Now Reading
“Hati-hati Bila Cakap” – Ustaz Azhar Idrus Tegur Netizen Elak Tukar Perkataan ‘Neraka’ Kepada ‘Melaka’

“Hati-hati Bila Cakap” – Ustaz Azhar Idrus Tegur Netizen Elak Tukar Perkataan ‘Neraka’ Kepada ‘Melaka’

Ustaz Azhar Idrus menasihati orang ramai agar tidak sesuka hati mempermainkan ayat-ayat Allah SWT apatah lagi tentang syurga dan neraka.

ustaz azhar idrus perjelas hukum tukar neraka kepada melaka

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Korang mesti dah terbiasa bergurau dengan rakan-rakan atau ahli keluarga dengan membuat usikan dan sebagainya?

Tak salah nak bergurau, tapi ada batasannya supaya ia tidak memakan diri anda atau boleh memberi kesan negatif kepada orang lain.

Mungkin niat hanya mahu bergurau, tetapi sedar atau tidak sesetengah perkataan yang disebut itu boleh membawa maksud yang lain dari sisi agama.


Ustaz Azhar Idrus Perjelas Hukum Tukar Perkataan Neraka Kepada Melaka

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di laman YouTube Ustaz Azhar Idrus Official, pendakwah bebas yang juga dikenali sebagai UAI itu tampil memberi penjelasan tentang penggunaan perkataan ‘Melaka’ yang dikatakan mempunyai maksud tersirat iaitu ‘Neraka’.

Ramai netizen cakap tadi, kalau nak masuk Melaka, tak kata masuk Neraka. Apakah hukumnya?

Pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus.

UAI yang menerima persoalan itu menerusi sepucuk surat ketika di satu kuliah agama menjelaskan bahawa penggunaan perkataan ‘Melaka’ itu bergantung kepada niat seseorang.

Sumber: YouTube Ustaz Azhar Idrus Official

Jika mereka menggunakan perkataan tersebut dengan niat untuk mempersendakan ayat Allah SWT, maka ia boleh menyebabkan seseorang jatuh kafir.

Kadang-kadang ulama kata haram, tapi ada orang tak puas hati walaupun ulama kata Haram, jadi dia menganjing balik. ‘Haa masuk Melaka lah kita, tok guru kata haram dah. Masuk Melaka lah’. Hukumnya jadi kafir kalau dia niat menganjing kepada ayat-ayat Allah SWT.

Pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus.

UAI Nasihati Orang Ramai Untuk Tidak Mempermainkan Tentang Neraka Allah SWT

Susulan itu, UAI menasihati orang ramai untuk tidak sesuka hati mempermainkan ayat-ayat Allah SWT apatah lagi tentang syurga dan neraka.

Jangan persendakan Neraka Allah SWT. Sebab ulama kata, barangsiapa mempermainkan syurga dan neraka, mempersendakan ayat-ayat Allah SWT telah bertukar menjadi kafir.

Pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus.

Apa Hukum Jika Bergurau Sehingga Mempersendakan Agama?

Allah SWT berfirman dalam Surah al-An’am ayat ke-70:

وَذَرِ الَّذِينَ اتَّخَذُوا دِينَهُمْ لَعِبًا وَلَهْوًا وَغَرَّتْهُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا ۚ وَذَكِّرْ بِهِ أَن تُبْسَلَ نَفْسٌ بِمَا كَسَبَتْ

Maksudnya: Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia dan peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu supaya tiap-tiap diri (di akhirat kelak) tidak terjerumus (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang ia telah usahakan (dari perbuatan yang buruk dan keji).

Berdasarkan ayat al-Quran di atas, hukum menjadikan agama sebagai bahan gurauan adalah dilarang sama sekali, terutamanya jika berniat untuk mengikuti trend terkini bagi meraih banyak ‘likes’.

Ia merupakan satu dosa besar dan boleh menyebabkan seseorang ditimpa azab yang perit di akhirat kelak.

Artikel Berkaitan: “Bukan Kita Kelaparan 6 Tahun” – Ustaz Azhar Idrus Bidas Netizen Sanggup Beratur Lama Untuk Beli Makanan Viral

Artikel Berkaitan: Hukum ‘Prank’ Dalam Islam

Artikel Berkaitan: UAI Perjelas Hukum Guna Teknologi Artificial Intelligence (AI) Dalam Islam. Boleh Ke?

Sumber: YouTube Ustaz Azhar Idrus Official


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd