Now Reading
Azri Walter Buka Mulut Isu Pelajar Jawab Exam Guna Ayat ‘Sebab Boleh Dik’

Azri Walter Buka Mulut Isu Pelajar Jawab Exam Guna Ayat ‘Sebab Boleh Dik’

Azri Walter selaku pencetus frasa ‘Sebab Boleh Dik’ ini menekankan bahawa perkataan ini hanya boleh digunakan dalam hal-hal positif sahaja.

azri walter sebab boleh dik

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Baru-baru ini, seorang guru lelaki telah memuat naik sebuah video di laman TikTok (@muazsmd.) ketika sedang menanda kertas soalan peperiksaan seorang muridnya.

Walau bagaimanapun, guru itu meluahkan kekecewaannya apabila jawapan yang ditulis oleh murid berkenaan di dalam kertas peperiksaan tersebut menunjukkan jawapan yang dikatakan ‘sambil lewa’ dan tidak serius.

“Sebab boleh,” itu merupakan jawapan yang ditulis pelajar tersebut.

Amboi, dik. Betul-betul terpengaruh dengan konten di media sosial ya kamu.

@muazsmd._

Pening

♬ bunyi asal – Muaz Samad

Isu itu sememangnya amat membimbangkan, malah ramai pihak turut meluahkan rasa kerisauan apabila tindakan sedemikian sanggup dilakukan oleh pelajar sekolah ketika menjawab peperiksaan.

Jika hanya digunakan dalam tutur kata harian, tak mengapa.

Ini sehingga di dalam peperiksaan pula frasa ‘Sebab Boleh Dik’ itu dibawa. Ia seolah-olah menunjukkan bahawa pengaruh media sosial ini memberikan kesan buruk dan negatif terhadap masyarakat zaman sekarang.

Baca Artikel Berkaitan: Meme ‘Sebab Boleh Dik’ Dijadikan Jawapan Dalam Exam, Guru Ini Luah Rasa Kecewa


Azri Walter Buka Mulut Tentang Isu Frasa ‘Sebab Boleh Dik’

Untuk pengetahuan korang, tagline yang sering menjadi sebutan ramai di media sosial iaitu ‘Sebab boleh dik’ itu berasal daripada kata-kata seorang lelaki dikenali sebagai Azri Walter.

Menerusi satu video, Azri menjawab pertanyaan yang diajukan kepada dirinya dengan ucapan tersebut. Sejak daripada itu, tagline ‘Sebab boleh dik’ juga sering disebut dan digunapakai oleh orang ramai.

Sumber: Twitter (X) Azri Walter

Semalam (23 Ogos), Azri menerusi hantaran panjang di laman X (Twitter) miliknya menjelaskan tentang isu yang sedang tular ini selepas seorang murid menggunakan tagline cetusannya itu.

Menurut Azri, “Sebab boleh dik ini adalah satu slogan yang bertujuan untuk RESET kepala hotak kebanyakan manusia yang telah diprogramkan bahawa mereka “tak boleh” dan minda mereka telah disekat oleh kebolehan dan kemampuan diri mereka yang sebenar. Maksudnya, tujuan saya adalah untuk memberi impak positif kepada masyarakat,” jelasnya.

Azri menerangkan bahawa meskipun dirinya adalah seorang marhaen lepasan SPM yang membesar di kawasan setinggan dan flat kos rendah, namun dia telah berjaya menterbalikkan kehidupannya dari ‘zero kepada hero’ menggunakan mindset “Sebab boleh dik” ini.


Azri Walter Beri Senarai Pencapaian Hidup Yang Dibanggakan Hingga Hari Ini. Sebab Apa? “Sebab Boleh Dik”

Azri turut menyenaraikan lapan pencapaian yang dibanggakan olehnya sejak kecil sehingga hari ini. Ia bertujuan memberikan semangat buat masyarakat tentang apa yang boleh dicapai dengan adanya sifat bersungguh.

Sumber: Twitter (X) Azri Walter

Antara pencapaian yang berjaya diraih oleh Azri Walter adalah:

  1. Ketika umur 12 tahun saya terlalu ingin terpilih mewakili negeri dalam sukan bolah sepak, namun saya tidak terpilih. Selepas itu saya berlatih dan kerja keras. Hasilnya saya berjaya mewakili negara ketika umur 12 tahun. Sebab apa terus wakil negara tak wakil negeri? “Sebab boleh dik”.
  2. Ketika saya bekerja makan gaji saya melalui fasa financial stress. Saya nak ubah kehidupan. Saya tiada modal, tiada ilmu dan tiada networking. Maka saya mulakan perniagaan dengan apa yang saya ada iaitu KUDRAT. Saya mula berniaga dengan menjual produk orang lain secara direct selling di jalanan. Sebab apa? “Sebab boleh dik”.
  3. Saya seorang lepasan SPM dan tidak cemerlang di dalam bidang akademik namun Alhamdulillah saya berjaya membuka kolej sendiri iaitu Walter College. Sebab apa? “Sebab boleh dik”.
  4. Saya tidak pandai gunting rambut. Saya bukan barber namun saya berjaya membuka 30 cawangan barbershop tanpa pinjaman bank dan tanpa geran. Sebab apa? “Sebab boleh dik”.
  5. Saya tidak pernah dapat A dalam subjek bahasa Melayu terutamanya penulisan. Namun saya berjaya menulis buku saya sendiri iaitu The Walter Way, Ebook Jalanan to Jutawan dan aktif menulis di media sosial. Sebab apa? “Sebab boleh dik”.
  6. Dulu berat badan saya pernah capai 96kg. Hari ini fizikal saya fit dan im in a good shape. Sebab apa? “Sebab boleh dik”.
  7. Waktu mula berniaga dulu, saya daftar perniagaan jenis enterprise 70 hengget. Selepas melawan hidup yang keras dan berjaya memberikan inspirasi kepada ramai manusia dari zero hingga membina empayar perniagaan, pada tahun 2019 saya dilantik menjadi Ikon Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Sebab apa? “Sebab boleh dik”.
  8. Saya bekas pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil. Sepatutnya saya takde kena mengena pun dengan menghafal Al Quran. Namun Alhamdulillah atas izin Allah SWT saya berjaya menghafaz beberapa juzuk Quran ketika zaman kerja kerajaan tanpa dipaksa oleh sesiapa dan telah banyak kali baca dan faham keseluruhan Al-Quran. Sebab apa? “Sebab boleh dik”.

‘Sebab Boleh Dik’ Hanya Terpakai Kepada Perkara Positif Sahaja

Azri turut mempersoalkan di manakah sudut negatif yang boleh dipandang daripada frasa ‘Sebab Boleh Dik’ ini kerana apa yang berlaku sepanjang kehidupannya adalah positif belaka.

“Cuba lihat apa yang berlaku kepada hidup saya. Saya tak nampak, di mananakah negatif nya ‘sebab boleh dik’ ini. Melainkan individu itu sendiri menggunakan maklumat dan mesej ke arah yang salah,” tegasnya.

Dia dalam masa yang sama turut menekankan bahawa frasa ini hanya boleh digunakan dan terpakai untuk perkara-perkara positif sahaja.

“Oleh itu, saya nak adik-adik gunakan slogan ‘sebab boleh dik’ supaya boleh menjadi insan berjaya dunia dan akhirat. Kalau nak buat sesuatu, usah TAKUT kerana kita boleh capai apa sahaja dalam hidup dengan syarat ianya tidak mengundang murka TUHAN. Kepada ibu bapa, menjadi tanggungjawab korang untuk monitor penggunaan media sosial anak-anak supaya tidak menghancurkan hidup mereka,” kata Azri Walter selaku pencetus frasa ‘Sebab Boleh Dik’.

Sumber: Twitter (X) Azri Walter | TikTok Muaz Samad


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd