Now Reading
Tular Video Tumpangkan Warga Emas Naik Motosikal, Aksi Anggota Polis Raih Sijil Penghargaan

Tular Video Tumpangkan Warga Emas Naik Motosikal, Aksi Anggota Polis Raih Sijil Penghargaan

Anggota polis yang diberikan sijil penghargaan itu adalah Konstabel Muhammad Zulhairie Nayan berusia 28 tahun.

anggota polis tolong warga emas (1)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Apabila kita ternampak seseorang berada dalam kesusahan, mereka yang mempunyai sikap prihatin akan secara langsung memberikan bantuan bagi mengatasi masalah yang berlaku.

Mungkin suatu hari nanti Allah SWT akan mempermudahkan urusan kita pula apabila kita berada dalam keadaan yang memerlukan pertolongan orang lain.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tindakan Shahrol Shiro Bantu Warga Emas Terbabas Ketika Hujan Lebat Raih Pujian

Baca Artikel Berkaitan: 2 Lelaki Bantu Warga Emas 80 Tahun Di Johor Pulang Ke Rumah


Anggota Polis Terima Sijil Penghargaan Selepas Bantu Warga Emas

Menerusi ciapan dimuat naik di laman X (Twitter @redzuanNewsMPB), kebaikan yang dilakukan oleh seorang anggota polis iaitu Konstabel Muhammad Zulhairie Nayan berusia 28 tahun telah mendapat penghargaan dari Ketua Polis Kelantan.

Anggota polis berkenaan telah diberikan sijil penghargaan kerana telah menumpangkan seorang wanita warga emas dengan menaiki motosikalnya.

Dalam video yang tular sebelum ini yang dimuat naik di laman Facebook Taman Sri Gombak, aksi anggota polis berkenaan telah dilihat di sekitar Masjid Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan.

Oleh kerana faktor umurnya yang sudah dimamah usia, warga emas itu juga kelihatan agak sukar untuk turun dari tempat duduk pembonceng.

Namun, anggota polis itu tetap sabar menunggu dan membiarkan nenek itu memegang tangannya untuk memudahkan pergerakan tersebut sebelum dapat menstabilkan diri untuk berjalan.

Keadaan warga emas itu juga agak menyentuh hati kerana kakinya dilihat seolah-olah mengalami kesakitan selepas dipercayai dibalut dengan plastik.

Baca Artikel Berkaitan: Anggota Polis Trafik Bantu Warga Emas Raih Pujian Ramai [Video]


Tindakan Anggota Polis Dapat Penghargaan Kerana Bantu Warga Emas Undang Pelbagai Reaksi

Menjengah ke ruangan komen ciapan tersebut, penghargaan yang diberikan kepada anggota polis yang membantu warga emas itu mendapat pelbagai reaksi dari netizen di media sosial.

Sesetengah netizen menganggap penghargaan itu boleh menjadi inspirasi kepada seseorang untuk terus melakukan kebaikan.

“Walaupun sijil penghargaan ini mungkin bagi sesetengah orang nampak biasa, tapi dengan sijil ini boleh menaikkan semangat orang lain untuk berbuat kebaikan sesama masyarakat,” kata netizen.

Netizen turut berharap agar anggota polis berkenaan diberikan kenaikan pangkat atas kebaikannya itu kerana telah menyumbang kepada imej baik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pada masa yang sama, ada juga netizen yang bersimpati dengan keadaan warga emas itu yang agak uzur dan sukar untuk bergerak.

Namun begitu, sebahagian netizen pula berpendapat penghargaan itu tidak perlu diberikan kerana ia adalah kebaikan kecil yang disifatkan sebagai ‘bare minimum’.

Sumber: X (Twitter)

Tak kisahlah dapat ganjaran atau tidak, teruslah berbuat kebaikan. Selagi mana tindakan kita itu dapat memberi manfaat kepada orang lain, insya-Allah ganjaran pahala akan diberikan.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd