Now Reading
“Ini Bukan Gimik” – Elly Mazlein Undur Diri Sebagai Hos Gegar Vaganza Musim Ke-10

“Ini Bukan Gimik” – Elly Mazlein Undur Diri Sebagai Hos Gegar Vaganza Musim Ke-10

Elly Mazlein telah mengumumkan penarikan diri sebagai pengacara All Stars Gegar Vaganza musim kesepuluh (GV10) kerana mempunyai hal peribadi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Rancangan nyanyian All Stars Gegar Vaganza (GV) adalah satu program televisyen tanah air yang digemari oleh masyarakat setempat.

Kalau anda nak tahu, program realiti tersebut telah berlangsung sejak tahun 2014 yang lalu bagi musim pertama.

Manakala musim yang terbaharu ini telah bermula pada 24 September dengan menyaksikan penyanyi terkemuka seperti Siti Nordiana, Aliff Aziz, Noryn Aziz dan dihoskan oleh Nabil Ahmad, Jihan Muse serta Elly Mazlein.


Elly Mazlein Undur Diri Sebagai Pengacara Gegar Vaganza Atas Hal Peribadi

Penyanyi veteran dan pengacara terkenal Elly Mazlein atau lebih mesra dikenali sebagai Kepom telah mengumumkan bahawa dia akan menarik diri sebagai pengacara All Stars Gegar Vaganza musim kesepuluh (GV10).

Menurut kenyataan stesen televisyen Astro pada semalam (12 Oktober), keputusan Kak Lina untuk tidak lagi bersama keluarga besar Gegar Vaganza adalah berpunca daripada hal peribadi.

“Dengan rasa berat hati Astro dan Kak Lina ingin mengumumkan pengunduran dari program All Stars Gegar Vaganza atas hal-hal peribadi. Walaupun berasa sedih, pihak Astro menghormati keputusan yang diambil,” ujar Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad.

Sebagai penghargaan, Astro turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kak Lina atas kesungguhan dan komitmen yang ditonjolkan sepanjang siaran rancangan kegemaran ramai itu berlangsung.


Kak Lina Minta Maaf Tak Dapat Teruskan Mengacara Dengan Nabil & Jehan

Susulan berita penarikan diri itu, Kak Lina mengemukakan permohonan maaf kerana tidak dapat meneruskan tugasnya untuk hos All Stars Gegar Vaganza bersama Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Penyanyi berkenaan dalam masa sama meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua yang telah menyokongnya sepanjang siaran rancangan itu disiarkan.

“Insya-Allah, kita doakan rancangan All Stars Gegar Vaganza terus berjaya dan Kak Lina berharap agar peminat-peminat kekal menyokong semua bintang GV yang bertanding,” tambahnya.

Sumber: Instagram (@iamellymazlein)/aypstudio

Elly Mazlein Perjelas Undur Diri Bukan Sekadar Gimik

Berita mengejut tentang penarikan diri sebagai pengacara GV10 tersebut telah membuatkan warganet tertanya-tanya tentang punca sebenar yang mengundang kepada keputusan Kak Lina.

Menerusi hantaran di Instagram Story milik Kak Lina (@iamellymazlein), penyanyi itu telah menjelaskan bahawa keputusan tersebut dibuat bukan disebabkan oleh pihak Astro.

Tambahnya, ia juga bukan sekadar gimik seperti yang dikatakan oleh Nabil.

“Inilah kenyataan di mana Kepom sudah tinggalkan GV buat selama-lamanya,” ujarnya dalam kapsyen.

Ada juga netizen yang menyangka bahawa Kak Lina kini sedang mengandung hingga menyebabkan keputusan tersebut dilakukan. Namun, penyanyi ini telah menafikan dakwaan berkenaan.

“Tak mengandung, Kepom dan suami baik-baik sahaja,” jelasnya.

Sumber: Instagram (@iamellymazlein)

Baca Artikel Berkaitan: Jeryl Lee, Anak Kelahiran Pulau Pinang Juara Rancangan The Next 2023 Di China

Baca Artikel Berkaitan: Reaksi Pemain Muzik Big Stage Selepas Rossa Tiba-tiba Sambung Nyanyi Korus Lagu Jadi Perhatian

Baca Artikel Berkaitan: Isu Dakwaan ‘Gimik’ Salah Umum Nama Pemenang, Ketua Pengarah RTM Tampil Perjelas Perkara Sebenar


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd