Now Reading
Kereta Tersangkut Di Jambatan Gantung Thailand Gara-gara GPS

Kereta Tersangkut Di Jambatan Gantung Thailand Gara-gara GPS

Menurut wanita Thailand itu, sebelum insiden dia hanya fokus kepada GPS tanpa melihat keadaan sekeliling dan menyangkakan jambatan tersebut selamat untuk dilalui.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tidak dinafikan dengan adanya teknologi navigasi ia telah banyak membantu masyarakat pada hari ini untuk ke destinasi yang diinginkan.

Malah teknologi ini juga memudahkan penggunanya apabila seseorang dapat melihat jarak dan waktu mereka akan sampai ke sesebuah tempat.

Walau bagaimanapun sepanjang menggunakan navigasi ini, pengguna perlu cakna dengan keadaan sekeliling agar tidak terbabas ke kawasan yang tidak sepatutnya.

Perkara sama turut berlaku kepada seorang wanita di Thailand apabila kenderaan dipandunya

Seorang wanita di Thailand berdepan dengan detik cemas apabila kereta yang dipandunya tersangkut pada sebuah jambatan gantung pada 28 Januari kerana terlalu percayakan GPS.

Difahamkan insiden tersebut berlaku pada jam 5.40 petang dan disedari oleh seorang penduduk dari Wiang Thong, Phrae, Makun Inchan yang terkejut apabila melihat sebuah kereta Honda City sedan tersangkut pada jambatan berkenaan.


Jambatan mempunyai permukaan yang sempit

Menurut laporan, jambatan yang berukuran sepanjang 120 meter dan telah dibina untuk pejalan kaki. Oleh itu, jambatan berkenaan tidak sesuai untuk kenderaan seperti kereta memandangkan ruangnya yang sempit.

Makun kemudiannya telah menghubungi petugas kecemasan selepas mendengar pemandu kenderaan terbabit meminta pertolongan.

Kenderaan berwarna putih itu tersangkut selepas 15 meter melalui jambatan berkenaan dengan tayar kereta sebelah kiri hadapan telah tersangkut di celah kayu jambatan.


Guna dua traktor untuk selamatkan kereta daripada berlaku kerosakan

Pasukan kecemasan kemudiannya telah menggunakan sebanyak dua traktor untuk menarik semula kenderaan tersebut tanpa menyebabkan sebarang kerosakkan

Memetik laporan The Pattaya News, ketika di temu bual pemandu Thailand yang berasal dari daerah Nong Muang Khai ketika itu sedang dalam perjalanan ke Sung Men untuk berjumpa dengan rakannya.

Kata wanita berkenaan sebelum ini dia tidak pernah berada di kawasan tersebut dan hanya bergantung pada sistem GPS untuk ke destinasi yang dikirimkan rakannya.


GPS menunjukkan untuk seberang jambatan

Dia bagaimanapun mendakwa GPS tersebut telah mengarahkan dia untuk menyeberangi jambatan itu dan hanya mengikutinya tanpa terfikir ia akan tersangkut.

“Saya hanya fokus pada GPS tersebut dan tidak melihat keadaan sekeliling. Saya sangka jambatan itu kukuh dan sering digunakan oleh orang lain. Ketika saya tersangkut, saya sangat takut kerana berada di tengah-tengah Sungai Yom.

“Saya juga bimbang jika kereta tersebut jatuh ke dalam sungai, maka saya keluar dari kenderaan untuk mendapatkan bantuan,” ujar wanita itu.

Jelas Encik Makun jambatan tersebut telah dibina pada 40 tahun lalu dan hanya sesuai digunakan untuk pejalan kaki dan motosikal. Dia juga menggesa pihak berkuasa untuk meletakkan papan tanda amaran.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd