Now Reading
“Nak Tutup Periuk Rezeki Orang Ke?” – Peniaga Luah Ada Individu Tak Puas Hati Kerana Jual Nasi Bajet Harga Murah

“Nak Tutup Periuk Rezeki Orang Ke?” – Peniaga Luah Ada Individu Tak Puas Hati Kerana Jual Nasi Bajet Harga Murah

Seorang individu tidak berpuas hati dengan harga makanan Nasi Bajet yang dijual Kak Shima iaitu serendah RM3.50.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Buat mereka yang menceburi dunia perniagaan, pasti anda bersetuju pelbagai rintangan dan cabaran perlu ditempuhi akibat persaingan yang tinggi.

Tambah pula dengan sesetengah harga barangan mentah yang tidak menentu, segelintir peniaga terpaksa meletakkan harga tinggi daripada sebelumnya.

Namun tidaklah semua peniaga melakukan sedemikian. Ramai juga yang masih menetapkan harga yang sama walaupun dengan situasi ekonomi masa kini.


Individu Tak Puas Hati Nasi Bajet Dijual Dengan Harga Murah

Namun siapa sangka harga barangan yang murah boleh menimbulkan rasa tidak puas hati sesetengah pihak.

Baru-baru ini, tular satu perkongsian di laman X (Twitter @NurulShima_3) apabila peniaga gerai Nasi Bajet Shima berkongsi satu kisah yang dilaluinya ketika sedang menjual makanan.

Usahawan berkenaan, Nurul Shima atau lebih dikenali sebagai Kak Shima yang sebelum ini viral kerana menjual makanan murah mendedahkan seorang individu telah singgah ke gerainya yang terletak di hadapan Surau Al-Falah Seksyen 6, Kota Damansara, Selangor dan bertanyakan tentang harga makanan yang dijual oleh Nurul Shima.

Kak Shima kemudian menjawab pertanyaan tersebut dengan mengatakan satu bungkusan nasi bajet dijual dengan harga RM3.50.

Individu itu difahamkan bertanyakan banyak lagi soalan selepas itu sehinggakan Kak Shima terkedu dengan satu kenyataan yang dilontarkan.

Individu itu berkata harga makanan murah dijual oleh Kak Shima akan memberi kemudaratan kepada peniaga lain yang menjual makanan dalam kategori sama.

“Awak ni nak tutup periuk rezeki orang yang jual nasi lain ke? Kalau awak jual harga gini, macam mana peniaga lain nak hidup? Mesti orang beli kat awak sebab murah. Awak kena naikkan harga jadi 4.50, kena selarikan nasi rahmah,” kata individu itu.

Oleh disebabkan itu, Kak Shima meluahkan rasa tidak puas hati apabila dihentam individu tersebut yang telah ‘berleter’ kepadanya.

Tidak mahu memanjangkan kes, Kak Shima kemudian memberikan satu bungkus nasi bajet kepada individu tersebut secara percuma dan memintanya untuk singgah ke gerai pada masa akan datang jika berpuas hati dengan makanan itu.


Netizen Beri Pelbagai Reaksi Terhadap Kenyataan Individu Itu

Menjengah ke ruangan balas, ramai juga pengguna laman X yang mempertikaikan kenyataan individu itu.

“Manusia ni kan tak pernah puas. Jual murah salah, mahal pun salah. Nama pun nasi bajet, okay lah RM3.50,” kata seorang wanita.

Sumber: X

Ada juga netizen berkongsi yang perniagaan abangnya juga mempunyai ramai pelanggan yang dikatakan ‘bermasalah’ iaitu sering membuat aduan tentang sesuatu perkara.

“Kedai abang saya pun banyak customer problematic. Banyak sangat complain sampai rasa kenapa mereka tidak masak sendiri je dekat rumah. Kemudian complain mahukan diskaun. Makan gerai minta murah, makan di mall overpriced taknak pula minta diskaun,” ujar seorang netizen.

Sumber: X

Dalam pada itu, ramai juga di kalangan warganet yang bersetuju dengan kenyataan individu yang berkata harga jualan yang murah mampu memberi kesan buruk kepada usahawan lain.

“Aku setuju 100% dengan (pendapat) pelanggan itu. Peniaga Melayu kita ni suka sangat buang harga (letak harga murah). Patutnya kenalah selaraskan harga dengan peniaga lain sekitar itu biar sama-sama untung,” jelas seorang lelaki.

Sumber: X

Baca Artikel Berkaitan: “Untung Sikit Pun Takpe” – Peniaga Ayam Penyet Tawar Nasi & Sup Free Flow Raih Pujian

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Kongsi Beli Air Green Tea Di Thailand Hanya RM3, Netizen Persoal Kenapa Harga Di Malaysia Begitu Mahal


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd