Now Reading
[Video] Hidangan Di Malaysia Dibanjiri Keju Terima Banyak Kecaman Dari ‘Mat Saleh’

[Video] Hidangan Di Malaysia Dibanjiri Keju Terima Banyak Kecaman Dari ‘Mat Saleh’

Sesetengah masyarakat luar negara bersetuju bahawa makanan itu seolah-olah dirosakkan dengan selaput keju cair yang terlampau banyak sehingga ada yang mengatakan ia seperti plastik berwarna kuning.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Rakyat Malaysia dan makanan memang tidak dapat dipisahkan.

Bukan sahaja makanan tempatan, hidangan dari luar negara seperti sushi, kimchi, pasta, kunafa dan sebagainya juga mendapat sambutan yang cukup menggalakan di Malaysia.

Bagi penggemar keju pula, sesetengah restoran ada menjual hidangan yang diselaputi keju cair dan katanya boleh ditarik tinggi. Memang terliur juga kadangkala ternampak video di media sosial.


Mat Saleh Kecam Hidangan Diselaputi Keju Cair Yang Banyak

Walau bagaimanapun, menu yang digemari oleh penggemar keju itu telah mendapat banyak kecaman dari masyarakat luar negara selepas satu video dimuat naik di laman X (Twitter @ClownWorld_)

Video tersebut telah dimuat naik dengan ciapan seolah-olah mengatakan bahawa keju cair yang dituangkan itu telah merosakkan keseluruhan makanan dan pemilik akaun berkenaan tidak berminat untuk mencubanya.

Dalam video tersebut, kelihatan pekerja sebuah restoran sedang menuang keju cair di atas hidangan yang dipenuhi dengan bebola daging, kentang goreng, nugget dan burger.

Hasil pemerhatian kami, restoran berkenaan dipercayai terletak di Malaysia selepas melihat keadaan sekeliling kedai tersebut.


Netizen Beri Pelbagai Reaksi Selepas Lihat Hidangan Diselaputi Keju Cair Meleleh

Rata-rata netizen terutamanya masyarakat dari luar Malaysia telah mengecam hidangan yang dipenuhi keju cair itu dengan pelbagai pendapat.

Ada yang bersetuju bahawa makanan itu seolah-olah dirosakkan dengan selaput keju cair yang terlampau banyak sehingga ada yang mengatakan ia seperti plastik berwarna kuning.

Selain itu, sesetengah netizen berpendapat bahawa mereka akan mengalami sakit perut selama satu minggu selepas menikmati hidangan tersebut.


Netizen Malaysia Tidak Puas Hati Makanan Cheese Leleh Dikritik

Namun, kecaman yang diberikan oleh ‘mat saleh’ ini telah mendapat kritikan dari rakyat Malaysia yang menganggap mereka tidak sepatutnya mengutuk hidangan negara lain.

“Sibuk lah kau nak condemn makanan orang. Makanan kau pun hauk, buat teruk,” kata netizen.

Sementara itu, seorang lagi netizen dari Malaysia keliru dengan tujuan asal video tersebut dimuat naik dengan ciapan yang berbentuk kecaman terhadap makanan itu.

Sumber: X (Twitter)

Tidak dinafikan hidangan berkeju itu memang cukup lazat kerana mempunyai rasa berlemak yang sangat sedap.

Tak salah nak makan makanan berkeju, tetapi biarlah berpada-pada kerana ia berisiko untuk menyebabkan seseorang berdepan penyakit obesiti kerana mempunyai tahap kalori yang banyak.

Baca Artikel Berkaitan: ‘Kuah Banjir’ Punca Berat Badan Naik, Malaysia Negara Obesiti Tertinggi Di Asia Tenggara

Baca Artikel Berkaitan: “Kawal Pemakanan Masa Raya!” – Pesakit Diabetes Paling Banyak Terima Rawatan Ketika Aidilfitri

Baca Artikel Berkaitan: Pakar Kardiologi Perjelas Kenapa Bahaya Makan Lewat Malam, Netizen Tampil Buat ‘Kelakar’ Pula


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd