Now Reading
[Video] 2 Juta Rakyat Indonesia Di Jakarta Berarak Tunjuk Solidariti Buat Palestin

[Video] 2 Juta Rakyat Indonesia Di Jakarta Berarak Tunjuk Solidariti Buat Palestin

Ini merupakan demonstrasi awam terbesar di Indonesia sejak 7 Oktober 2023 untuk menyuarakan sokongan dan solidariti terhadap Palestin.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Semalam (5 November), dunia telah digemparkan dengan perhimpunan terbesar di Jakarta, Indonesia untuk menunjukkan sokongan serta solidariti buat Palestin. Menurut para penganjur, lebih dua juta rakyat di Indonesia telah menyertai acara ini.

Himpunan ini dianjurkan oleh pelbagai kumpulan pro-Palestin dan menyaksikan penyertaan beberapa pemimpin agama dan tokoh politik, termasuk Menteri Luar Negeri Retno Marsudi dan Menteri Pembangunan Manusia dan Kebudayaan Muhadjir Effendi, menurut agensi berita Indonesia, Antara.

Lebih daripada dua juta penyokong itu juga dilihat berkumpul di Monumen Nasional Indonesia untuk menyuarakan solidariti dengan rakyat Palestin dan menuntut peperangan ini untuk berakhir.

Ini merupakan demonstrasi awam terbesar di Indonesia sejak 7 Oktober 2023.

Kami di sini untuk mewakili kerajaan.

Menteri Pembangunan Manusia dan Kebudayaan Muhadjir Effendi.

Rakyat Indonesia turut memberitahu bahawa tiada keraguan terhadap pendirian kerajaan Indonesia terhadap Palestin.

“Kami akan menyokong Palestin dengan segenap kekuatan kami sehingga Palestin merdeka.”

Perarakan tersebut jelas memperlihatkan lautan manusia rakyat di Indonesia yang turut berpakaian mengikut tema warna bendera Palestin iaitu putih, hijau, merah, dan hitam.

Naik bulu roma apabila melihat sendiri sokongan tegar daripada negara jiran ini!

#FreePalestine


Indonesia Sediakan Kapal Hospital Tentera Nasional Indonesia Angkatan Laut (TNI-AL)

Menteri Pertahanan Indonesia, Jeneral Prabowo Subianto mengumumkan Indonesia bersedia meletakkan Kapal Hospital Tentera Nasional Indonesia Angkatan Laut (TNI-AL) di perairan Gaza bagi membantu Pasukan Perubatan Gaza merawat rakyat Gaza ketika ini.

Rundingan akan dijalankan pihak Indonesia dengan negara terdekat seperti Mesir untuk menempatkan kapal ini di Perairan Gaza.

TNI-AL mempunyai dua (2) buah Kapal Kelas Sudirohusodo iaitu Kapal Hospital Terapung Pelbagai Peranan. Dua kapal itu ialah:

  • KRI Dr. Radjiman Wedyodiningrat.
  • KRI Dr. Wahidin Sudirohusodo.

Kedua-dua kapal ini adalah Hospital Jenis C atau sama taraf kelengkapan dan krew dengan Hospital Besar Daerah dan berkhidmat dengan Armada Laut Pertama TNI-AL.

Ia memiliki bilik kecemasan, bilik asingan pesakit, bilik radiologi, bilik bersalin dan bayi, klinik, makmal, bank darah, bilik pembedahan, ICU dan HCU serta boleh membawa tiga (3) buah helikopter untuk penerbangan ambulans udara.

Ia juga mempunyai dua (2) buah bot ambulans, dua (2) LCVP dan satu (1) Bot RHIB dijadikan sebagai operasi sokongan.

Bukan itu sahaja, kapal berkenaan turut mempunyai perkhidmatan X-Ray dan CT Scan.

Menurut laporan di laman X, jika Indonesia menggerakkan kapal ini dan berjaya parkir di perairan Gaza, ia bukan sahaja satu langkah berani dari Indonesia dari segi geopolitik dan imej negara tetapi juga sangat membantu pasukan perubatan Gaza yang sedang lumpuh pada ketika ini.

Baca Artikel Berkaitan: “Saya Sangat Kecewa!” – Bapa Angelina Jolie Jijik, Anak Perempuan Sokong Palestin


Death Toll (Gaza)

Untuk rekod, hampir 10,600 mangsa telah terbunuh dalam konflik peperangan Palestin dan Israel, di mana 9,061 mangsa merupakan rakyat Palestin dan lebih 1,538 pula adalah warga Israel.

Selain jumlah korban besar dan pemindahan besar-besaran, bekalan asas semakin berkurangan untuk 2.3 juta penduduk di Gaza akibat kelakuan tidak berperikemanusiaan pihak Zionis pada ketika ini.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd