Now Reading
Pejuang Hamas Dedah ‘Voice Note’ Terakhir Sebelum Tembak Kereta Kebal Milik Israel Hingga Berkecai

Pejuang Hamas Dedah ‘Voice Note’ Terakhir Sebelum Tembak Kereta Kebal Milik Israel Hingga Berkecai

Kejadian tersebut berlaku semasa dia sedang mengisi peluru PRG (Rocket-propelled grenade) untuk meletupkan kereta kebal Israel.

briged alqassam

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum, sehingga hari ini konflik di antara Palestin dan Israel masih berlarutan sehingga hari ini apabila rejim Zionis tanpa henti terus menyerang Gaza dengan serangan bom udara sehingga meragut ribuan nyawa masyarakat Palestin.

Tidak hanya itu, tentera Israel juga ‘meluaskan’ pencerobohan ke atas Semenanjung Gaza dengan melakukan serangan darat.

Artikel Berkaitan: Empat Hospital Di Gaza Lumpuh, Pesara Sektor Perubatan Diminta Kembali Bertugas

Namun, serangan darat yang dilakukan oleh tentera Israel tidaklah begitu mudah apabila ada kereta kebal milik mereka dikatakan telah ditembak oleh pejuang Hamas.


Pejuang Hamas Dedah Situasi Aneh Dengar Suara Misteri Minta Tembak Kereta Kebal Israel

Terbaharu, tular rakaman suara yang didakwa oleh seorang mujahidin yang menceritakan keadaan dilaluinya ketika sedang dalam operasi menentang Zionis.

Menerusi perkongsian video suara di akaun Twitter @numanmazlan, mujahidin terbabit berkata dia mendengar suara dari arah belakang yang menyuruhnya melepaskan tembakan pada kereta kebal tentera Israel.

Menurutnya, kejadian tersebut berlaku semasa dia sedang mengisi peluru PRG (Rocket-propelled grenade) untuk meletupkan kereta kebal Israel. Suasana perang pada ketika itu bagaimanapun menyebabkan dirinya berasa sedikit gentar untuk melepaskan tembakan tersebut.


Muncul Suara Misteri & Sosok Tubuh Putih Di Belakang Mujahidin

Namun, secara tiba-tiba dia mendengar satu suara dari arah belakangnya yang berkata, ‘Tembak wahai hamba Allah dan jangan takut’.

Suara misteri tersebut menyebabkan dia toleh ke belakang sebelum ternampak sosok tubuh yang sangat putih.

“Aku tak pernah tengok pun pemandangan sebegitu sebelum ini. Lalu aku terus tembak dan betul sasaranku mengena, kereta kebal itu meletup berkecai.

“Maka benarlah firman Allah SWT ‘Ketika kamu memohon pertolongan Tuhanmu, lalu dia perkenankan, sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu (tentera) dari malaikat yang datang berturut-turut’,” katanya.

Untuk info, petikan firman Allah SWT itu diambil dari surah Al-Anfal ayat 9.

Bagi anda yang mungkin tidak dapat menggambarkan bagaimana sebenarnya rupa RPG-7 yang dimaksudkan itu, di bawah adalah figura yang dikongsikan oleh seorang pengguna menerusi laman X:


“Bila Allah SWT Berkehendak”

Berita ini tidak dapat dinafikan telah menerima pelbagai reaksi daripada para Muslim menerusi media sosial. Sesetengah turut memberitahu perkara ini terjadi apabila seseorang itu meletakkan kepercayaan kepada Allah SWT, dan disebabkan itulah kesemuanya dilancarkan tanpa disedari.

“Tidak lambat, tidak cepat. Tapi pertolongan Allah SWT sentiasa tepat pada masanya,” kata seorang pengguna X.

Malah, ada juga pengguna X (Twitter @AvichayAdraaee) yang dipercayai seorang Zionist menerusi akaun media sosial miliknya telah memuat naik ciapan mengatakan, “Kami berperang dengan hantu.”

Walau bagaimanapun, menerusi carian kami ciapan tersebut telah dipadam namun sempat ditangkap layar (screenshot) oleh Nik Ahnaf di laman X.


Briged Al-Qassam Digeruni Israel, Ini Sebabnya

Umum sedia maklum, sejak puluhan tahun lalu, Briged Al-Qassam dikatakan sayap kanan kepada Ḥarakat al-Muqāwamah al-Islāmiyyah (HAMAS) yang dikatakan sebagai pejuang kepada rakyat negara itu ekoran daripada kekejaman tanpa henti rejim Zionis.

Nama Briged Al-Qassam ini adalah bersempena dengan ulama Sheikh Izzuddin Al-Qassam yang berasal dari Jableh, Syria. Beliau telah dibuang ke Palestin pada tahun 1921 kerana kelantangan serta keberanian dalam menentang penjajahan Perancis di Syria melalui gerakan bersenjata pada ketika itu.

Namun, ada juga pihak yang berpendapat bahawa beliau tidak dibuang, tetapi membuat keputusan untuk berhijrah ke Palestin oleh kerana penjajah Perancis pada ketika itu telah menjatuhkan hukuman mati terhadap dirinya.

Sumber: Google

Ketika di Palestin, beliau turut menentang kerajaan British pada 1921 yang merancang untuk menjadikan bumi Palestin sebagai penempatan bangsa Yahudi yang menindas rakyat Palestin.

Walau bagaimanapun, beliau akhirnya gugur syahid pada tahun 1935 berdekatan dengan sebuah bandar di Utara Palestin di Jenin akibat dibunuh oleh tentera British.


Briged Al-Qassam Tubuh Secara Rasmi Pada 1987

Untuk info, Briged Al-Qassam kemudiaannya diasaskan pada tahun 1984 oleh seorang pemimpin berpengaruh HAMAS iaitu Salah Shehadeh. Briged Al-Qassam kemudiannya mula ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1987 sebagai briged sayap tentera HAMAS bagi mempertahankan tanah air Palestin daripada serangan zionis.

Sumber: Google

Berikut merupakan syarat-syarat untuk menjadi Briged Al-Qassam:

  • Mendapatkan keizinan dari ibu bapa. Perkara ini tidak rumit kerana rata-rata ibu bapa di Palestin inginkan anak mereka syahid.
  • Mendapatkan keizinan dari ketua masjid di tempat tinggalnya yang mengesahkan bahawa selama tiga bulan berturut-turut pemuda ini tidak meninggalkan Solat Subuh berjamaah di masjid.
  • Anggota HAMAS dan Al-Qassam bukan sahaja tidak bermaksiat, menghisap rokok pun tidak.
  • Setiap anggota wajib mempelajari Tafsir Al-Quran.
  • Setiap anggota wajib membaca Al-Quran sehari satu juzuk dan banyak lagi syarat lain.

Dan jika ada yang tidak mengetahui, anggota Briged Al-Qassam ini terdiri daripada pensyarah, saintis, jurutera, ahli kimia, doktor, ulama, pelajar universiti di mana pada waktu siang mereka akan bekerja seperti biasa ataupun belajar.

Manakala pada waktu malam mereka akan menjaga sempadan Gaza-Israel dan dipecahkan kepada beberapa unit mengikut kepakaran tersendiri.

Berikut merupakan peraturan anggota Briged Al-Qassam:

  • Menjaga solat lima waktu secara berjamaah.
  • Kuat mengamalkan sunah Rasulullah SAW.
  • Gigih berpegang dengan ajaran Islam.
  • Mengimani perjuangan pembebasan al-Aqsa dan Palestin.
  • Berdisiplin dan mentaati amir.
  • Mencintai dan bersedia untuk syahid.

Lebih menarik, sebelum ini terdapat juga cerita di mana beberapa anggota elit Briged Al-Qassam membuka topeng hitam yang dipakai, kesemua mereka miliki wajah yang berseri, muka bersih dan bersinar.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd