Now Reading
Ini 10 Kafe Work-Friendly Untuk Geng ‘Digital Nomad’. Yang Penting WiFi Laju!

Ini 10 Kafe Work-Friendly Untuk Geng ‘Digital Nomad’. Yang Penting WiFi Laju!

Kesemua kafe ini mempunyai kemudahan plug dan juga WiFi untuk memudahkan para pelanggan melakukan kerja mereka.

kafe buat kerja (1)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Meskipun kebanyakan syarikat telah mewajibkan pekerja mereka untuk datang ke pejabat setiap hari, tetapi masih ada lagi majikan yang memberi kelonggaran untuk pekerjanya menyiapkan tugasan dari rumah (Work From Home).

Tapi kalau hari-hari buat kerja di rumah, boleh tepu juga otak, kan? Di situlah tempat anda berehat, di situ jugalah tempat anda bekerja.

Apa kata sekali sekala kita ‘ubah angin’ buat kerja di luar pula? Macam best juga kan.

Kepada anda yang nak membuat kerja di kafe, jom kami bantu anda dengan menyenaraikan beberapa lokasi kafe yang ‘Work- Friendly’ di sekitar Lembah Klang.

Antaranya:

1. Kerja Dari Kafe: Mori Kohi, Jalan Tun Razak

Mori Kohi merupakan perkataan dari bahasa Jepun yang membawa maksud Hutan (Mori) dan Kopi (Kohi).

Seiring dengan penggunaan bahasa dari negara Matahari Terbit, kafe ini mempunyai konsep ala-ala Jepun termasuklah dari segi etika pekerjanya dan juga menu hidangan mereka.

Di Mori Kohi, terdapat pilihan kawasan indoor dan outdoor untuk para pelanggan.

  • Kemudahan untuk mencari plug: 5/10. Plug boleh didapati di dinding dan juga meja tinggi.
  • WiFi: Percuma.
  • Lokasi: 11, Jalan Aman, Off, Jalan Tun Razak, 55000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Waktu operasi: Dibuka setiap hari (10 AM – 10 PM).

2. Kerja Dari Kafe: Wolf & Turtle Coffee, Wangsa Maju

Wolf & Turtle Coffee ini merupakan kafe yang sesuai untuk melakukan kerja kerana mereka mempunyai hidangan menu yang lengkap dari sarapan, makan tengah hari, pencuci mulut, kopi dan sebagainya.

Kafe ini mempunyai beberapa cawangan di sekitar Lembah Klang. Antaranya:

  • Bukit Tunku, The Stories.
  • Taman Melawati Jalan J.
  • Menara Southpoint, Midvalley.
  • Menara Weststar.
  • Menara AmBank.
  • Wangsa Maju.

Tetapi tidak semua cawangan mereka mempunyai kemudahan WiFi.

Setakat ini, kami hanya pernah membuat kerja di cawangan Wangsa Maju dan juga Taman Melawati Jalan J. Kedua-dua lokasi ini mempunyai WiFi, jangan risau.

Pada pendapat kami, cawangan Wolf & Turtle Coffee Wangsa Maju ada ‘vibes’ yang tenang untuk buat kerja. Lagu-lagu yang dimainkan pun best juga.

  • Kemudahan plug: 6/10. Tetapi tidak semua meja ada kemudahan plug ya.
  • WiFi: Percuma.
  • Lokasi: 73, Jalan Wangsa Delima 5, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Waktu Operasi: Isnin hingga Khamis (8:00 AM – 8:00 PM), Jumaat hingga Ahad (8:00 AM – 10:00PM).

3. Kerja Dari Kafe: Monét, Melawati

Kafe Monét ini mempunyai konsep seakan-akan di rumah kerana mereka mempunyai banyak sofa dan bantal yang empuk. Nak buat kerja lama-lama pun taklah sakit badan sangat.

Di Monét, ada macam-macam jenis makanan dari hidangan spagheti kepada pencuci mulut serta minuman kopi dan sebagainya, semuanya ada.

  • Kemudahan plug: 5/10.
  • WiFi: Percuma.
  • Lokasi: 5443, Fasa, 6, Jalan J 9, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur, Selangor.
  • Waktu operasi: Dibuka setiap hari (8:00 AM – 10:00 PM).

4. Kerja Dari Kafe: Butter + Beans At The Row, Jalan Doraisamy

Kafe ini mempunyai ‘vibes’ yang sangat selesa untuk anda melakukan kerja. Lagu-lagu yang dimainkan juga menenangkan.

Kalau anda mengisi perut dengan pencuci mulut pun boleh juga, ada pelbagai jenis. Cuma harganya agak mahal sedikit. Tetapi kalau nak cuba, apa salahnya.

Nak buat kerja indoor boleh, outdoor pun boleh. Tapi kalau buat kerja outdoor, agak bising juga kerana kafe ini bersebelahan dengan laluan kenderaan.

  • Kemudahan plug: 6/10.
  • WiFi: Percuma.
  • Lokasi: 42, Jalan Doraisamy, Chow Kit, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Waktu operasi: Dibuka dari jam 8:00AM – 5:00PM.

5. Kerja Dari Kafe: Bean Brothers KL, The LINC

Kafe ini mempunyai ruang dua tingkat yang luas untuk membolehkan ramai pelanggan datang membuat kerja di Bean Brothers KL.

Suasana kafe ini juga agak ‘chill’ dan membuatkan anda kekal fokus untuk menyiapkan kerja. Di sini, anda banyak jenis meja mengikut kesesuaian anda, nak meja biasa ada, meja tinggi pun ada.

Dekorasi mereka yang mempunyai banyak pokok hijau juga membuatkan anda kurang stres melakukan kerja.

  • Kemudahan plug: 8/10.
  • WiFi: Percuma.
  • Lokasi: G-1, The LINC No, 360, Jln Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur.
  • Waktu operasi: Dibuka setiap hari (8:30 AM – 8:00 PM).

6. Kerja Dari Kafe: Commoners Space, Shah Alam Seksyen 13

Kalau anda tengok luaran kedainya yang berwarna putih ini, mungkin tak ramai yang menyangka premis ini sebenarnya sebuah kafe.

Walaupun saiz dalaman kafe Commoners Space ini tidaklah terlalu luas, tetapi dekorasi hiasanya membuatkan anda berasa ‘cosy’ dan tenang untuk membuat kerja.

Kedai ini juga dikenali sebagai ‘community cafe’ di mana ramai penduduk dari Shah Alam dan juga luar Shah Alam akan berkunjung ke sini untuk ‘catch-up’ bersama rakan.

Dengar pula lagi Lo-Fi, memang automatik laju buat kerja.

  • Kemudahan plug: 7/10.
  • WiFi: Percuma.
  • Lokasi: 71, Jalan Snuker 13/28, Tadisma Business Park, Section 13, Shah Alam.
  • Waktu operasi: Sabtu hingga Khamis (10:00 AM – 7:00PM).

7. Kerja Dari Kafe: Take Five Coffee Brewers, Shah Alam Seksyen 9 

Kalau anda datang ke Take Five Coffee Brewers, memang wajib cuba Cream & Cheese Bagel mereka sambil membuat kerja di kafe ini.

Buat masa ini, Take Five Coffee Brewers hanya menyediakan hidanganberasaskan Bagel sahaja dan tiada menu lain.

Dekorasi dalaman mereka yang minimalis membuatkan anda tenang untuk melakukan kerja. Nak ‘me-time’ di sini lepas selesai buat kerja pun macam best juga. 

Tetapi mejanya yang agak kecil akan mengehadkan pergerakan anda dan jumlah barangan yang boleh diletak. Mungkin hanya muat untuk letak sebuah laptop.

  • Kemudahan plug: 9/10.
  • WiFi: Percuma.
  • Lokasi: 6G, Jalan Tengku Ampuan Zabedah A 9/A, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor.
  • Waktu operasi: Dibuka setiap hari (7:00AM – 7:00PM).

8. Kerja Dari Kafe: Breathing Space, Petaling Jaya

Bila anda sudah pergi ke Breathing Space, mesti anda akan faham kenapa kafe ini diberi nama sedemikian.

Dengan adanya ruang yang sangat luas dan setiap meja mempunyai jarak agak jauh, ternyata Breathing Space ini membolehkan anda untuk membuat kerja dalam keadaan yang lebih privasi.

Bagi individu yang introvert, bagi kami lokasi ini memang sangat sesuai kerana jarak meja anda dengan pelanggan lain agak jauh.

Dekorasi dalamannya menggunakan beberapa bentuk kerusi dan meja yang unik memperlihatkan Breathing Space sebagai lokasi yang mengamalkan konsep minimalis dan artistik.

  • Kemudahan plug: 7/10.
  • WiFi: Percuma.
  • Lokasi: 135A, Jalan SS 2/6, SS 2, 47300 Petaling Jaya, Selangor.
  • Waktu operasi: Jumaat hingga Rabu (11:00AM – 6:00PM).

9. Kerja Dari Kafe: Coffee Jeans & Co. Denai Alam

Coffee Jeans & Co. di Denai Alam ini mempunyai ruangan indoor dan juga outdoor. Tetapi jumlah meja di ruangan indoor agak terhad dan kebanyakan meja berada di ruangan luar kafe tersebut.

Di kafe ini, terdapat pelbagai hidangan berat dan juga sesuai untuk dijadikan sebagai lokasi berkumpul dengan team anda sambil membuat kerja bersama-sama.

Kalau risau sakit belakang sekiranya duduk terlalu lama, boleh letak bantal di belakang untuk melegakan kelenguhan anda.

  • Kemudahan plug: 6/10.
  • WiFi: Percuma
  • Lokasi: No 8-1, Jalan Elektron H U16/H, Denai Alam 40160 Shah Alam Selangor.
  • Waktu operasi: Dibuka setiap hari (8:30 AM – 6:00 PM).

10. Kerja Dari Kafe: Saddle and Beans, Denai Alam

Saddle and Beans di Denai Alam ini juga mempunyai ruang indoor dan outdoor untuk anda membuat kerja.

Tapi kalau duduk di meja luar, tak panas ke? Tak, kerana mereka menyediakan banyak kipas untuk pelanggan yang berada di luar.

Kalau anda nak datang membuat kerja di Saddle and Beans dengan berbasikal dari rumah pun boleh kerana mereka mempunyai ruang untuk meletakkan basikal anda. Cool kan?

Lokasi ini juga sesuai terutamanya buat para penunggang basikal yang inginkan ‘coffee fix’ setelah selesai sesi berbasikal.

  • Kemudahan plug: 6/10.
  • WiFi: Percuma
  • Lokasi:15, Jalan Elektron U16/P, Denai Alam, 40160 Shah Alam, Selangor.
  • Waktu operasi: Dibuka setiap hari (8:00 AM – 9:00 PM).

Kalau anda ada kafe-kafe lain yang menarik, bolehlah kongsi dengan kami juga.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd