Now Reading
Lelaki Kongsi Beli Air Green Tea Di Thailand Hanya RM3, Netizen Persoal Kenapa Harga Di Malaysia Begitu Mahal

Lelaki Kongsi Beli Air Green Tea Di Thailand Hanya RM3, Netizen Persoal Kenapa Harga Di Malaysia Begitu Mahal

Cacap tertanya-tanya bagaimana peniaga Thailand mampu bertahan dengan harga sedemikian walhal kos barang di sana lebih kurang di Malaysia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Apabila melancong ke sesebuah destinasi, pelbagai aspek yang perlu diambil kira agar percutian itu berjalan dengan lancar. Sebagai contoh, kos penginapan, pengangkutan dan perbelanjaan makan minum di sana.

Seperti trend masa kini, rakyat Malaysia dilihat gemar melancong ke negara jiran seperti Indonesia dan Thailand. Hal ini kerana kos keseluruhan perbelanjaan dikatakan murah dan menjimatkan poket para pelancong.


Lelaki Terkejut Minuman Teh Hijau Di Thailand Murah

Seperti baru-baru ini, tular satu perkongsian di laman X (Twitter @cacapicecek), apabila seorang lelaki dikenali sebagai Cacap mendedahkan kos minuman yang dibeli olehnya di Thailand.

Menurutnya, dia hanya membelanjakan sebanyak 20 baht sahaja (kira-kira RM2.66) untuk minuman Teh Hijau. Jika dibandingkan dengan kebanyakan minuman di Malaysia, dia berkata bahawa kos adalah jauh berbeza.

“Ekonomi Thailand ni ‘gila’. Macam mana boleh beli air ni dengan harga 20 baht sahaja. Ni macam minimum RM9 di Malaysia,” katanya.

Tambah Cacap, dia tertanya-tanya bagaimanakah peniaga di Thailand mampu bertahan untuk menjual harga makanan dan minuman yang murah sedangkan harga barang di sana dikatakan lebih kurang seperti di Malaysia.

“Mungkin beza pada kos buruh dan sewa, sebab kedai saya pun jual Green Tea RM6,” jelasnya.


Netizen Beri Pelbagai Reaksi Tentang Air Gree Tea Yang Murah

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata pengguna laman X meluahkan pendapat yang sama seperti Cacap dengan mengatakan harga makanan dan minuman antara dua negara itu adalah jauh berbeza.

“When I went to Thailand, I compared almost everything to Malaysia especially price wise. Culture shocked kejap sebab memang harga jauh beza. Pad Thai dekat sini RM20, sana RM6 ke RM10,” ujar seorang wanita.

Sumber: X

Malah ada juga yang mempertikaikan tindakan sesetengah peniaga di Malaysia yang mengenakan harga tinggi untuk minuman berasaskan teh.

“Kopi atau teh dekat Amazon Cafe Thailand baru harga 50 ke 70 bath secawan. Padahal Amazon Cafe tu ada franchise seluruh negara. (Bisnes) Malaysia baru ‘pacak’ tepi jalan pun harga macam dah ada cawangan seluruh dunia,” jelas seorang lelaki.

Sumber: X

Sementara itu, seorang warganet beranggapan bahawa harga minuman dan makanan yang mahal di Malaysia adalah disebabkan rakyat negara yang telah menjadikannya sebagai satu norma.

“Rakyat Malaysia normalize harga mahal, nasiblah. Secawan berbelas-belas pun beli juga, siap beratur panjang lagi,” kata seorang netizen.

Sumber: X

Oleh disebabkan sikap tersebut, seorang netizen telah memberikan nasihat kepada para pelanggan untuk menjadi seorang pengguna yang bijak dan tidak mudah terpedaya dengan taktik pemasaran peniaga.

“Rakyat Malaysia kena berhenti normalize barangan mahal. Peniaga di Malaysia tamak, nak untung cepat. Produk sama je tapi mark up (harga) sampai lebih 50%.

“Jadilah pengguna yang bijak dan tidak terpedaya dengan helah marketing,” kata seorang warganet.

Sumber: X

Ramai Rakyat Malaysia Pilih Untuk Melancong Ke Thailand

Memetik Harian Metro, lebih 80,000 pelancong Malaysia telah bercuti ke Thailand sehingga menyebabkan berlaku kesesakan di Kompleks Imigresen, Kastam Kuarantin dan Keselamatan (ICQS), Bukit Kayu Hitam, Kedah pada sekitar hujung tahun lalu.

Menurut Presiden Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Nigel Wong, trend rakyat Malaysia yang melancong ke Thailand dilihat semakin meningkat kerana faktor kos perbelanjaan lebih rendah dan kemudahan dari segi akses pengangkutan awam.

Jelas beliau, pelancong juga menikmati penawaran harga dua kali ganda lebih murah berbanding pasaran tempatan dari segi penginapan, makanan, pakaian, pengangkutan awam serta barang-barang jualan yang lain.

Sumber: Pexels

Baca Artikel Berkaitan: Khairul Aming Kongsi 9 Tempat Makan Best Di Hat Yai. Harga Pun Murah!

Baca Artikel Berkaitan: Bercuti Ke Hat Yai Dengan Bajet RM450. Puas Makan & Berjalan!

Baca Artikel Berkaitan: 15 Tempat ‘Wajib’ Pergi Bila Travel Ke Hat Yai, Thailand


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd