Atlet Tunisia Sebak Kenang Nasib Rakyat Palestin Hingga Tak Mampu Rai Kemenangan
Sebagai tanda solidariti bersama Palestin, atlet bernama Ons Jabeur itu telah mengambil keputusan untuk menyumbangkan sebahagian daripada wang kemenangannnya kepada kanak-kanak di Gaza.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Melihat kepada apa yang berlaku di Palestin apabila mereka terus dibedil tanpa henti tentera Israel, tidak terbayang betapa kuatnya penduduk di sana menghadapi situasi tersebut.
Walaupun tidak berada di Palestin, tetapi banyak video dan gambar yang telah dimuat naik di media sosial dan dikongsikan oleh orang ramai bagi menyebarkan kesedaran kepada masyarakat dunia tentang penindasan rejim Zionis.
Kekejaman penjajah itu bukan sahaja ditentang oleh masyarakat beragama Islam, malah negara-negara Barat seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat juga tidak terkecuali mengadakan perhimpunan aman sebagai tanda solidariti kepada Palestin.
Kemenangan Di Pertandingan Tenis Tidak Mampu Ubati Kesedihan Atlet Tunisia Terhadap Nasib Rakyat Palestin
Menerusi perkongsian video dimuat naik di laman Instagram (@onsjabeur), seorang atlet wanita negara Tunisia iaitu Ons Jabeur tidak dapat menahan sebak ketika ditemu bual selepas menjuarai Pusingan Akhir Siri WTA di pentas Wimbledon.
Dalam video itu, bekas pemain nombor dua dunia itu dilihat cuba menahan diri daripada menangis kesedihan dan tidak mampu untuk bergembira dengan pencapaiannya apabila mengenangkan nasib kanak-kanak di Gaza.
Saya sangat gembira dengan kemenangan ini, tetapi saya tidak begitu gembira sejak kebelakangan ini sejujurnya. Anda tahu, keadaan dunia sekarang ini tidak menggembirakan saya. Sangat sukar melihat kanak-kanak dan bayi mati setiap hari.
Atlet tenis Tunisia, Ons Jabeur.
Sebagai tanda solidariti dengan Palestin, atlet berkenaan telah mengambil keputusan untuk menyumbangkan sebahagian daripada hadiah kemenangannnya kepada kanak-kanak di Gaza.
Jadi saya telah memutuskan untuk menderma sebahagian daripda hadiah saya untuk membantu rakyat Palestin. Ia bukan mesej politik, sebaliknya kemanusiaan. Saya mahukan keamanan di dunia ini. Itu sahaja.
Atlet tenis Tunisia, Ons Jabeur.
Penyokong di dalam dewan pada ketika itu juga memberikan tepukan gemuruh kepada atlet berkenaan atas tindakannya yang prihatin dengan nasib penduduk Palestin.
Orang Ramai Puji Sikap Prihatin Dan Pemurah Atlet Tunisia Dengan Nasib Rakyat Palestin
Ruangan komen video berkenaan dipenuhi dengan reaksi positif dari netizen yang turut menyokong tindakannya menyumbangkan sebahagian dana bagi membantu rakyat Palestin.
Ramai netizen memuji atlet itu kerana mempunyai hati yang cukup baik kerana masih mengenangkan nasib rakyat Palestin ketika dia memperolehi kemenangan dalam pertandingan tersebut.
Sesetengah netizen juga berhadapan situasi sama apabila mereka tidak dapat menikmati kehidupan seperti biasa selepas mengenangkan semula kesengsaraan yang dilalui oleh penduduk tidka bersalah di Gaza.
Antara Pihak Yang Turut Memberi Sumbangan Kepada Rakyat Palestin
Sebagai tanda sokongan kepada Palestin, beberapa pihak di Malaysia turut memberi sumbangan berbentuk wang tunai, perubatan dan makanan.
Antara pihak berkenaan adalah:
- Kerajaan Malaysia (RM10 juta)
- Khairul Aming (RM100,000)
- Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri (RM135,000)
- Tabung kemanusiaan IKHLAS for Palestine
Diharapkan dengan sumbangan ini, ia dapat memberi sokongan kepada misi bantuan di Gaza dengan memenuhi keperluan kritikal di sana.
Baca Artikel Berkaitan: McDonald’s Malaysia Sumbang RM1 Juta Buat Rakyat Palestin
Baca Artikel Berkaitan: “The Real Influencer” – Khairul Aming Sumbang RM100,000 Hasil Jualan Sambal Nyet Untuk Bantu Palestin
Baca Artikel Berkaitan: Tabung Kemanusiaan ‘IKHLAS For Palestine’ Raih Kutipan Dana Lebih RM200,000
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.