Now Reading
Meme ‘Sebab Boleh Dik’ Dijadikan Jawapan Dalam Exam, Guru Ini Luah Rasa Kecewa

Meme ‘Sebab Boleh Dik’ Dijadikan Jawapan Dalam Exam, Guru Ini Luah Rasa Kecewa

Murid berkenaan telah menjawab soalan peperiksaan tentang faktor pembinaan lebuh raya di Malaysia dengan jawapan ‘Sebab boleh’.

murid jawab sebab boleh dalam peperiksaan

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tidak kira usia tua atau muda, media sosial mampu memberi pengaruh yang sangat kuat kepada masyarakat. Kalau perkara yang dilihat di media sosial itu membawa kebaikan, itu tidak merisaukan.

Apa yang agak membimbangkan adalah jika golongan muda terjebak dengan perkara yang tidak baik gara-gara terikut dengan tontonan yang tular di media sosial.


Murid Sekolah Jawab Soalan Peperiksaan Dengan Meme ‘Sebab Boleh’

Baru-baru ini, seorang guru lelaki memuat naik video di laman TikTok miliknya (@muazsmd.) ketika dia sedang menanda kertas soalan peperiksaan seorang murid.

Apa yang mencuri perhatian adalah jawapan yang diberikan oleh murid berkenaan seolah-olah tidak serius.

Mana tidaknya, soalan yang ditanya adalah berkaitan faktor pembinaan lebuh raya di Malaysia, tetapi kesemua jawapannya adalah ‘Sebab boleh’.

Selepas melihat jawapan daripada murid berkenaan, guru itu meluahkan rasa kecewa dengan tindakan pelajarnya.

Video tersebut telah meraih perhatian ramai sehingga meraih satu juta tontonan setakat artikel ini ditulis.


Netizen Luah Rasa Bimbang Lihat Cara Murid Sekolah Yang Tidak Serius Dalam Menjawab Peperiksaan

Menjengah ke ruangan komen video berkenaan, rata-rata netizen meluahkan rasa bimbang melihat tindakan murid sekolah itu yang berani melakukan tindakan sedemikian ketika menjawab peperiksaan.

Malah, segelintir netizen berpendapat bahawa menjadi seorang guru pada hari ini agak mencabar kerana pelbagai ragam murid yang perlu dihadapi.

Pada masa yang sama, mereka turut memberi pandangan tentang pengaruh media sosial yang semakin lama semakin membimbangkan kepada masyarakat.

murid jawab sebab boleh dalam peperiksaan
Sumber: TikTok

Dari Mana Datangnya Meme ‘Sebab Boleh Dik’?

Tagline yang sering menjadi sebutan ramai di media sosial iaitu ‘Sebab boleh dik’ itu berasal daripada kata-kata seorang lelaki dikenali sebagai Azri Walter.

Sumber: Twitter Azri Walter

Menerusi satu video, Azri menjawab pertanyaan yang diajukan kepada dirinya dengan ucapan ‘Sebab boleh dik’.

Sejak daripada itu, tagline ‘Sebab boleh dik’ juga telah disebut-sebut dan digunakan oleh orang ramai.

Sumber: TikTok Muaz Samad


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd