Now Reading
Kereta & Rumah Jiran Disimbah Cat Merah, Pemiutang Amuk Gara-gara Gagal Cari Peminjam

Kereta & Rumah Jiran Disimbah Cat Merah, Pemiutang Amuk Gara-gara Gagal Cari Peminjam

Penduduk di perumahan Taman Selaseh, Gombak itu juga menerima ugutan daripada Ah Long dengan ancaman untuk membakar rumah sekiranya gagal mencari peminjam tersebut.

ah long simbah cat merah jiran berhutang

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Faktor masalah kewangan sering menjadi punca utama seseorang sanggup membuat pinjaman dengan ‘loan sharks’ atau lebih dikenali sebagai Ah Long.

Sesetengah peminjam mungkin berdepan masalah dari segi perniagaan mereka atau tidak membuat wang mencukupi untuk meneruskan kehidupan di samping perlu melangsaikan hutang-hutang yang lain.

Dalam agama Islam juga telah mengajar umatnya untuk melunaskan sebarang hutang dengan segera kepada pemiutang dan tidak sengaja melengah-lengahkannya.

Baca Artikel Berkaitan: Ah Long Salah ‘Target’ Rumah Orang, Mujur Tawar Nak Bersihkan Balik & Beri Pampasan

Baca Artikel Berkaitan: Terkejut Kereta Disimbah Cat Merah. Lelaki Dedah Rupanya Ah Long Tersalah Rumah!

Baca Artikel Berkaitan: Ah Long Silap ‘Target’ Rumah, Mangsa Di Johor Terpaksa Tanggung Rugi Rumah Dibakar [Video]


Jiran Jadi Mangsa Ugutan Gara-gara Peminjam Lari Tak Bayar Hutang

Dalam satu kejadian yang berlaku baru-baru ini, beberapa kenderaan serta rumah di sebuah perumahan telah berdepan detik mencemaskan apabila mereka dipercayai telah diugut oleh Ah Long.

Difahamkan sebanyak tiga buah kenderaan dan dua pagar rumah di Taman Selaseh, Gombak telah dirosakkan dengan simbahan cat berwarna merah disyaki dilakukan oleh Ah Long.

Tiga kereta yang menjadi mangsa adalah Proton Iriz, Proton Persona dan Perodua Myvi.

Sumber: X (Twitter @nadiazaman_)
Sumber: X (Twitter @nadiazaman_)

Perkara itu disedari oleh isteri kepada seorang jiran dikenali sebagai Muhammad, 32, sekitar jam 8:00 pagi semalam (25 Januari).

Jelasnya lagi, Ah Long juga meninggalkan sekeping nota di rumah salah seorang jirannya yang mendesak mereka untuk menghubungi peminjam Ah Long di kawasan perumahan mereka yang telah melarikan diri.

Bukan itu sahaja, penduduk di kawasan perumahan itu juga menerima ugutan daripada Ah Long dengan ancaman untuk membakar rumah sekiranya gagal mencari peminjam tersebut.

Ni nota buat korang. Sebab jiran korang punya hutang sama kami tapi tak mahu bayar. Korang sebagai jirannya korang suruh dia call kami dan langsaikan hutang-hutangnya. Jika tidak korang juga ikut sama. Jangan cabar saya untuk bakar rumah. Ni suruh jiran korang selesaikan secepatnya. Jika tidak, faham-fahamlah apa saya akan buat nanti.

Nota yang ditinggalkan oleh Ah Long.
Sumber: X (Twitter @nadiazaman_)

Difahamkan, kes seperti ini telah berlaku sejak beberapa tahun lalu lagi selepas jiran mereka gagal melangsaikan hutan kepada Ah Long.

Benda ni dah jadi sejak beberapa tahun lepas lagi dah selepas jiran yang pinjam Ah Long itu pindah rumah. Sebelum ini rumah saya ada terkena simbahan cat tetapi tidak seteruk kali ini.

Muhammad.

Bimbang dengan kejadian yang berlaku, penduduk di kawasan perumahan berkenaan telah membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Noor Ariffin Mohamad Nasir juga mengesahkan beliau menerima laporan berhubung kejadian dan Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Komersial akan melakukan siasatan.


Tips Untuk Tidak Tersangkut Dengan Hutang Ah Long

Sekiranya anda atau mana-mana kenalan yang sudah terjebak dengan cengkaman Ah Long dan mahu menyelesaikan hutang tersebut, berikut adalah beberapa cara yang boleh dilakukan.

Antaranya:

  • Rancang kewangan untuk menyelesaikan hutang dengan secepat mungkin.
  • Menjana pendapatan tambahan.
  • Menyelesaikan hutang mengikut jumlah dan tempoh yang ditetapkan.
  • Membuat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya menerima sebarang ugutan.
  • Mendapatkan bantuan daripada badan bukan kerajaan (NGO).

Nasihat kami, cuba elakkan dari membuat pinjaman dari syarikat tidak berlesen seperti Ah Long dan mencari jalan alternatif yang lain.

Baca Artikel Berkaitan: Terjebak Dengan Hutang ‘Ah Long’? Ini 5 Cara Selesaikan Masalah Hutang Anda!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd