuk menghalang daripada dirosakkan oleh binatang buas.

Dr Rozaimi juga menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah melabel orang lain dengan gelaran wahabi hanya disebabkan seseorang itu berbeza dari sudut pandangan.

BACA JUGA: [Video] Wanita Lari Lintang Pukang Gara-gara Terpaksa ‘Lepas Hajat’ Di Tandas Kubur

Adab menziarahi kubur

Ketika menziarahi tanah perkuburan, terdapat beberapa adab yang perlu diamalkan dalam kita menghormati umat Islam yang sudah meninggal dunia. Antaranya adalah seperti berikut:

  • Bersih dari hadas dan sunat untuk berwuduk.
  • Memberi salam secara umum kepada ahli kubur dan mendoakan kesejahteraan roh mereka.
  • Sunat membaca ayat suci al-Quran dan menghadiahkan pahala kepada ahli kubur.
  • Tidak bercakap dengan kubur kerana perbuatan itu seolah-olah menyamai budaya orang kafir.
  • Memakai pakaian yang menutup aurat.

Semoga perkongsian ini dapat memberi peringatan kepada kita bahawa setiap orang akan bertemu dengan ajal mereka. Oleh disebabkan itu, sentiasalah berusaha untuk berbuat kebaikan dan beribadah kepada Allah SWT dengan seikhlas hati.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd