Now Reading
Iklan Krismas Marks & Spencer Buat Ramai Netizen Bengang, Ini Penjelasan Sebenar Dari M&S

Iklan Krismas Marks & Spencer Buat Ramai Netizen Bengang, Ini Penjelasan Sebenar Dari M&S

Iklan kempen sempena musim Krismas yang diberi nama ‘LoveThismasNotThatmas’ dilihat membakar beberapa topi kertas berwarna hijau, merah dan putih.

LoveThismasNotThatmas

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pergolakan yang sedang berlaku di Palestin selepas tentera Israel membedil negara tersebut tanpa henti telah menyerlahkan sisi sebenar sesetengah pihak.

Ada pihak yang memberi sokongan penuh kepada perjuangan rakyat Palestin, namun sesetengah individu turut memihak kepada Israel.

Malah, beberapa premis jenama terkenal di seluruh dunia dilihat tidak mendapat sambutan seperti sebelum ini oleh kerana protes masyarakat yang mahu memboikot produk Israel.

Baca Artikel Berkaitan: Jenama Make-Up Rare Beauty Diboikot, CEO Produk Pro-Israel

Baca Artikel Berkaitan: Starbucks US Ugut Saman Pekerja & Cawangan Guna Logo Mirip Syarikat Ulas Isu Palestin


Iklan Perayaan Krismas Oleh Jenama Marks & Spencer (M&S) Undang Perdebatan

Isu berkaitan sokongan kepada Palestin serta Israel kini menjadi perkara sensitif yang boleh membuatkan ramai pihak berpaling tadah selepas mengetahui sokongan mereka.

Baru-baru ini, jenama baju Britain terkenal iaitu Marks & Spencer (M&S) telah mengundang perdebatan netizen di media sosial menerusi iklan kempen sempena musim Krismas yang diberi nama ‘LoveThismasNotThatmas’.

Dalam satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagram (@marksandspencer), kelihatan beberapa topi Krismas yang diperbuat daripada kertas berwarna hijau, merah dan putih telah dibakar di ruangan arang dalam sebuah rumah.

Hantaran itu juga diserta dengan kapsyen ‘Untuk Krismas kali ini, buat apa yang anda suka, seperti mengatakan tidak kepada topi kertas’.

Walau bagaimanapun, hantaran tersebut telah dipadam dari laman Instagram Marks & Spencer.

Sumber: Instagram @marksandspencer

Selain itu, M&S juga telah memuat naik beberapa video promosi melibatkan kempen ‘LoveThismasNotThatmas’ dan salah satunya memaparkan aksi seorang wanita memukul patung sehingga terkeluar dari tingkap.


Netizen Kecam Kempen Musim Krismas Dari Marks & Spencer

Di ruangan komen video yang mencetuskan kontroversi itu, ramai netizen dari seluruh dunia yang mengecam aksi wanita memukul patung itu kerana dikatakan mempromosikan keganasan.

Segelintir netizen berpendapat bahawa kempen jenama ini seolah-olah tidak menjaga sensitiviti isu yang sedang berlaku di Palestin.

Pada masa yang sama, orang ramai juga bercadang untuk memboikot jenama M&S berikutan iklan kempen mereka yang dipercayai mempunyai kaitan dengan konflik melibatkan Palestin dan Israel.

Sumber: Instagram

Marks & Spencer Beri Penjelasan

Selepas kempen ‘LoveThatmasNotThatmas’ dari jenama M&S menimbulkan perdebatan ramai, pihak Marks & Spencer tampil memberi penjelasan sebenar.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Instagram (@marksandspencer), jenama tersebut menjelaskan bahawa gambar yang telah dipadam oleh mereka itu diambil pada bulan Ogos lalu.

Jelas M&S lagi, kepelbagaian warna topi kertas itu yang dihasilkan dengan warna merah, hijau dan kelabu itu hanya menunjukkan ciri tradisional Krismas.

Meskipun tujuan asal hantaran itu adalah untuk menunjukkan bahawa tidak semua individu gemar memakai topi kertas ketika Krismas, namun gambar berkenaan terpaksa dipadam kerana menerima pelbagai respon.

Susulan itu, M&S telah membuat permohonan maaf kerana telah menyinggung perasaan ramai pihak.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd