Now Reading
[Video] Orang Ramai Sebak Lihat Pilot Peluk & Salam Warga Palestin Dalam Penerbangan

[Video] Orang Ramai Sebak Lihat Pilot Peluk & Salam Warga Palestin Dalam Penerbangan

Juruterbang Batik Air itu dilihat memeluk dan menyapa seorang penumpang rakyat Palestin dalam penerbangan menggunakan Bahasa Arab.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sejak 7 Oktober lalu, penindasan penduduk Israel terhadap rakyat Palestin dilihat semakin menjadi-jadi sehingga ke hari ini.

Kekejaman itu bukan sahaja ditunjukkan oleh tentera rejim malah penduduk setempat di kawasan dijajah juga telah mengutuk dan memperlekehkan mangsa tidak bersalah yang sedang menghadapi peperangan.

Seperti yang dilaporkan baru-baru ini, mangsa nyawa terkorban Palestin telah pun mencecah lebih 10,000 orang.


Pilot Peluk Rakyat Palestin Atas Penerbangan Batik Air

Baru-baru ini, tular satu perkongsian di laman TikTok (@mahmoud_ abdallall), menunjukkan seorang juruterbang lelaki sedang menyapa seorang warga Palestin yang merupakan salah seorang penumpang sebuah penerbangan Batik Air.

Untuk info, Mahmoud dipercayai seorang penceramah yang sedang menetap di Indonesia.

Menerusi kapsyen Mahmoud, pilot itu telah datang ke tempat duduknya sebaik mengetahui dirinya merupakan rakyat Palestin.

Pilot itu kemudian bertanyakan soalan kepada Mahmoud menggunakan Bahasa Arab tentang keadaan saudara seperjuangan di Gaza pada masa kini.

Jika dilihat daripada video, juruterbang berkenaan telah bersalaman sambil memeluk rakyat Palestin itu.

Kata Mahmoud, kakitangan penerbangan itu turut meluahkan rasa sedih terhadap nasib yang menimpa warga Palestin kerana keganasan oleh tentera Zionis.

https://www.tiktok.com/@mahmoud_abdallall/video/7299427005412461830?

Netizen Rasa Sebak Pilot Sapa & Peluk Rakyat Palestin Dalam Kapal Terbang

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa sebak melihat situasi antara pilot dan Mahmoud yang berbicara tentang rakyat Palestin.

“Pilot tu bagi salam je aku terus menitik air mata. Lemahnya jiwa bila dengar tentang saudara kami di Palestin,” kata seorang netizen.

Ada juga yang meluahkan rasa bersalah kerana dikatakan tidak mampu memberi impak yang besar untuk menolong mangsa terkesan dalam peperangan.

“Hanya doa yang dapat kami kirimkan untuk saudara-saudara kami di sana,” ujar seorang wanita.

Sumber: TikTok (@mahmoud_ abdallall)

Baca Artikel Berkaitan: Atlet Tunisia Sebak Kenang Nasib Rakyat Palestin Hingga Tak Mampu Rai Kemenangan

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Terus Rasa Sebak” – Soyfank Hasilkan Video VFX Untuk Sebarkan Isu Palestin Dipuji Warganet

Baca Artikel Berkaitan: “Kita Tentang Kezaliman” – Tindakan Uncle Ini Sertai Himpunan Solidariti Palestin Dipuji Orang Ramai


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd