Now Reading
Lembaga Peperiksaan Nafi Dakwaan Guna ‘TikToker’ Untuk Ujian Mendengar Bahasa Inggeris SPM 2022

Lembaga Peperiksaan Nafi Dakwaan Guna ‘TikToker’ Untuk Ujian Mendengar Bahasa Inggeris SPM 2022

Pelontar suara dalam audio Ujian Mendengar Bahasa Inggeris SPM 2022 dikatakan terlalu laju dan menyebabkan ramai pelajar keliru.

Lembaga Peperiksaan Nafi Dakwaan Guna Audio'TikToker' Untuk Ujian Mendengar Bahasa Inggeris SPM 2022

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Terdahulu pada 16 Februari, pelajar Tingkatan 5 yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah dijadualkan untuk menduduki Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Walau bagaimanapun, ujian mendengar bagi Bahasa Inggeris telah menyebabkan ramai calon SPM meluahkan kekecewaan kerana dikatakan tidak dapat mendengar audio dengan jelas.

Ramai mendakwa individu yang ditugaskan untuk membaca petikan ketika ujian mendengar itu membacanya terlalu laju seolah-olah sedang ‘rap’

Beberapa video di media sosial dipercayai dimuat naik oleh calon SPM mendakwa audio bagi Ujian Mendengar Bahasa Inggeris (UMBI) itu menggunakan khidmat suara oleh seorang TikToker.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh seorang guru di laman Facebook miliknya (Jarod Yong), dia juga meluahkan rasa kesal selepas mendapati ramai pelajarnya yang berputus asa untuk menyelesaikan ujian tersebut.

Dia juga mendakwa bahawa pemilik audio bertutur terlalu laju sehingga menyebabkan kekeliruan.

Saya terfikir berapa banyak yang mereka bayar TikToker itu untuk membaca petikan yang diberikan. Kenapa tak ambil guru-guru yang lebih berkelayakan?

Guru, Jarod Yong.

Lembaga Tepis Dakwaan Guna Khidmat ‘TikToker’ Ketika Ujian Mendengar Bahasa Inggeris SPM 2022

Lembaga Peperiksaan (LP) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataannya memberikan penjelasan berkaitan penggunaan audio ketika Ujian Mendengar Bahasa Inggeris SPM 2022.

Pihak Lembaga Peperiksaan mengambil maklum tentang tularnya beberapa dakwaan di media sosial berkenaan kadar kelajuan pertuturan dan penggunaan TikToker sebagai pelontar suara ketika Ujian Mendengar Bahasa Inggeris.

Susulan perkara itu, pihak Lembaga Peperiksaan memaklumkan bahawa kadar kelajuan pelontar suara bagi instrumen tersebut adalah berdasarkan aras kompetensi Common European Framework of References for Languanges (CEF).

Lembaga Peperiksaan Nafi Dakwaan Guna Audio'TikToker' Untuk Ujian Mendengar Bahasa Inggeris SPM 2022
Sumber: MalayMail

Dalam pada itu, mereka juga menafikan dakwaan penggunaan TikToker sebagai pelontar suara audio bagi UMBI SPM 2022.

Pelontar suara bagi audio berkenaan merupakan mereka yang berwibawa dalam bertutur dalam bahasa Inggeris dan telah diberikan latihan sebelum proses pembinaan instrumen.

LP memaklumkan bahawa pelontar suara yang digunakan dalam membina instrume UMBI SPM 2022 terdiri daripada kalangan guru, pensyarah, murid sekolah atau penuntut universiti.

Sehubungan dengan itu, pihak Lembaga Peperiksaan yakin bahawa kualiti bahan audio dan juga kertas soalan UMBI SPM 2022 adalah terjamin.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd