Now Reading
[Video] Mat Salleh Dilihat Santai Dengan Blazer & Kain Batik Masa Meeting. Sempoi!

[Video] Mat Salleh Dilihat Santai Dengan Blazer & Kain Batik Masa Meeting. Sempoi!

Individu dalam video tersebut merupakan usahawan terkenal dari Kanada iaitu Kevin O’Leary.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Norma baharu menggesa orang ramai untuk belajar bagaimana cara sebenar bekerja sepenuh masa dari rumah. Tiada apa yang berubah, kerja masih berjalan dan perlu diselesaikan, waktu bekerja masih sama, cuma kita tidak perlu lagi pergi ke pejabat.

Work From Home (WFH) atau Bekerja Dari Rumah (BDR) sebenarnya seronok.

Tapi anda perlu tahu cara untuk menyesuaikan diri.

Contohnya, jika ada mesyuarat dengan team – anda perlu bersiap sedia dengan mengenakan pakaian yang sesuai.

Ingat, kamera masih perlu dibuka dan orang ramai masih akan melihat anda walaupun separuh badan. Jadi, yang pentingnya adalah baju.

Ini separuh daripada team The Rakyat Post, btw. 🙂
(Kredit: TRP)

Atas formal, bawah pakai seluar tidur pun tak ada masalah.

Mat Salleh pakai kain batik

Terbaharu, tular satu video di TikTok di mana seorang Mat Salleh dilihat memakai kain batik serta blazer ketika meeting.

Turut didapati, beliau bukanlah orang biasa sebaliknya merupakan usahawan terkenal dari Kanada iaitu Kevin O’Leary. Dia juga turut membintangi rancangan realiti TV Shark Tank sebagai pelabur.

Video tersebut setakat ini telah berjaya meraih perhatian orang ramai sejak dimuat naik di TikTok miliknya @kevinoleatytv dengan 294,000 tontonan ketika artikel ini ditulis.

Tapi serius, sempoi habis!

@kevinolearytv What do you spend most on? Share this with someone who spends beyond their means! #kevinoleary ♬ original sound – Mr. Wonderful

Kalau dah nampak kain batik, memang ramailah orang tolong sebarkan video ini – khususnya netizen di Asia Tenggara.

Kejadian rare kot.

Malaysia & Indonesia dapat nama

Tinjauan di ruangan komen video tersebut turut memperlihatkan netizen meninggalkan reaksi yang pelbagai.

Ada yang bangga, ada yang terkejut, dan sebagainya.

Steady betul dia ni!


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd