Now Reading
[Foto] “Jadi Gemuk Lepas Makan Daging?” – Soalan Pada Buku Latihan Murid Cetus Perdebatan

[Foto] “Jadi Gemuk Lepas Makan Daging?” – Soalan Pada Buku Latihan Murid Cetus Perdebatan

Netizen mempertikaikan soalan dan jawapan dalam buku latihan murid di mana seseorang akan bertambah berat badan selepas makan daging.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Memang tidak dapat dinafikan, dengan peredaran zaman, silibus pembelajaran kanak-kanak dilihat semakin mencabar.

Dalam Pembangunan Pendidikan Malaysia terdahulu, soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) turut diperkenalkan untuk menguji tahap pemikiran anak murid.


Jawapan Kepada Soalan Pada Buku Latihan Murid Cetus Perdebatan

Namun begitu, satu soalan KBAT yang dipercayai terdapat dalam sebuah buku latihan milik murid telah mengundang perhatian ramai.

Seorang pakar Psikologi Klinikal Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Professor Dr Siti Raudzah Ghazali menerusi ciapan di laman X (Twitter @sitiraudzah) menunjukkan satu halaman buku latihan berserta arahan di mana murid perlu memilih imej manusia yang menggambarkan situasi diberi.

Soalan tersebut ialah, “Liza suka makan daging dan tidak suka makan sayur-sayuran. Antara berikut, yang manakah kemungkinan ialah Liza?”

Soalan itu disertakan sekali dengan empat pilihan jawapan A, B, C, atau D iaitu gambaran empat orang perempuan yang mempunyai pelbagai jenis saiz badan. Jawapan yang betul ialah C iaitu ilustrasi seorang perempuan yang berbadan besar.

Namun begitu, netizen dilihat tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut kerana seolah-olah menunjukkan seseorang itu akan menjadi gemuk sekiranya makan daging.


Reaksi Netizen Lihat Soalan Tentang Makan Daging

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen dilihat mempertikaikan jawapan kepada soalan tersebut.

“Apa punya logik? Asal orang gemuk, suka makan daging dan tak suka makan sayur. Common la, saya lebih suka makan sayur berbanding dengan daging tetapi saya tetap gemuk,” ujar seorang netizen.

Sumber: X

Seterusnya, ada juga yang berkata pengambilan protein tidak membuatkan seseorang itu menjadi gemuk.

“Makan protein tidak membuat badan jadi gemuk, cikgu. Ada diet di mana individu perlu makan protein untuk menurunkan berat badan,” jelas seorang warganet.

Sumber: X

Dalam kesempatan itu, ada juga yang sempat berjenaka dengan mengatakan Liza sepatutnya mengalami masalah pencernaan.

“Patutnya Liza sembelit,” kata seorang lelaki.

Sumber: X

Salah Tanda Jawapan Murid

Tidak terhenti di situ sahaja, Professor Dr Siti Raudzah juga menunjukkan satu lagi soalan yang mencetuskan perdebatan.

Arahan tertera pada soalan tersebut ialah untuk mengira berapa bilangan kaki haiwan. Menerusi halaman tersebut, terdapat tiga ekor ayam, dua ekor lembu, seekor ikan, dan empat ekor kucing.

Soalan itu pada awalnya memang mudah dan ringkas namun penandaan jawapan turut mencetuskan pertikaian di kalangan orang ramai.

https://twitter.com/sitiraudzah/status/1751460335180263849

Berdasarkan arahan, jawapan sepatutnya ialah seperti berikut:

  • Enam kaki untuk tiga ekor ayam.
  • Lapan kaki untuk dua ekor lembu.
  • Tiada kaki untuk ikan.
  • 16 kaki untuk kucing.

Kanak-kanak itu telah menulis jawapan yang betul. Walau bagaimanapun, individu yang menyemak kerja menandakan semuanya salah dengan menulis jawapan ‘betul’ di sebelahnya.

Netizen berkata individu yang menanda jawapan itu telah salah faham tentang soalan diberikan dan berfikir murid sepatutnya mengira bilangan haiwan dalam setiap grid.

Sumber: X

Semoga pihak terlibat akan lebih cakna tentang soalan yang tertera dalam buku kerja murid-murid agar kesilapan seperti ini tidak akan berlaku lagi.

Baca Artikel Berkaitan: Meme ‘Sebab Boleh Dik’ Dijadikan Jawapan Dalam Exam, Guru Ini Luah Rasa Kecewa

Baca Artikel Berkaitan: “The Ball Is Jepun?” – Ibu Pening Semak Buku Latihan Anak, Rupanya Sebab Tampal Kertas Terbalik [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Ditanya Belajar Apa Di Sekolah, Jawapan & Penjelasan Anak Ini Buat Ramai Kagum [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd