Now Reading
Ayah Hidap Demensia Pandu Kereta Seorang Diri, Jurutera Bersyukur Ramai Kongsi Info Ketika Mencari

Ayah Hidap Demensia Pandu Kereta Seorang Diri, Jurutera Bersyukur Ramai Kongsi Info Ketika Mencari

Ayah kepada Ir Abdul Rahman Bahasa sebelum ini dilaporkan hilang ketika memandu sebuah kereta Perodua Axia berwarna kelabu seorang diri.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Semakin menginjak dewasa, ibu bapa kita juga sudah semakin berusia dan sesetengah daripada mereka turut diuji dengan beberapa penyakit yang dihidapi seperti alzheimer, masalah usus, buah pinggang, demensia dan sebagainya.

Walaupun sibuk dengan urusan keluarga dan kerja, sebagai anak kita tidak seharusnya mengabaikan tanggungjawab untuk menjaga ibu bapa.

Selagi mereka masih bernyawa, berbaktilah kepada mereka dengan apa jua cara sekalipun.


Lelaki Ini Dedah Ayahnya Yang Hidap Demensia Tiba-tiba Tidak Dapat Dikesan

Bagi pengguna Facebook yang merupakan seorang jurutera terkenal, Ir Ts Abdul Rahman Bahasa, tanggungjawabnya sebagai anak agak berat apabila ayahnya yang dipercayai menghidap Demensia secara tiba-tiba hilang dan tidak dapat dikesan.

Sebagai info, Demensia adalah adalah satu penyakit yang menyebabkan seseorang sukar untuk berfikir dengan pantas serta menyebabkan mereka mudah untuk terlupa.

Lebih membimbangkan lagi adalah apabila ayahnya juga memandu sebuah kereta Perodua Axia berwarna kelabu keluar seorang diri dari rumah mereka di Semenyih, Selangor pada 4 Mei lalu sekitar jam 7:00 pagi.

Selepas puas mencari di sekitar Semenyih, Kajang dan Bandar Baru Bangi, mereka sekeluarga menemui jalan buntu sebelum bertindak membuat laporan polis dan menularkan perkara tersebut di media sosial.

Mereka turut meminta bantuan orang ramai yang terjumpa kereta ayahnya untuk menghubungi mereka.


Orang Ramai Cuba Untuk Beri Bantuan Dengan Berkongsi Maklumat

Selepas perkongsian tentang ayahnya itu mula tular, beberapa pengguna jalan raya sempat memberikan maklumat selepas melihat kelibat si ayah di stesen minyak Petronas di Jalan Tun Dr Ismail, Seremban, Negeri Sembilan sekitar jam 8:00 malam pada 4 Mei.

Pihak keluarga kami ke stesen Petronas terbabit untuk mengesahkan info. Setelah bertanya, sahih ayah saya ada singgah di situ pada masa yang dinyatakan. Dia bertanyakan jalan nak menghala ke Kuala Lumpur.

Pengguna Facebook.

Ada juga netizen yang ternampak kereta dipercayai milik ayahnya tersangkut di plaza tol Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE) berkemungkinan kerana tidak mempunyai baki kad Touch ‘n Go yang mencukupi.


Ayahnya Telah Berjaya Dikesan

Lelaki itu kemudiannya meminta orang ramai yang menemui ayahnya yang sedang memandu di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) untuk mengikut rapat kereta Axia berkenaan serta cuba untuk membawanya berhenti di tempat selamat.

Keluarga mereka juga pada ketika itu sedang dalam perjalanan dari Senawang ke Kuala Lumpur untuk mengambil ayah mereka.

Tidak lama selepas itu, ayahnya telah berjaya dipintas dan dibawa oleh seorang pengguna jalan raya untuk keluar dari lebuh raya dan melalui susur keluar di Putra Mahkota, Bangi.

Pengguna Facebook ini turut meluahkan rasa terharu dan berterima kasih dengan orang ramai yang memberikan bantuan untuk mencari ayahnya.

Ayah saya sekarang dibawa pulang ke rumahnya di Semenyih. Saya terhutang budi kepada anda semua. Hanya Tuhan yang dapat membalas segala jasa baik anda semua.

Pengguna Facebook.

Netizen Puji Kerjasama Rakyat Malaysia Untuk Beri Bantuan

Perkara yang berlaku ini turut mendapat perhatian ramai netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa syukur selepas mendapat tahu bahawa ayah kepada individu berkenaan telah selamat ditemui dengan bantuan orang ramai.

Netizen memberi pujian kepada pengguna jalan raya yang turut berkongsi info ketika mereka terlihat ayah kepada lelaki terbabit .

“Alhamdulillah, terharu baca post ni,” kata netizen.

Sumber: Facebook

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd