Now Reading
“This Is Ridiculous, IMO” – Ramai Kritik Peraturan Pemakaian Di Menara Exchange 106

“This Is Ridiculous, IMO” – Ramai Kritik Peraturan Pemakaian Di Menara Exchange 106

Walau bagaimanapun, ada juga netizen yang merasakan isu tersebut adalah terlalu remeh untuk dibahaskan kerana peraturan serupa turut diamalkan di Menara KLCC 1, 2, dan 3 sejak sekian lama tanpa kekecohan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


The Exchange 106 baru-baru ini telah menerima beberapa kritikan dalam peringkat awal pembinaannya kerana dianggap sebagai sesuatu yang kurang menyenangkan.

Meskipun beberapa orang sudahpun menerima kehadiran bangunan pencakar langit itu, namun terdapat juga kewujudan kontroversi yang muncul berkaitan dengan menara Exchange 106 itu.

Ia terjadi selepas Pengurus Besar Exchange 106 mengeluarkan notis peringatan buat kesemua penyewa dan pelanggan untuk mematuhi peraturan pemakaian yang terkandung dalam Buku Panduan Penyewa bangunan tersebut.

Ini bermakna pakaian seperti selipar jepun, seluar pendek, dan baju tanpa lengan tidak dibenarkan dan dianggap tidak sesuai.

Peraturan pakaian ini adalah cerminan The Exchange 106 sebagai bangunan Premium Gred A.

Notis peringatan tersebut tidak dinafikan telah menimbulkan kemarahan netizen yang menganggap peraturan pakaian itu adalah ‘kelakar’. Malah, ada juga berpendapat bahawa label “Premium Gred A” sepatutnya hanya digunakan untuk telur atau daging sahaja.

Netizen lain pula melontarkan soalan adakah Malaysia kembali kepada pemerintahan penjajah dengan peraturan pemakaian yang ditentukan oleh orang kulit putih?

Ada juga yang berseloroh bertanyakan sekiranya menara tersebut akan menolak mantan Menteri Kewangan iaitu Tun Daim Zainuddin yang difahamkan suka memakai selipar jepun.

Walau bagaimanapun, ada juga netizen yang merasakan isu tersebut adalah terlalu remeh untuk dibahaskan kerana peraturan serupa turut diamalkan di Menara KLCC 1, 2, dan 3 sejak sekian lama tanpa kekecohan.

Individu tersebut juga menekankan bahawa ia adalah sesuatu yang logik untuk sentiasa menjaga peraturan pemakaian dan tampak ‘presentable’ ketika menjalankan urusan perniagaan di tempat mewah.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd