Now Reading
Kes Tular Staf Twin Tower ‘Pilih Bulu’, Pihak Pengurusan Beri Kenyataan

Kes Tular Staf Twin Tower ‘Pilih Bulu’, Pihak Pengurusan Beri Kenyataan

Seorang individu telah membuat aduan selepas kakitangan Menara Berkembar Petronas memberi layanan tidak adil iaitu dengan membenarkan pelancong asing memotong giliran untuk menaiki Skybridge KLCC.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada Jumaat lalu (3 November), seorang lelaki menerusi hantaran di laman Facebook (Shamsuddin Nawawi), telah membuat satu aduan apabila dia didakwa telah menerima layanan tidak adil daripada pihak pengurusan Menara Berkembar Petronas.

Menurutnya, dia telah membeli dua tiket Skybridge KLCC dengan harga RM34 untuk slot jam 4 petang.

Sumber: Facebook (Shamsuddin Nawawi)

Shamsuddin juga berkata bahawa dia memahami terma dan syarat yang dilaksanakan iaitu ‘first come, first serve’.

Dia yang telah menunggu lama untuk menaiki jambatan itu sekitar jam dua petang sehingga 3.45 petang berkata, kakitangan menara telah datang dan bertanya kepada satu pasangan ‘Mat Saleh’ tentang slot tiket mereka.

Apabila pelancong asing itu menyatakan slot tiket mereka adalah pada 4.15 petang, pekerja yang memakai tali leher dikatakan telah mengenyit matanya seolah-olah sebagai ‘signal’ untuk warga asing itu menaiki Skybridge berkenaan terlebih dahulu.

Dalam erti kata lebih mudah, dia dibenarkan untuk memotong barisan.


Individu Ugut Buat Aduan Di Facebook Jika Pekerja Beri Mat Saleh Potong Giliran

Berasa berang dengan situasi berlaku, Shamsuddin meminta penjelasan daripada pihak pengurusan kerana memberi laluan kepada pasangan pelancong asing untuk memotong giliran menunggu.

“Mat Saleh tu baru sampai, badan segar bertatu. Pasangan perempuannya pun tak nampak cacat. Saya ni dengan rakyat yang memegang MyKid tak pula dilayan begitu,” ujarnya.

Menjawab kepada pertanyaan Shamsuddin, kakitangan tersebut berkata dirinya bukan ‘racist’ dan akan memanggil pengunjung lain selepas itu.

“Saya akan panggil encik juga lepas ini,” jelas kakitangan menara tersebut.

Shamsuddin turut berkata bahawa dia akan membuat aduan di Facebook sekiranya melihat pasangan ‘Mat Saleh’ itu menaiki Skybridge dahulu sebelumnya.

Sumber: Facebook (Shamsuddin Nawawi)

Pihak Pengurusan Menara Berkembar Petronas Tampil Mohon Maaf

Cakna tentang posting tular itu, pihak pengurusan Operasi Lawatan Menara Berkembar Petronas menerusi hantaran di laman Facebook (PETRONAS Twin Towers) telah memohon maaf secara terbuka mengenai insiden yang berlaku.

Menurut kenyataan tersebut, pihak pengurusan bakal menjalankan siasatan lanjut dengan kadar segera tentang ketidakadilan pekerja syarikat mereka.

“Kami akan memastikan hal ini tidak berulang lagi. Segala kesulitan amat kami kesali,” tambah syarikat itu.

Sumber: Facebook (PETRONAS Twin Towers)

Skybridge KLCC Adalah Destinasi Tumpuan Para Pelancong Di Kuala Lumpur

Skybridge KLCC ialah satu jambatan langit yang menghubungkan dua menara petronas di tingkat 41 dan 42 bagi memberi pengalaman melihat pemandangan sekitar Kuala Lumpur.

Ia adalah salah satu destinasi pelancongan yang terkenal bukan sahaja di kalangan pelancong asing malah dalam golongan warga tempatan.

Buat anda yang berminat untuk mengunjungi tempat berkenaan, di sini kami kongsikan harga tiket bagi setiap kategori:

  • Bayi: Percuma
  • Kanak-kanak: RM17
  • Dewasa: RM35
  • Warga emas: RM17

Untuk info, Skybridge KLCC dibuka setiap hari termasuklah pada cuti umum.

  • Lokasi: 201A-C, Jalan Ampang, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Baca Artikel Berkaitan: “This Is Ridiculous, IMO” – Ramai Kritik Peraturan Pemakaian Di Menara Exchange 106

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Bangunan Pejabat Di Menara KLCC Dimasuki Air Akibat Banjir Kilat

Baca Artikel Berkaitan: ‘Iron Lady’ Viral Tukar Lampu Di Puncak Menara KLCC Cerita Pernah Hampir Disambar Kilat


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd