Now Reading
[Video] TikToker Buat Kerja Dalam LRT, 9 Pagi Hingga 5 Petang. Siap Bawa Meja Lipat!

[Video] TikToker Buat Kerja Dalam LRT, 9 Pagi Hingga 5 Petang. Siap Bawa Meja Lipat!

TikToker ini menjelaskan kos untuk dia membuat kerja seharian di dalam LRT adalah kurang daripada RM5.

tiktoker ivor buat kerja dalam LRT Malaysia

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Zaman sekarang ini sudah banyak syarikat yang memberi kelonggaran kepada pekerja mereka untuk bekerja dari rumah dan tidak perlu ke pejabat untuk tempoh beberapa hari dalam seminggu.

Dalam pada itu, ada juga sesetengah individu yang memilih untuk bekerja dari pelbagai lokasi kafe sebagai ‘pejabat’ bagi menyiapkan kerja yang menimbun.

Tapi pernah tak anda dengar orang buat kerja dalam LRT di Malaysia? Bunyi macam pelik tapi jangan terkejut ya.


Gadis TikToker Buat Kerja Seharian Dalam LRT Di Malaysia

Menerusi satu video dimuat naik di laman TikTok (@ivor_xianz), gadis TikToker ini dilihat melakukan perkara yang agak berbeza dari norma masyarakat di Malaysia.

Terkenal dengan tagline ‘Ivor trying so you don’t have to’, gadis bernama Ivor ini mengambil keputusan untuk melakukan kerja seharian dari jam 9:00 pagi sehingga 5:00 petang di dalam tren LRT yang bergerak tanpa henti.

Dalam video tersebut, Ivor menceritakan dia tiba di stesen LRT pada jam 10 pagi dan turut membawa meja lipat bersamanya untuk membolehkan dia meletakkan komputer riba ketika semasa melakukan kerja.

Selepas memasuki tren LRT, Ivor akhirnya menjumpai tempat duduk yang sesuai untuk dia membuka komputer riba.

Ivor turut memberitahu bahawa keadaan LRT pada ketika itu tidak padat dengan penumpang dan dia juga perasan bahawa dirinya diperhatikan oleh beberapa individu lain.

Selepas satu jam setengah melakukan kerja di dalam LRT, Ivor mula berasa sakit di bahagian leher kerana terpaksa menunduk ke arah laptop dalam tempoh agak lama.

Submer: TikTok @ivor_xianz

Kemudian pada jam 11:55 pagi, TikToker ini turun di stesen LRT Dang Wangi dan berjalan kaki ke kafe berhampiran untuk makan tengah hari.

Pada jam 2 petang, dia kembali semula ke stesen LRT untuk menyambung kerja di dalam tren seperti sebelumnya.

Apabila jam menunjukkan 3:30 petang, Ivor kembali berasa sakit di bahagian leher dan mengambil keputusan untuk bangun serta berjalan sebentar di dalam gerabak LRT sebelum menyambung tugasnya.

Namun menjelang waktu puncak, Ivor berkata dia tidak boleh melakukan tugasnya kerana keadaan di dalam LRT sudah mula penuh dengan penumpang

Bila dah makin dekat dengan waktu puncak, saya dah tak boleh buat kerja sebab orang mula ramai. Jadi saya simpan kerja saya yang tak siap untuk malam nanti sebab kerja sebagai pencipta kandungan ini adalah 24/7.

TikToker, Ivor Xianz

Di akhir video, Ivor memberi pendapatnya tentang pengalaman bekerja seharian di dalam LRT.

Gadis ini berkata LRT adalah tempat untuk membuat kerja yang menjimatkan kerana kos kurang daripada RM5 sahaja tetapi memerlukan komputer riba dengan ketahanan bateri yang lama dan perlu berhadapan dengan sakit pada bahagian leher.

Video ini telah mendapat perhatian ramai sehingga meraih 161,000 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@ivor_xianz/video/7312776619347823873

Netizen Beri Pelbagai Reaksi Lihat Aksi TikToker Ini Buat Kerja Seharian Dalam LRT

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi selepas melihat aksi TikToker berkenaan melakukan kerja seharian di dalam tren LRT.

Sesetengah netizen berpendapat mereka tidak boleh menyiapkan tugasan kerja di dalam gerabak LRT yang bergerak kerana akan mengalami ‘motion sickness‘ serta tidak mempunyai kemudahan Internet.

Namun ada juga segelintir netizen yang mengagumi aksi gadis berkenaan dan memberi cadangan untuk melakukannya di dalam MRT laluan Putrajaya pula.

Pada masa yang sama, seorang netizen berkata dia juga pernah melakukan kerja seperti TikToker ini tetapi di dalam gerabak KTM.

Sumber: TikTok

11 Lokasi Kafe Yang Sesuai Untuk ‘Digital Nomad’ Buat Kerja

Kepada anda yang nak mahu membuat kerja di kafe, jom kami bantu anda dengan menyenaraikan beberapa lokasi kafe yang ‘Work- Friendly’ di sekitar Lembah Klang. Yang penting ada plug dan Wi-Fi yang laju!

Antaranya:

  • Mori Kohi, Jalan Tun Razak.
  • Wolf & Turtle, Wangsa Maju.
  • Gumi Coffee, Ampang.
  • Monét, Melawati.
  • Butter + Beans At The Row, Jalan Doraisamy.
  • Bean Brothers KL, The LINC.
  • Commoners Space, Shah Alam Seksyen 13.
  • Take Five Coffee Brewers, Shah Alam Seksyen 9.
  • Breathing Space, Petaling Jaya.
  • Saddle and Beans, Denai Alam.
  • Coffee Jeans & Co. Denai Alam.

Kalau anda ada kafe-kafe lain yang menarik, bolehlah kongsi dengan kami juga.

Baca Artikel Berkaitan: Ini 10 Kafe Work-Friendly Untuk Geng ‘Digital Nomad’. Yang Penting WiFi Laju!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd