Now Reading
[Video] UAI Perjelas Haram Orang Dewasa Tidur Dengan Patung Teddy Bear

[Video] UAI Perjelas Haram Orang Dewasa Tidur Dengan Patung Teddy Bear

Ustaz Azhar Idrus menjelaskan bahawa malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah seseorang yang mempunyai patung melainkan patung untuk dimain oleh kanak-kanak.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sejak dari kecil lagi, sesetengah ibu bapa kerap membelikan anak patung seperti teddy bear kepada anak mereka untuk dijadikan sebagai barang permainan.

Mungkin kerana sudah terbiasa tidur bersama teddy bear sejak dari kecil atau menggemari patung berkenaan, segelintir individu terutamanya golongan wanita gemar untuk terus membeli patung berkenaan sebagai hiasan di atas katil mereka.

Walau bagaimanapun, perkara itu mempunyai percanggahan dalam agama Islam.


Ustaz Azhar Idrus Jelaskan Hukum Tidur Dengan Teddy Bear

Menerusi satu video yang dimuat naik semula oleh pengguna TikTok (@syazamran95), penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus (UAI) telah memberi penjelasan tentang hukum individu dewasa menyimpan anak patung di dalam kediamannya.

Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Pexels)

Dalam video itu, UAI menegaskan bahawa wanita yang sudah baligh haram untuk menyimpan patung permainan di dalam rumah.

Tetapi jika kediaman itu juga didiami oleh kanak-kanak yang belum baligh, maka hukumnya masih dibolehkan.

Anak patung dalam rumah hanya dihalalkan untuk budak yang belum baligh. Kalau perempuan tu umur 20 tahun, dia beli bear untuk adik dia tidur, boleh.

Ustaz Azhar Idrus.

Dalam ceramah tersebut juga, UAI menjelaskan bahawa malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah seseorang yang mempunyai patung melainkan patung untuk dimain oleh kanak-kanak.

Walau bagaimanapun, patung itu tidak boleh diletakkan dan disusun di dalam almari sebagai perhiasan selepas anak-anak selesai bermain dengannya.

Tu pun patung main anak-anak tak boleh letak atas almari comel-comel. Lepas main, lempar merata, boleh. Buang bawah almari, boleh. Letak dalam bakul, boleh. Tak boleh disusun comel buat perhiasan. Hukumnya haram.

Ustaz Azhar Idrus.
https://www.tiktok.com/@syazamran95/video/7242636789549157650?q=teddy%20bear%20haram&t=1704764581217

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Juga Mengeluarkan Kenyataan Sama

Memetik dari laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, terdapat nas al-Quran dan hadis yang mengharamkan patung kerana menyerupai ciptaan Allah SWT.

Namun begitu, patung sebagai alat permainan dan pembelajaran bagi kanak-kanak adalah harus hukumnya berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah RA:

كُنْتُ أَلْعَبُ بِالْبَنَاتِ عِنْدَ النَّبِىِّ – صلى الله عليه وسلم – وَكَانَ لِى صَوَاحِبُ يَلْعَبْنَ مَعِى ، فَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – إِذَا دَخَلَ يَتَقَمَّعْنَ مِنْهُ ، فَيُسَرِّبُهُنَّ إِلَىَّ فَيَلْعَبْنَ مَعِى

Maksudnya: Aku pernah bermain patung permainan ketika tinggal bersama Nabi SAW, sedangkan aku memiliki beberapa sahabat yang biasa bermain bersamaku. Maka, ketika Rasulullah SAW masuk dalam rumah, sehabat-sahabat aku itu pun bersembunyi dari Baginda. Lalu Baginda SAW menyerahkan mainan padaku satu demi satu lantas mereka pun bermain bersamaku. [Hadis riwayat al-Bukhari: (6130)]

Keharusan ini ditegaskan oleh al-Qadi ‘Iyadh dan beliau mengatakan bahawa inilah pendapat majoriti ulama. (Rujuk Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari, 10/527).

Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Pexels)

Hal ini kerana patung permainan kanak-kanak bukanlah sesuatu yang disembah atau dimuliakan. Bahkan, kanak-kanak tersebut mempunyai tabiat untuk mematahkan dan merosakkan patung tersebut seperti terputus kepala atau anggota badannya.

Ini secara jelas menunjukkan bahawa ia adalah sebagai patung permainan bagi mereka dan bukan untuk dihormati, apatah lagi disembah.

Semoga perkongsian ini dapat memberi penjelasan kepada semua pihak dan menjernihkan kekeliruan anda.

Baca Artikel Berkaitan: UAI Perjelas Hukum Guna Teknologi Artificial Intelligence (AI) Dalam Islam. Boleh Ke?

Baca Artikel Berkaitan: “Hati-hati Bila Cakap” – Ustaz Azhar Idrus Tegur Netizen Elak Tukar Perkataan ‘Neraka’ Kepada ‘Melaka’

Baca Artikel Berkaitan: Boleh Ke Terima Orang Belanja Tapi Dari Syarikat Yang Diboikot? Ini Penjelasan Dari UAI


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd