Now Reading
[Video] Warga Emas Lambai Tangan Ke Arah Kamera Ketika Liputan Kementerian Kesihatan Gaza

[Video] Warga Emas Lambai Tangan Ke Arah Kamera Ketika Liputan Kementerian Kesihatan Gaza

Warga emas itu telah melambaikan tangan sambil tersenyum ke arah kamera ketika liputan berita seolah-olah memberikan khabar kepada ahli keluarga yang lain bahawa dirinya masih hidup.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Ramai pejuang di Palestin telah terkorban selepas berperang dengan rejim Zionis di bumi Gaza di mana memperlihatkan sejumlah lebih 8,000 warga Palestin terkorban.

Selepas ribuan nyawa terkorban, ramai ahli keluarga yang tidak menjumpai ahli keluarga tersendiri. Ramai juga di antara warga Palestin yang sudah terputus hubungan dengan saudara mara tidak mengetahui keberadaan mereka.

Sebelum ini, ada rakyat Palestin yang berkata bahawa mereka terpaksa menuliskan nama pada badan anak-anak agar jasad mereka boleh dikenali sekiranya terkorban pada masa akan datang.


Warga Emas Melambaikan Tangan Ke Arah Kamera Apabila Jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza Beri Kenyataan

Baru-baru ini, tular satu ciapan di laman X (Twitter @fakhrifadzli) menyaksikan seorang warga emas telah memperlihatkan dirinya di televisyen apabila jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza memberi kenyataan pertama selepas terputus talian internet.

Jurucakap berkenaan difahamkan sedang melaporkan berita tentang situasi yang sedang berlaku di Palestin pada ketika itu.

Warga emas yang berkaca mata tersebut dilihat telah melambai-lambaikan tangannya sambil tersenyum ke arah kamera.

Bukan itu sahaja, dia juga menadahkan tangan sambil memegang dada menunjukkan tanda kesyukuran kerana masih selamat daripada keganasan rejim Zionis.

Walaupun tidak berkesempatan untuk bercakap, dia dilihat telah duduk di posisi sama seolah-olah memberi khabar berita kepada keluarga bahawa dirinya masih kekal hidup.

Sumber: X (Twitter @fakhrifadzli)

Netizen Luah Rasa Sebak Melihat Tindakan Pakcik Itu

Menjengah ke ruangan balas ciapan tersebut, rata-rata orang ramai dilihat telah meluahkan rasa sebak terhadap kelakuan warga emas itu.

Ada juga dilihat telah mendoakan agar dia serta seluruh rakyat Palestin lain dikurniakan rezeki untuk bertemu semula dengan ahli keluarga tercinta yang sudah hilang.

“Pakcik, bertahan ya. Semoga Allah SWT sentiasa melindungi pakcik dan saudara yang lain di bumi Palestin,” kata seorang netizen.

Melihat kepada situasi dialami oleh wargaemas berkenaan, ada juga warganet memuji sikap pakcik yang masih berupaya untuk mengukirkan senyuman walaupun dalam keadaan sulit seperti itu.

“Pakcik ni muka steady walaupun dalam keadaan teruk,” ujar seorang netizen.

Sumber: X (Twitter @fakhrifadzli)

Baca Artikel Berkaitan: “Tolong Sensitif Sikit” – Warga Malaysia Di Palestin Kecewa Orang Hubungi Untuk Dengar Bunyi Bom

Baca Artikel Berkaitan: “Syahid Sekeluarga” – 2 Siswazah USIM Terkorban Dalam Serangan Bom Di Gaza

Baca Artikel Berkaitan: Pejuang Hamas Dedah ‘Voice Note’ Terakhir Sebelum Tembak Kereta Kebal Milik Israel Hingga Berkecai


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd