Now Reading
Istiadat Perkahwinan Diraja Putera Mateen & Pasangan Siap Ada Lagu Rasmi, Dicipta Khas Oleh Peserta Pertandingan

Istiadat Perkahwinan Diraja Putera Mateen & Pasangan Siap Ada Lagu Rasmi, Dicipta Khas Oleh Peserta Pertandingan

Putera Mateen bersama pasangan pilihannya Dayang Anisha Rosnah Adam bakal bernikah pada Khamis ini (11 Januari).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bila sebut nama putera dari Brunei iaitu Putera Mateen atau nama penuhnya Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah, pasti ramai yang mengenalinya lebih-lebih lagi golongan wanita.

Wajahnya yang tampan telah membuatkan gadis terpikat dan ‘jatuh cinta’.

Tetapi ramai yang mula patah hati selepas mengetahui Putera Mateen telah mempunyai pasangan pilihannya dan bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.


Lagu Rasmi Dilancarkan Sempena Perkahwinan Diraja 2024

Bersempena dengan perkahwinan Putera Mateen bersama pasangan pilihannya Dayang Anisha Rosnah Adam yang bakal bernikah pada Khamis ini (11 Januari), Radio Televisyen Brunei (RTB) telah melancarkan sebuah lagu rasmi berjudul ‘Renjana Pengantin Diraja’.

Lagu tersebut dicipta oleh Muhd Hazwan Bin Haji Awang Madial dan dinyanyikan oleh Nur Izzah Binti Mohd Hashim.

Difahamkan nukilan lagu tersebut dipilih dari pemenang dalam pertandingan yang dianjurkan oleh RTB pada Oktober 2023.

Kepada anda yang mahu mendengar lagu penuh, boleh klik di video di bawah.


Istiadat Perkahwinan Selama 10 Hari

Amalan sejak turun-temurun ini mempamerkan majlis istiadat perkahwinan selama 10 hari yang telah bermula semalam (7 Januari) dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja dan mereka bakal diijab kabulkan pada 11 Januari.

Acara kemuncak dalam istiadat perkahwinan diraja selama 10 hari ini adalah Majlis Bersanding Pengantin Diraja di Istana Nurul Iman yang akan diadakan pada 14 Januari.

Majlis persantapan diraja pula diadakan pada malam 15 Januari dan majlis istiadat akan berakhir pada 16 Januari dengan bacaan doa selamat serta Menutup Gendang Jaga-Jaga.

Sumber: X (Twitter @arfdy12)

Profil Tentang Putera Mateen Dan Dayang Anisha

Untuk anda yang kurang mengenali Putera Mateen dan Dayang Anisha, berikut adalah sedikit latar belakang mengenai mereka berdua.

Memetik Sinar Plus, Putera Mateen merupakan anakanda Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah bersama Datin Paduka Seri Mariam Abdul Aziz manakala Dayang Anisha pula adalah cucu kepada Pehin Datuk Isa yang merupakan penasihat khas kepada Sultan Brunei.

Sumber: Instagram

Putera Mateen dan pasangannya mempunyai jarak umur tiga tahun di mana Putera Mateen berusia 33 tahun dan Dayang Anisha pula berusia 30 tahun.

Putera Mateen dan Dayang Anisha dikatakan mula rapat pada tahun 2019 dan hubungan mereka mula dikesan pada tahun 2022 apabila dilihat hadir bersama ketika majlis perkahwinan diraja Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah bersama Yang Amat Mulia Pengiran Muda Bahar yang diadakan pada 15 Januari 2022 di Istana Nurul Iman.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd