Now Reading
Ini Sebab Kenapa Putera Mateen Sebut Ringgit & Bukan Dollar Brunei Ketika Akad Nikah

Ini Sebab Kenapa Putera Mateen Sebut Ringgit & Bukan Dollar Brunei Ketika Akad Nikah

Umum sedia maklum bahawa Brunei menggunakan matawang Dollar Brunei (BND) dalam urusan kewangan di negara mereka.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Semalam (11 Januari), Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah dan Dayang Anisha Rosnah Adam telah selamat bergelar suami isteri selepas mereka selesai diijab kabulkan dengan jumlah mahar sebanyak seribu Ringgit Brunei tunai dalam Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan, Brunei.

Selepas selesai diijabkabul, 17 das tembakan telah dilepaskan di perkarangan masjid sebagai tanda Istiadat Akad Nikah Diraja telah disempurnakan sebelum ia diakhiri dengan bacaan doa selamat.

Majlis yang penuh bermakna itu turut disaksikan oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah serta kaum kerabat diraja dan juga dihadiri oleh bapa kepada pengantin diraja perempuan iaitu Awang Adam Abdullah.

Baca Artikel Berkaitan: Putera Mateen Sah Bergelar Suami Kepada Dayang Anisha


Ramai Tertanya Mengapa Putera Mateen Sebut Matawang Ringgit Dalam Akad Nikah

Siaran langsung ketika majlis tersebut juga disiarkan di laman Facebook Radio Televisyen Brunei (RTB) News dan telah dimuat naik semula oleh beberapa pengguna di media sosial.

Namun, terdapat satu perkara yang menimbulkan kemusykilan orang ramai ketika majlis tersebut iaitu ketika Putera Mateen menyebut matawang Ringgit dalam ucapan akad nikah.

Seperti yang kita tahu, negara Brunei menggunakan matawang Dollar Brunei (BND) manakala Ringgit itu kebiasaannya digunakan oleh rakyat Malaysia iaitu Ringgit Malaysia (RM).


Ini Sebab Kenapa Putera Mateen Sebut Ringgit Dalam Ucapan Akad Nikah

Mesti ramai yang tertanya-tanya kan? Sebenarnya penulis pun sama. Pada mulanya, ingatkan Putera Mateen tersalah sebut. Rupa-rupanya, ada sebab tersendiri.

Untuk pengetahuan anda, baginda menyebut Ringgit di dalam ucapan akad nikah itu kerana masyarakat Brunei akan merujuk kepada Ringgit sebagai matawang mereka dalam bahasa Melayu manakala istilah Dollar masih digunakan jika berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

Senang kata, istilah Ringgit dan Dollar kedua-duanya digunakan oleh rakyat Brunei. Jadi ia bergantung kepada bahasa percakapan mereka pada ketika itu.

Gambar sekadar hiasan.

Walaupun mereka kadangkala menggunakan istilah Ringgit, itu tidak bermakna nilai matawang mereka sama seperti Ringgit Malaysia ya. Setakat ini nilai mereka adalah 1BND bersamaan dengan RM3.50.

Namun sebagai rekod, Brunei Dollar, Ringgit Malaysia dan Singapore Dollar suatu masa dahulu pernah terikat pada satu perjanjian Pertukaran Mata Wang yang turut dikenali sebagai Currency Interchangeability Agreement (CIA) 1967 di mana Ringgit Malaysia boleh ditukar pada nilai yang sama dengan dolar Singapura dan dolar Brunei.

Jika dimudahkan iaitu RM 1= SGD 1= BND 1 atau turut digelar The equal dollars.

Baca Artikel Berkaitan: RM1 Mungkin Miliki Nilai Yang Sama Dengan SG$1 & B$ Jika Malaysia Tidak Tarik Diri Dari Perjanjian Ini

Baca Artikel Berkaitan: Istiadat Perkahwinan Diraja Putera Mateen & Pasangan Siap Ada Lagu Rasmi, Dicipta Khas Oleh Peserta Pertandingan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd