Now Reading
[Video] Doktor Ini Dedah 4 Budaya Mat Saleh Yang Korang Tak Patut Ikut

[Video] Doktor Ini Dedah 4 Budaya Mat Saleh Yang Korang Tak Patut Ikut

Sesetengah budaya dari negara Barat telah menjadi ikutan masyarakat kita kerana telah diamalkan sejak dahulu lagi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Dalam kehidupan seharian, cuba kita lihat balik berapa banyak budaya masyarakat dari negara Barat yang kita dah terikut?

Sebagai contoh, amalan memakan buah selepas menjamu selera.

Kalau ikut sunnah Nabi Muhammad SAW, kita digalakkan untuk memakan buah-buahan sebelum mula menikmati hidangan yang lebih berat. Betul tak?

Sebenarnya ada banyak lagi budaya barat yang kita sudah terikut-ikut. Sedar atau tidak sahaja.


Doktor Ini Dedah 4 Jenis Tabiat Mat Saleh Yang Masyarakat Kita Tak Patut Ikut

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@dronnakbarali), doktor ini mendedahkan terdapat beberapa perkara yang diamalkan oleh individu di negara Barat dan masyarakat tidak patut mengikutinya.

Antaranya adalah:

#1. Menganggap Telur Kuning Tidak Menyihatkan Badan
Sumber: Pexels

Bagi sesetengah masyarakat Barat, mereka menganggap kuning telur mempunyai banyak kandungan kolesterol dan tidak menyihatkan tubuh badan. Sebenarnya amalan ini akan menyumbang kepada pembaziran kerana mereka akan membuang telur kuning berkenaan.

Dari segi kesihatan, keseluruhan telur sebenarnya baik untuk kesihatan kerana memiliki banyak protein, vitamin dan lemak berkhasiat. Nak makan tiga biji sehari pun tak ada masalah.

#2. Makanan ‘Low Fat’ Baik Untuk Kesihatan
Sumber: DOC2US

Selain itu, hidangan bersifat kurang lemak atau ‘low fat’ dianggap mempunyai lemak yang akan terus masuk ke dalam saluran darah.

Sebenarnya istilah ‘low fat’ ini adalah mitos semata-mata oleh syarikat pengeluar makanan kerana mereka banyak menambah karbohidrat dan gula, kononnya untuk menggantikan lemak.

#3. Gemar Menjadikan Buah dan Sayuran Sebagai Jus
Sumber: Pexels

Menurut doktor ini, golongan mat saleh gemar mengisarkan buah-buahan dan sayuran menjadi jus serta minuman kerana beranggapan cara tersebut lebih menyihatkan.

Namun doktor ini menganggap budaya mengunyah makanan secara menyeluruh menggunakan gigi adalah amalan yang sepatutnya dilakukan kerana lebih bermanfaat kepada manusia.

Baca Artikel Berkaitan: Kenapa Gigi Bongsu Manusia Moden Tak Tumbuh Menegak? Ini Sebabnya!

#4. Ubat Kumur Dapat Membersihkan Mulut
Sumber: Advanced Cosmetics and Family Dentistry

Perkara ini dikatakan agak kontroversi kerana produk kumur banyak digunakan oleh masyarakat seluruh dunia. Bagi golongan mat saleh, ubat kumur dikatakan boleh membunuh semua bakteria dalam mulut.

Sebagai info, bakteria di dalam mulut sebenarnya mempunyai fungsinya tersendiri dan tidak sepatutnya dibunuh kesemuanya.

Video tersebut mendapat perhatian ramai sehingga meraih empat juta tontonan setakat artikel ini ditulis.


Netizen Beri Pelbagai Reaksi Selepas Tonton Video Doktor Ini

Menjengah ke ruangan komen video tersebut, rata-rata netizen memberikan pelbagai pendapat selepas menonton video berkenaan. Kebanyakan netizen mempersoalkan tentang penggunaan ubat kumur mulut atau mouthwash bagi mengatasi masalah gusi mereka.

Doktor ini turut menasihati netizen untuk berjumpa dengan doktor gigi bagi mendapatkan solusi kepada masalah yang dihadapi berbanding memakai ubat kumur mulut.

Ada juga netizen yang memberi cadangan supaya menggunakan kayu sugi bagi menjaga kebersihan gigi dan mulut mereka.

“Beli kayu sugi. Standby dalam tandas bersugi tiap kali berwuduk. Gigi saya kurang rapuh berbanding dulu,” kata netizen.

Seorang lagi netizen berkata dia turut menerima nasihat sama dari doktor gigi yang memintanya untuk berkumur dengan air garam sahaja berbanding ubat kumur.

Sumber: TikTok

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Mat Saleh Terpaksa Jalani Rawatan Pergigian Selepas Cuba Kupas Buah Kelapa Guna Gigi

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Mat Salleh Dilihat Santai Dengan Blazer & Kain Batik Masa Meeting. Sempoi!

Baca Artikel Berkaitan: Kes Tular Staf Twin Tower ‘Pilih Bulu’, Pihak Pengurusan Beri Kenyataan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd